Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Saturday, October 13, 2012

I'm a big big girl


Sejuknyeeee............

Mahallah aku dah la kata atas bukit, kalau hujan memang sejuk sampai tulang! (ok, hiperbola di situ) huhu

Week 5 untuk semester ni dah berlalu...

Week 6 which is next week pulak penuh dengan midterm exam dan quiz..
Week 7? MIDBREAK!!!! =D

Sebenarnya banyak benda yang aku pikir dalam otak aku sekarang ni...
bertukar2...

                        Exams...

Assignments....


                Personal problem....

Lesen kereta

                                 Crush (?) 

=P


Hmm...

Kadang2 tertanya,
"kenapa Ya Allah Kau uji aku macam ni?"
"kenapa Ya Allah Kau uji dia macam ni?"


Tapi teringat 1 ayat ni,

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)

So apa yang mampu, berdoa dan bersabar..
Semoga ade kebaikan dalam setiap ujian yang dia turunkan..
:'(




Outside it's now raining
and tears are falling from my eyes
why did it have to happen
 will it ever end







p/s: I purposely change the lyric a little bit.
Btw, ini bukan masalah cinta ye..harap xde yang salah faham..
sekian terima kasih.


Monday, September 17, 2012

Semester baru.

New Semester baru je bermula minggu lepas.
This sem ade banyak benda yang aku kena pikirkan.

1. Tempat praktikal. Ni benda yang paling penting dan paling aku risau. Aku mula2 ingat nak praktikal kat mana2 bank. Tapi kawan2 aku cakap, budak accounting x digalakkan praktikal kat bank sebab mungkin kena buat keje admin camtu. So better carik audit firm or mane2 company. So sekarang, 1 firm/company pun xde dalam senarai aku. Kalaulah ade audit firm/company besar dekat dengan rumah aku kan senang. Haih~ Pening la weh...any suggestion?

2. Sem ni macam biase aku amik 6 subjek. Boleh je sebenarnye nak amik 5 subjek tapi aku nak amik 6 sebab nak kurangkan subjek masa final year nanti. Subjek2 sem ni plak banyak yang perlukan alert on current issue especially subjek Public Sector Accounting. Aku dah la pemalas nak baca2 newspaper ni. Huhuh. So agak stress di situ.

3. Lesen kereta. Waaa...bila aku nak habis citer amik lesen kereta ni.....
Last belajar kira2 sebulan yang lepas. Risau la lupa balik..... ;(
Aku rase nak praktis sendiri2 dulu kat dalam uia ni. Pastu amik la dalam 2 extra driving classes. Then, baru gi test jpj. Tapi tu la, dah la ade klas hari rabu pagi dan petang. Kene ponteng ar nanti bile nak test. Masalah2~

4. Rasanya tu je benda yang menyerabutkan otak aku masa awal2 sem ni. 
Tapi xpela, problem mematangkan kita...Kan?
Semoga semester ni lebih baik dari semester2 lepas. 
May Allah make it easy for me and you. Amiinnn.



Another best moment with Friends :)

15092012

Seorang lagi kawan aku dah mendirikan masjid. Dia kawan yang aku kenal dan rapat masa kat CFS kat nilai dulu. Bila masuk gombak, sesekali je terserempak sebab duduk lain2 mahallah. Anyway, tahniah Yati!!..semoga perkahwinan ko berkekalan hingga ke syurga..i'm happy for u.. =))))

Aku dengan kawan2 aku berkonvoi nak gi kenduri kawin kawan kami ni kat Sekinchan. Jauh jgk tau sekinchan dari gombak. Kami konvoi 8 orang 1 kereta. Heheh. Mula2 tu ade la masalah sikit tapi akhirnya kami berjaya jugak dapatkan kereta sewa Avanza. Alhamdulillah.

Perjalanan ambik masa dalam 2 jam lebih sikit kalau x silap, ditambah lagi dengan xtau sangat jalan, so sebab tu la lambat sikit. Tapi kami sampai jugak kat sekinchan. Yeay!..haha..nampak je sawah2 kat situ, semua excited, haha..nak buat camne majority dok bandar, mane de sawah2 ni..ngee =D

Dalam perjalanan balik, kitorang singgah kat 1 kedai jual kopok losong. Sedap... =)
Pastu singgah lagi kat kedai cendol bakar plak. Pon sedap... =)
Pastu singgah lagi makan kat rumah salah sorang dari kami..haha..malam baru sampai uia. 

Apa yang aku boleh cakap, ni antara memori yang best yang insyaAllah aku takkan lupakan. Yela, berkonvoi ramai2 gi kenduri kawin kawan sendiri. Rumah kenduri pulak kat sawah padi yang sangattt cantik. Gi jalan2 carik makan kat Kuala Selangor. So memang best la hari tu. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.  















Sunday, August 19, 2012

Raya yang...

1 Syawal 1433H bersamaan 19/8/2012. 


Siapa sangka dia akan diuji. Ujian Allah tu boleh datang bila2 masa je.
Sama juga dengan aku. 
Aku betol2 tak sangka akan diuji dengan dugaan yang benar2 menguji emosi aku di kala orang2 lain happy nak sambut raya. Tapi aku tau, ujian ni sikit je kalau nak dibandingkan dengan ramaiii lagi orang2 susah kat luar sana.
Dan aku tau segala yang berlaku ni ada hikmahnya. Semoga ujian yang Allah berikan ni membawa kepada kebaikan di masa akan datang. Aminn.
Dan aku bersyukur sangat sebab cuti sem kali ni 3 minggu dan insyaAllah cukup untuk aku menstabilkan emosi before masuk semester baru.

Tapi yang pasti, aku memang xde mood untuk raya kali ni. So aku nak cakap sorry kepada kawan2 aku sebab x wish sms raya langsung.Tapi aku still reply sms kalau ade orang hantar kat aku. Terima kasih sebab ingat kat sy :)

Dan kepada kawan2 yang baca blog ni (kalau ade), aku harap korang tak tanya aku apa2 sebab bagi aku personal problem ni better simpan sendiri. Memang ada kala aku rasa nak bagitauuu sangat tapi, still, Allah is The Best Listener :')

Tapi nak mintak tolong bleh? doakan yang terbaik untuk aku dan juga keluarga aku. Semoga kebaikan yang sama akan kembali kat korang2. Tenkiu :)

Akhir kata, 

Salam Aidilfitri. Taqobbalallahu minna waminkum. Kullu 'am waantum bikhoir. Maaf zahir batin.

Ni aku paste sikit lirik lagu raya,


Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi








p/s: tahun ni, aku tertarik tengok guy yang pakai baju melayu hijau serindit :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.