Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Wednesday, March 26, 2014

Setengah Sem

Assalamualaikum :)


Mid-sem break datang lagi..hehe
Midbreak yg terakhir sebagai seorang student.. *ayat sedih*
Yang specialnye, for the first time dlm sejarah aku dok uia, dpt cuti sama dengan budak skola cuti..
x penah kot sebelom ni..
tapi cuti kali ni family aku x plan pegi mane2 pon..lagipon seminggu je pon..
xpela..asalkan aku x sunyi dok kat umah ni sebab adik2 ade kat umah pon dah ok dah..heheh

Setengah sem dah berlalu..banyak jugak la cerita sepanjang setengah sem tu..

Minggu pertama aku rase lonely giler..
maybe sebab x biase lagi kawan2 baik semua dah xde kat uia T__T
tapi bile masuk minggu kedua and seterusnya dah ok dah :)
siap ade hobi baru lagi, "jamming" dengan kawan aku yang pandai main gitar...best gilak..bleh release tension..hehe..

Ha cakap pasal tension, ni nak story skit..
Citer paling hot aku mase setengah sem yang lepas..
pasal x sebulu dengan budak grup ICS..
aku rase kawan2 aku kat twitter semua naik muak kot hari2 aku update kebengangan aku dengan budak grup aku tu..haha
siap ade yang bile jumpe aku tanye pasal benda ni..haha
maknenye x semestinye orang x reply tweet ko, orang tu x concern..hee
tapi maybe jugak bukan sbb concern, tapi sbb dah hari2 nampak tweet aku mengutuk grupmate aku tu..konpem la bace ye dak? haha
sory ye kawan2..xtau nak lepas perasaan kat mane..huhu

Ok, ICS stands for Integrated Case Study..
subjek yang lain dari yg lain..sebab subjek ni kitorang x belajar pon dalam kelas..
x blajar dalam klas tapi kene m'aplikasikan ape yang dah pernah blaja kat subjek2 lain sebelom ni..
kitorang diberi case study and setiap minggu kena jawab soalan case tu and present..
setiap minggu tau x..memang letih
subjek ni dah merampas ketenangan setiap hujung minggu aku..hukhuk
setiap minggu kena study case..buat summary..jawab soalan..prepare presentation...blurgh~
so..bile dapat grupmate yang buat hal, memang nak kena tampar macam buaya la kan..haha
dah la 1 grup 3 orang je..
ok, yang buat masalah ni adalah seorang bro..
bro yang ditakdirkan masuk dlm grup aku sebab lecturer kitorang nak 1 grup mesti kena ade sorang bro
sebenarnye aku dgn kawan aku x kenal langsung bro tu tapi dah die sendiri offer nak masuk grup kitorang, kitorang accept jela..
kira tu kesilapan kitorang gak la..main tangkap muat je..haih
ok ape yang bro tu buat?
senang ckp, die x bagi full commitment and banyak benda yg die buat menyusahkan orang
and benda ni sampai jadi tahap gado, and sampai tahap kitorang jumpa sir bagitau
lepas tu gado dengan die kat watsap grup..
giler kan?
memang giler..
For your info, aku ni xde kawan laki langsung kat uia ni..
kene grup dengan laki pon ade la 2 ke 3 kali je
so bile pikir balik memang giler la aku gado dengan laki..baru kenal plak tu
tapi nasib kat watsap je..ala taip je kan..ape de hal..haha
and maybe sebab bro ni ala2 lembut gitu, so aku xdela awkward sgt dengan die..
tapi lepas dah jumpe sir semua pon, sir stil suruh ktorang terima budak tu..so nak x nak terpaksala pasrah dan redha..bak kata lagu indon tu, 
ku terima..walau sakit hati~

tapi Alhamdulillah sekarang masalah ni dh selesai..
mamat tu pon dah mintak maaf and ade la nampak perubahan die..
tapi stil, ktorang xdela ngam sgt pon dengan die..
bile discussion juz discuss case then blah..xde nak friendly2 mane..
aku serius rase suffer amik ICS sem ni..dengan keadaan grup macam ni..x rase fun langsung..
rase cepatla habis case2 ICS ni..aku dah x sanggup menghadap case and grupmate ni stiap minggu.. T.T
Luckily, ICS x kacau waktu midbreak ni..so dapat cuti dengan tenang :D
tapi tenang ke? habis je cuti, midterm menanti..huhu


Hmm..tinggal setengah sem je lagi nak habis belaja..
macam2 rase ade..
x sabar, sedih, risau dll..

Semoga dipermudahkan..
Rabbi yassir wala tu'assir..
Aminn..



#PrayforMH370 #PrayforEG529



p/s: blaja dah nak habis..calon x jumpa lagi..acaner ni? 


:P






Monday, January 27, 2014

Terengganu kami datang =)

Warning: Entry ini tersangatlahhh panjang. kalau rase tak sanggup baca sila tekan butang pangkah. terima kasih :)


160114 (Ganu Day 1)
Finally..gua jejak tganu beb!hahaha
dulu memang pernah cakap2 dengan kawan aku, Pain, kalau pegi tganu jangan lupe ajak..sebab kitorang tak pernah pegi tganu n macam best je kan nak gi sana..x sangka trip ni btol2 jadi..hehe
Mase bulan 10 hari tu, Sumei cakap AirAsia tengah promotion..so bile tengok tiket ke ganu murah, kitorang book la cepat2..sorang rm56 je pegi-balik Tganu..murah x murah..hehe
Yang pegi trip ni, aku, Sumei, Pain & Laily. Cik Asi tak dapat ikot sebab die kat kedah..kitorang semua ni dr KL..jangan sedih2 cik asi..next time, ko kene ikot ok?

Flight kitorang pukul 7pagi..awal giler kan. tapi nak buat camne dah memang tu je yang available untuk date tu. So malam sebelum tu, aku,sumei n laily plan nak tido kat Lcct. Pain je yang x, die dari rumah. 
Gua nak cakap, gua tak bleh tido langsung weh malam tu. Bukan sebab excited ke ape, tapi bising. Seriusly bising giler dok kat surau lcct tu. Dengan bunyik bas2 kat luar surau tu plus bunyik kapal terbang lalu. Dalam surau tu plak ramai giler orang tumpang tido jugak. Lampu pon x tutup. Tandas plak busuk n kotor. Serius tak selesa. Ni surau yang kat luar lcct. Kat dalam lcct tu aku xtau la ade ke x surau lain. Senang cakap, malam tu aku memang x bleh tido..juz lelap2 mata gitu2 jela..

Ok, pagi tu, 6.15am, Pain tak sampai lagi kat lcct. Kitorang dah risau dah. 6.40 boarding gate tutup kottt..
Pukul 6.30 Pain sampai. Kitorang pon berlari la dengan beg segala carik boarding gate kan. Pastu scan beg semua. Pastu dengar announcement panggilan terakhir untuk flight kitorang. Lagi la laju pecut. Gua dah cuak dah, kalau terlepas flight ni mau nangis. Yela dah excited2 bagai ni kan nak naik kapal terbang. Haha. Syukur kitorang sempat masuk gate tu. Semua lega :) Rupenye bukan Pain yang lambat, tapi orang yang nak menghantar dia yang lambat. Tapi xpe, yang penting kite dah dalam kapal terbang..hehe.
Dalam flight, aku dengan 2 orang kawan aku la yang paling excited. Sebab, ni first time kitorang naik flight. Hahaha. Noob je kan..Sumei je yang dah experience naik flight, gi Bandung lagi..huhu. Sejam je kitorang dalam flight tu tapi enjoy la tengok pemandangan berada dalam awan. Pehh best best :D

Sampai Ganu, kitorang mintak tolong kawan uia yang memang orang ganu amik kitorang kat airport. Eh by the way, airport tganu serius lawa..aku suka seni bina diorang..nampak traditional sangat..cantikkk..
Ok, kawan kitorang tu, Nik, bawak kitorang gi rumah die. Besar n lawa rumah nik..selesa je..pastu kitorang breakfast kat rumah die. Bukan breakfast je, lunch pon kat situ..haha..sedap weh makanan kat sana. Kuih sedap. Nasi minyak sedap. Kuah nasi dagang tu pon sedap :) Pastu kitorang sempat jugak la main UNO dengan anak buah Nik..haha..dah macam rumah sendiri dah kitorang buat. Petang tu Nik bawak gi tengok pantai dekat dengan rumah die. Pantai Teluk Ketapang. Cantik..cuma ombak besar giler so macam takot nak cecah kaki kat air die. Lepastu Nik dengan abang die tolong hantar kitorang gi kat hotel yang kitorang dah book. Oh lupe nak cakap, sebelum trip ni, aku dengan sumei memang dah google btol2 dah hotel murah yang selesa and senang untuk kitorang gi tempat2 yang kitorang nak lawat. Hotel yang kitorang book tu betol2 kat tengah bandar K.Tganu tu..rase macam dok kat tengah2 Jalan TAR kat kL tu pon ade..huhu
Sebelum malam menjengah, kitorang sempat la round2 kat bawah hotel tu n beli makanan untuk makan malam. And malam tu just rest je kat hotel..simpan tenaga untuk berjalan keesokan harinya.


Time kasih banyak2 Nik sefamily :)

Ganu Day 2.
Plan kitorang hari tu nak gi Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal & Muzium Negeri Tganu yang memang dekat2 je 3 tempat tu. Kitorang ingat nak naik bas kayu seringgit tu tapi bas yang ke tempat kitorang tu x nampak plak..So tukar plan, naik teksi jela. Fyi, teksi kat tganu ni x pakai meter. So kene pandai2 la agak caj diorang tu ok ke x. Nak dijadikan cerita, kat terminal teksi tu kitorang jumpe sorang pakcik kereta sapu. Lepas tawar2 harga n rase harga die cakap tu mcm ok, kitorang pon naik la kete die. Pakcik ni peramah so die banyak la citer2 tempat kat situ, macam Kg losong. Mase lalu kat Kg Losong tu kan, banyak betol kedai jual kopok lekor kat kiri kanan..tapi pakcik tu ade cakap la kedai mane yang kopok losong die sedap.
Ok sampai kat TTI, ktorang tengok la monumen2 masjid kat situ. Ade 23 monumen kesemuanya. Die ade bagi buku kecik ala2 mcm buku passport untuk jadi rujukan pasal sejarah masjid2 tu..banyak jugak monumen masjid yang cantik2..
Ade 1 monumen ni je yang kita boleh masuk dalam monumen tu..name die Kubbah as-Sakhrah, Palestin..cantik jugak la dalam die..tak lame kitorang kat dalam monumen tu, ade la 2 orang bro ni pon masuk jugak..nak dijadikan cerita, sorang dari diorg dengan sopannye bagi salam sambil senyum n mintak kitorang amikkan gambar diorang..kitorang pon kawtim la, lepas amikkan gambar die, die lak kene tlg amikkan gambar kitorang berempat..heheh. Lepas sesi tolong2 tangkap gambar ni, kitorang asyik terserempak je dengan bro 2 orang tu kat TTI tu. haha.
Petangnye kitorang gi melawat masjid kristal yang memang dekat je dengan TTI ni. Jalan kaki je. 
Lepas tu kitorang nak ke muzium plak. The problem is tak ade 1 teksi mahupun bas pon yang lalu kat TTI tu. Kitorang ni dahla takde transport. So nak tak nak kena la jalan kaki. Kat papan tanda tulis 1.2km. Memang aku tak bleh lupa la pengalaman jalan kaki ke muzium. Dahla tengah panas. Nak keluar dari kawasan TTI tu je pon dah makan masa 10 minit. Penat die orang yang dah penah rase je yang tau,huhu.

Setelah kira2 30 minit berjalan, akhirnya kitorang sampai kat muzium tu. Muzium die besar giler. Macam biase, seni bina die sangat menarik hati aku. Nak tau x, mase nak gi beli tiket kat kaunter, kitorang terserempak lagi dengan 2 orang bro tadi..hahaha..diorang baru nak keluar dari muzium..memang takleh tahan nak gelak la mase tu..diorang pon perasan kitorang tapi masing2 buat macam tak nampak jela kan..haha. Ok, sambung pasal muzium, kitorang xtau la plak yang muzium tu tutup pukul 5. Mase kitorang sampai tu dah pukul 4.30. Mungkin sebab akak tu nampak muka kesian kitorang, die bagi diskaun separuh harga sebab kitorang boleh sekejap je kan dok dalam muzium tu. Kat dalam muzium tu x dibenarkan amik gambar, so kitorang juz tengok sekali imbas jela benda2 dalam tu..memang x bleh nak dok lame pon kan. Keluar je muzium, nampak lagi bro tadi..hahaha..diorang still berlegar2 kat luar muzium..huhu. 
Nak balik hotel, kitorang call pakcik kereta sapu tadi tu. Sempat jugak suruh pakcik tu singgah kat kedai kat kg losong tu, nak beli kopok2. Malam tu nampak ketara la muka aku burn dek penangan berjalan di tengah panas tu T__T

Kudus Minar, Indonesia



ni la monumen masjid yang boleh masuk tu...


and gambar ni la yang bro tu tolong tangkap..heheh

Taj Mahal

Ini bukan monumen, ini betol2..hehe..Masjid Kristal :)
ini dalam masjid kristal..kecik je pon..


Kompleks Muzium Negeri Tganu
Ganu Day 3
Kitorang tukar hotel, ke kawasan yang dekat dengan pantai. Tapi before checkout tu sempat la singgah Pasar Payang..10 minit je jalan kaki dari hotel kitorang. Besar gak pasar tu..tapi sempit la laluan dalam tu. Kiri kanan kedai jual baju kelawar batik, seluar batik, kain batik..same je semua..memang pening nak beli kat kedai mane 1..haha. Pastu kitorang sesat nak keluar kat tempat yang kitorang masuk..haha..so last2 kitorang keluar je kat mane2 pintu keluar..huhu.
Lepas checkout, kitorang amik teksi ke resort yg kitorang dah book tu. Oleh sebab book bilik yang murah, kitorang x dapat la nak merasa duduk kat chalet. Hukhuk. Tapi xpe, yang penting pantai tu. Dekat je dengan resort. Xde orang plak tu. So kitorang pon main kejar2 dengan ombak walaupon ombak mase tu memang besar sebab hari nak hujan..huhu. Nasib baik la xde benda buruk jadi. Malam tu kuar bilik, berjalan dekat dengan pantai. Tengok langit, ade banyak bintang. Only Allah knows how excited i am..haha..aku memang suke giler tengok bintang ^^


cun kan resort ni ^__^



ombak kuat sampai sandal kawan aku tu terputus..huhu


selfie itu mesti =P


Ganu Day 4 (190114)
Lepas checkout, kitorang xtau nak ke mana, so kitorang suruh je pakcik teksi hantar ke airport. Tapi before tu kitorang sempat singgah kat kedai kopok lekor BTB. Orang sini cakap kopok BTB ni la yang paling sedap sekarang. Sampai airport, kitorang tinggal beg kat situ, then berjalan kaki ke kedai ICT (Ikan celup tepung) Pak Long, kedai yang pemes gak ar kat ganu ni. Kalau ikot google tu cakap dekat je, tapi bile dah berjalan, lenguh gak la kaki kan..dalam 20 minit la dari airport. Kitorang jadi 1st customer diorang sebab memang diorang baru bukak kedai. Nasib baik bukak, kalau tutup?huhu..so dapat la merasa sotong celup tepung..sedap2 :)
Pastu kitorang stay jela kat airport tunggu mase nak terbang balik kL. Surau kat airport die besttt..kalau nak compared dengan surau lcct tadi kan mmg lain la..
Malam tu, ramai giler orang kat airport tu..rupenye nak hantar orang2 gi umrah..bile tengok orang gi umrah, terlintas la kan, 'bile la aku dapat pegi..' huhu


Dapur masak kat kedai kopok BTB



ICT Pak Long


senario di airport K.Tganu..huhu

Orang mesti rase macam lame giler kitorang gi ganu ni..memang lame pon..haha..takde, sebenarnye flight hari sabtu yang murah xde yang available..so nak tak nak kena beli tiket hari ahad..kui3
Overall, its a nice trip..a trip to remember..my first experience holiday dengan kawan2 kat negeri orang..
What i can say about tganu is..a place yang mengekalkan ciri2 traditional especially kat seni bina bangunan die..orang2 die peramah n banyak jugak jumpe peniaga yang jujur..makanan best..cume 1 je, public transport die jela yang kureng sebab sangat susah nak dapatkan teksi kalau x ke terminal teksi tu..bas bandar pon x nampak batang hidung..huhu
Lepas ni insyaAllah nak gi lagi holiday camni..best..fun..tapi kena kumpul duit dulu la kan..no money no holiday meh..


Bye bye Tganu..
thanks for the memory..
akan ku ikat ketat2 dalam ingatan 
:)







p/s: cerita bro tadi tu x habis lagi..sebab sorang kawan gua dalam diam2 dah t'sangkut kat bro tu..haha..and one of us berjaya stalk n jumpa insta die (mmg professional stalker btol :P ) 
n dari insta die memang bleh nampak la bro tu orang baik2..hehe
kepada kawan aku tu, this song is for you..
"Afgan-Jodoh pasti bertemu"

=P





Tuesday, December 31, 2013

2014 = 24 = Responsibility

2013
Setengah tahun pertama banyak kisah pasal internship..
yela praktikal 6 bulan..mau x banyak cerita..
Setengah tahun kedua pulak banyak pasal friendship, pasal family, pasal raya, pasal uia xde air dll
Overall, tahun yang penuh dengan kenangan manis, pahit, masam, masin..same macam tahun2 sebelumnye..

2014

Tahun yang akan penuh dengan responsibility.
I can feel it.

Responsibility as student,

yang masih ade 4 paper lagi untuk final exam,
dan yang masih ade 1 sem lagi untuk graduate dari uni tercinta ni..
Responsibility as eldest daughter,
yang perlu membalas jasa mak n ayah 
dengan mendapatkan kerja yang elok lepas grad nanti..insyaAllah..aminn..
Responsibility as someone yang berumur 24 tahun
yang kena ready dengan soalan, "dah ade someone ke?" "ika bile lagi?" dan soalan2 yang seangkatan dengannya #erk
=__="

24 tahun.

umur yang dah boleh dikira matang,
umur yang normal untuk perempuan baya2 aku bertunang dan bernikah.
tapi aku, still takot untuk ke arah itu
takut dengan tanggungjawab,
takut sebab rasa diri tak matang lagi.
tapi sampai bila nak takut?
entah. taktau.

Luckily, i don't have any calon yet (luckily ke?)

yela kat uia ni, yang ratio lelakinya berapa la sangat nak banding dengan perempuan,
pastu nak bersaing dengan ramai sis2 cantik, ayu, alim, bertudung labuh, pandai plak tu
memang susah la kan..
sape nak pandang orang yang banyak kelemahan macam aku ni..
dan benda ni la yang aku selalu terpikir,
"will there be a guy that can accept me despite of all my weakness?"
 "will that kind of guy exist?"
if he does exist, i hope i can meet him this year..
lol :P


Last word, 
mintak maaf andai sy ade buat salah
don't keep it silent 
tell me if x puas hati kat mane2
because i'm a straightforward person
thus i might not understand your silent..


2013,
Lupakan kepedihannya,
Ingat pelajarannya,
Segera perbaiki diri,
Untuk 2014 yang lebih hebat...
-Oki Setiana Dewi-



Say goodbye to 2013.

and say Hello to 2014.
Semoga tahun ni tahun yang best untuk kita semua
Doakan yang baik2 saja :)
Adios amigos. 







p/s: sory bahasa rojak giler, kejap malay kejap english. hentam sajalah. hehe

Ok, sambung baca note, next paper hari jumaat ni
-,-





Wednesday, November 27, 2013

Story of last weekend

Sebelum tu nak tiup jap blog ni..
fuhh fuuhhh~~~
uhuk3
berhabuk sgt..hihi =P
xdela..lagi senang n cepat kot rasenye update story kat twitter & instagram berbanding kat sini..

Last weekend weekend terbusy kot bagi aku..haha
sebab sem ni aku langsung tak terlibat dgn mane2 club/society, so weekend2 aku sebelum ni sgtla x produktif..
kalau x balik rumah, aku akan dok bilik jela..
yes, aku jenis yg bleh statik je kat 1 tempat tu..so menghabiskan masa dgn duduk kat bilik je xde masalah bagi aku..cume, aku kene berinteraksi jugak la..xdela 1 hari tu dok bilik x bercakap dgn sesapa..boleh depress sebab lonely jadinye..

Ok back to story,
jumaat lepas kelas zakat aku ade buat class visit..ade 5 tempat yang kitorang pegi..
1. Lembaga zakat sgor..kat shah alam..kejap je kat sini,juz tengok2 ofis die..
2. Kedai karipap kat s.alam tu jugak..owner kedai ni bekas asnaf..sekarang makcik tu dah jadi usahawan karipap yang berjaya..die bagi kitorang rase karipap die..sedap weh..ramai gak yang beli karipap frozen nak bawak balik termasuk la lecturer kitorang..huhu
3. Rumah sorang pakcik ni yg juga dalam kategori asnaf..die citer pengalaman die, macam mane die kene buang keje n susah nak carik keje lepastu atas faktor umur..die cakap la, lumrah hidup, kdg kita kat atas, kdg kita kat bawah..bile die bjaya dapat keje, gaji tu x cukup utk tanggung anak2 die, so die mintak zakat pendidikan..yg sedih, isteri die (org swak) dah 11 tahun x balik sarawak...hmm..semoga Allah permudahkan urusan keluarga mereka..
4. Pusat dialisis MAIS..kat sini kitorang jumpe pesakit2 buah pinggang tengah cuci darah..nampak la depan2 mesin dialisis tu..u know what, 1 session makan masa 4 jam kot utk cuci darah tu..n kena cuci darah 3 kali seminggu..dahla sakit dengan berwayar2 kat tangan..ya Allah takotnyer..mintak jauh la..
5. Asrama anak2 asnaf...lawa asrama die..tapi disebabkan tgh cuti skola so kitorang x dpt la nak jumpe adik2 kat situ..so juz melawat bilik2 kat situ jela..nak tau x, kerusi kat bilik bacaan diorang ade cop name masing2..comel je..haha

by the way, time solat jumaat, kitorang singgah kat Masjid Negeri, s.alam..fes time aku jejak situ..and masuk masjid time solat jumaat sangatla awkward bagi kami2 yg perempuan ni..huhu
overall, class trip yang best..makanan yg die bagi pon best..dah rase macam zaman skola lak kan gi lawatan2..padahal dah final year dah..haha..

Sabtu lepas plak aku n 3 orang kawan aku jadi volunteer untuk 1 program gotong royong under kementerian pelancongan..name program tu, kempen kebersihan wilayah persekutuan..program tu kat jalan TAR n dirasmikan menteri w.persekutuan..
kat sana kitorang sume ade bergambar gak dengan menteri tu..banyak giler reporter yang snap gambar..xtau la masuk kat mane gambar tu..hua3
budak uia dapat task special..kene cat batu bata tepi jalan raya kat jalan tar tu..sambil tu kitorang dikawal org Dbkl..yela mengecat tepi jalan sesak camtu mau x bahaya..huhu
program tu sekejap je..pukul 11 dah habis..banyak gak benefit yg die bagi..enjoy pon enjoy..lepas ni bile gi jln Tar, tengok batu tepi jalan raya tu "hmm aku yg cat nih"..lols =P

Ahad lepas plak aku jadi photographer amateur untuk 2 orang kawan aku yg baru je convo hari tu..diorang mintak aku tlg tangkapkan gambar post-convo diorang..
aku tolong tangkap gambar je..posing sume banyak diorang yg pikir sendiri..bile tengok balik gambar2 tu, masing2 gelak..macam2 posing ade..hahaha..
aku terharu sebenarnye..gambar yg aku tangkap xdela cantik mane tapi diorang bayar aku..fes time aku dapat duit dengan tangkap gambar orang..rezeki..Alhamdulillah..thanx sangatla kpd mereka berdua..sgt enjoy photoshoot dgn korang :)
Cakap pasal convo, ramai kawan2 sebatch aku yg convo hari tu..budak2 selain course account..seronok tengok diorang hepy..xpe, turn aku akan sampai..tahun depan insyaAllah..semoga dipermudahkan..aku tinggal sem ni n sem depan..x lama..sekejap je..(ayat sedapkan hati) huhu

Ok tu je nak citer..eh by the way mahallah aku dah ade air balik dah :) hari tu aku kecoh gak ar kat fb n twitter sebab krisis air ni..susah kot nak hidup xde air..huhu..

K,
adios!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.