Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Sunday, April 1, 2012

New "BF" dan I-city

Salam Reader(s)
:)

Semalam, 31/3/12, aku dgn family aku gi I-City Shah Alam. For the first time.
Kebetulan plak malam tu Earth hour kan. Tapi lampu2 kat sana x tutup pun. Kalau tutup, memang bergelap habis la. Huhu.
Ramai orang kat sana xyah cakap la. Macam pergi Jom heboh plak rase.

Anyway, aku mmg excited nak gi sana.
Sebab?
Nak test my new 'boyfriend'. Hehe.
Ni fes time aku bawak 'bf' aku tu keluar jalan2.
Hasrat di hati, nak praktikkan la benda basic yang aku dah belajar kat kelas photography skill.

Sampai2 je sana memang teruja tengok pokok warna warni kat situ. Cantik sangat ^ ^
Aku pun terus la keluarkan 'bf' and snap gambar.
Tapi,tapi,
Gambar yang aku amik tak ohsem ;(
Biase je..
Ade tu, gambar yang ambik dari handphone mak aku lagi cantik..lagi clear colour pokok2 tu.
Frust gilerrr..
Aku dah ubah dah shutter speed and aperture, tapi still
TAK O.K ;(

Tula, nak buat camne, belajar x habis lagi. Haha. Kelas photography skill tu baru attend 3 kelas. Tak reti lagi nak set pencahayaan yang betul. Lagi2 bile keadaan gelap macam kat sana. Buku manual pun x habis baca lagi. Huhu =p

Selain dari tengok pokok2 berlampu kat situ, kitorang masuk gak snow walk.
Snow walk tu sejuk giler.
Sangat best sebab tempat die besar. Puas bergambar.
^ ^

Aku suh adik aku tgkapkan gambar aku. Tangan die menggigil2 nak snap gambar sebab dah sejuk tahap maksimum. Hahaha.
Aku tak perasan yang hidung aku merah kat dalam tu. Lepas tengok balik gambar baru perasan hidung merah giler. Haha. Serius sejuk beb.
Keluar2 je pintu keluar tu, spek mata aku berwap, kamera aku pun berwap dan berair. Menggelabah la jugak kan. Tapi lepas dah lap2 sikit, ok je..dia kering sendiri.

Kat bawah ni aku upload skit gambar2 yang aku snap. Ade jugak yg adik aku snap.
Maaf la x cantik. Saya budak baru belajar. Huhu.




























Lepas dah puas tengok tempat tu, kitorang b'cadang nak makan malam kat situ je. Tapi semua kedai makan penuh. KFC pun kena beratur panjang sampai keluar pintu. Jam dah nak dekat pukul 12 malam tapi suasana kat situ macam baru lepas maghrib je. Orang x surut2. Huhu.

Last2, kitorang pun singgah la makan kat restoran aka gerai makan dekat ngan rumah aku.
Lepas makan, masa tengah b'jalan keluar dari restoran tu, ade la suara sumbang menyapa dari jauh.
"Hai. bleh kenal? nak nombor.."
Aku jalan buat biasa jela kan. Dalam hati aku, slamberknye mamat ni suwit2 org depan mak bapak (tapi x pasti la mak ngan abah aku dgr ke x kan suara sumbang tu)
X ke elok kalau die cakap camni,
"Assalamualaikum pakcik. Saya nak mintak izin nak kenal dengan anak pakcik bleh?"
Fuhh..memang repect la aku kalau die buat camtu. Hak3.
Tapi, Tapi..nasib bek la die x wat camtu..kalau x, mau ternganga aku. Silap2 bleh pengsan kot aku kat situ. Haha.
Ok, stop merepek =p

Hmm..cuti midbreak yang seminggu ni memang x best.
Banyak sangat keje aka assignment.
X dapat nak enjoy.
Next week lak ade 2 midterm.
Next week nye lagi ade lagi 2 midterm.
Hmm..

Nak mintak tolong bleh?
Tolong doakan saya.
Hehe.
Terima kasih.
Tata.
Salam.

:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.