Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Sunday, October 30, 2011

Salam 'alaik :)

Alhamdulillah...aku bersyukur sangat hari ni..

Segala persoalan dah terjawab..
Segala kekusutan yang dah beberapa bulan berada di kepala aku, juga kawan2ku dah terlerai..

Terima kasih ya Allah kerana memperkenankan doa kami..
Terima kasih ya Allah kerana memberi kami petunjuk..
Terima kasih ya Allah kerana menjelaskan kebenaran itu..
Terima kasih ya Allah kerana melembutkan hatinya..
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui..


Pengajaran yang aku dapat:

#Don't judge a book by its cover..seriously.
#Allah allows everything to happen for reason. Circumstances will either direct you, correct you or perfect you.
#There's a story behind every person. There's a reason why they are the way they are. Think about that before you judge someone.


Maaf sebab entry ni x straight to the point. Kerana cerita disebaliknya adalah rahsia yang perlu disimpan.

May Allah bless U, Me and Us.
=')









Saturday, October 29, 2011

Parenting class

Assalamualaikum reader! :)
(if any) huhu~

Post kali ni aku nak citer pasal parenting class..name penuh die, Parenting & Family Management...subjek co-cu yang kitorang wajib amik..hoho!

Mula2, perception aku kat subjek ni.."mesti boring!"
But now, i found it quite interesting sebab madam yg ajar section kitorang bukan juz bagi lecture je, but ade class participation.

Time first meeting, setiap dari kitorang kena jawab kat kertas kosong, 3 soalan.
1.What is the meaning of marriage?
2.When do you plan to get married? why?
3.How many children do you want? why?

Huhu..mula2, cam lawak je rase nak jawab soalan2 tu..
Lepas submit, ade la beberapa student yang dipanggil gi depan and kena pick mane2 kertas and bacakan jawapan orang tersebut.

Yang tang maksud perkahwinan tu, kita boleh differentiate la sama ada jawapan tu ditulis oleh lelaki or perempuan.
Yang soklan kedua pulak, majoriti plan nak kahwin lepas habis degree or lepas dah dapat kerja. Same goes to me, huhu.
Untuk soklan ke-3, majoriti cakap nak anak 4 orang. Reason: easy to manage and berasal dari 4 beradik. Hee.


Second meeting, topic die, "Is it true we cannot trust our husband or wife 100%?"
Hoho..topic ni memang bikin kelas kitorang panas hari tu. Sebab t'masuk isu poligami dalam hujah masing2. Kelas kitorang pulak ramai jugak brothers. So memang berdebat la. Tapi aku suka dengan hujah kawan aku yang cakap, perasaan syak dan cemburu tu memang ade kat dalam diri setiap perempuan. Jadi x bleh nak elak. Cuma perempuan kena pandai control dan siasat dulu kebenaran kalau dapat tau laki dia ade perempuan lain. Dan hujah kawan aku ni sangat disokong oleh brother2 tu. Haha.


Ok, pagi tadi, 3rd meeting, kitorang kena list out pulak criteria2 future husband/wife. Majoriti letak 'religious/pious' dalam criteria. Criteria paling best yang group brother cakap, 'Malaysian'. Haha. Madam tanya, xnak ke orang Bosnia ke, diorang cakap nak orang m'sia sebab senang balik kampung. Hadoyai, lawak betol.
By the way, group sisters paling banyak letak criteria berbanding brothers. Caring, romantic, not fussy, sume masuk. Haha. Kenapa? Sebab perempuan mencari seseorang yang ingin dijadikan teman seumur hidup. That's why la kena carik yang betul2 ade kualiti. Kalau lelaki lain la, ada pilihan nak kahwin lebih dari 1. Kan?

Tapi tula, bak kata ustazah a.k.a madam aku tu, ikut hadis, kita pilih pasangan kita berdasarkan 4 criteria: harta, keturunan, kecantikan dan agama. Tapi bukan senang nak jumpa orang yang ade ke-4 4 criteria ni. So, pilihlah yang beragama, senang hidup dunia akhirat, insyaAllah. Ameen.


Pastu ustazah selalu pesan,
'Remember, you are future husband and wife. You must start from now the preparation to be good parent. But before you can prepare to be good father/mother, you must be good children to your parent first, as well as be good students."

Ha, lebih kurang camtu la ayat die.
Same2 la kite reflect kat diri kita ye.


Ok la, tu je nak citer. Terima kasih sudi baca.
Salam 'alaik.
:)





Wednesday, October 26, 2011

Kerana Dia lebih Mengetahui





Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dia dikerjakannya dan dia mendapat (seksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Y Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."

al-Baqarah : 286




Kadang-kadang
Ada perkara yang perlu kita simpan.
Kerana kita tahu
Hanya Dia sahaja yang boleh membantu.

Terus berdoa dan berdoa.



Hasbunallahu wa ni'mal wakil,ni'mal maula wa ni'man nasir.

"Cukuplah Allah sebagai penolong kami,sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu.."







p/s:
entry ni xde kena mengena langsung dengan entry sebelum ni..btw, kami masih x dapat kesan siapa pencuri itu..masih mengharap petunjuk dari Allah..





Saturday, October 22, 2011

Note 50 ku.....

Dear reader,

Aku tengah sedih ni sebab duit rm50 aku hilang =((
50 ringgit mungkin sikit bagi sesetengah orang, tapi bagi aku bleh buat duit makan 4 hari. Hmm.

Sebenarnye aku baru je keluarkan duit rm80 dari atm pagi tadi..
lepas tu aku beli selendang+scarf=rm15
pastu aku beli makanan=rm2.50
pastu aku dah x keluarkan duit dah..
masa aku beli tu, aku x guna pun duit rm50 yang aku baru keluarkan..sebab dalam purse aku stil ade duit berapa ringgit entah sebelum aku gi cucuk duit tu.

Pastu lepas maghrib tadi, masa nak gi kafe beli makanan, betul2 sebelum aku keluar bilik, aku check la purse aku. And aku sangat terkejut sebab tinggal note RM10 and Rm1 je.
Aku terkejut la, mane duit rm50 aku???

The problem is aku x bleh nak ingat sama ada duit tu tercicir ke x.
Aku x ingat masa aku keluarkan duit nak beli makanan tengah hari tadi, duit rm50 stil ade ke x kat purse aku. Kalau xde, maksudnye tercicir masa beli selendang la kan.

Pastu lepas balik bilik masa tengahari tadi, aku banyak kali keluar bilik. Gi bilik kawan aku kat sebelah. And aku biarkan je purse aku kat atas meja. Yela, aku x expect la orang akan amik duit yang x sampai pon seratus ringgit tu kan. Tup2, tinggal sebelas ringgit je. Waaaa. Tu pon nasib baik la ade lagi duit dalam purse tu. Kalau x, kena la pinjam duit kawan nak beli dinner. Sob2.

Before ni, entry sebelom ni, kan aku ade cerita pasal banyak kes hilang duit kat bilik aku and aku sorang je yang x pernah kena lagi. So kalau memang betul duit aku tu dicurik, so aku pon dah jadi mangsa la gamaknye. Memang kurang ajar la sape yang panjang tangan tu! grrr~
Tapi tula, sebab duit kat purse aku tu stil ade sebelas ringgit, so aku x dapat nak konfem yang ni kes curik atau tercicir. Lain la kalau memang duit xde langsung kat dalam purse, memang konfem sangat la orang ambik kan.

Hm, wallahualam. Xpela, bukan rezeki kan, nak wat camne.


p/s: Lepas ni, kene sentiasa check purse la nampaknye. And x leh letak atas meja camtu je. X kesah la duit banyak ke duit sikit dalam purse tu. Haih...
Semoga kebenaran akan terbongkar. Ameen.

Saturday, October 15, 2011

Bukan saya.... T__T

Salam 'alaik....

Aku ade soalan,
kalau ada 4 orang dalam 1 bilik. 3 orang pernah hilang duit sampai 2 kali. Seorang lagi x pernah walau sekali. Siapa korang rasa yang mencuri? Mesti korang syak sorang lagi tu yang curi kan?
Hmm, dan dalam kes ni, aku la sorang lagi yang x pernah hilang duit tu.

Apa korang rasa kalau korang kat tempat aku?

Aku sedih tau x..
aku rasa macam jadi mangsa keadaan je.
Salah seorang roomate aku ade la syak sikit kat aku. Tapi dia x cakap depan2 la yang dia syak aku. Aku sedih tapi aku faham. Yela, siapa lagi orang yang boleh disyaki kan. Kalau cerita kat orang lain pun, mesti diorang pun pelik kenapa dalam 1 bilik tu semua orang hilang duit, sorang je yang tak.
Tapi, aku pun mana la tau kenapa duit aku tak hilang. Lagipun kalau aku la yang mencuri, tak ke perangkap diri sendiri namanye kalau buat macam tu. Macam bodoh je. Baik die berlakon duit hilang jugak, xde la orang syak. Kan?

Hm, antara reason yang aku dapat fikir kenapa duit aku tak hilang,
1. Aku memang x simpan duit kat loker dan duit dekat purse pun cukup2 makan je. Aku jarang keluar duit dari bank lebih dari seratus.
2. Mungkin betul la benda ni perangkap. Mungkin dia saje je tak curi duit salah seorang dari kami berempat. Dan yang jadi mangsa keadaan tersebut ialah aku. Sedih kan? Rasa macam dianiaya.

Seumur hidup aku, memang x pernah la aku mencuri duit/barang/hak orang lain. Niat pun xpernah. Buat ape nak curi duit orang. Dah la duit x halal. Pastu guna untuk makan minum, dah jadi darah daging. Pastu kalau guna beli buku, dah ilmu x berkat. Astaghfirullah. Nauzubillah.

Sebenarnya benda ni dah berlaku dari short semester yang lepas. Maksudnya sejak kitorang pindah bilik dekat blok ni (xperlu la kot bagitau blok mane) Yela, kan setiap setahun kena pindah bilik. Dan ni fes time aku berpisah dengan roomates aku yang before ni. Tapi diorang duduk bilik sebelah je.

Mula2 ok je..xde masalah pun. Roomates aku pun baik2 je semua. Sorang tu kawan baik aku. 2 orang lagi aku baru kenal lepas pindah kat bilik ni.

1 hari tu, kawan baik aku bagitau duit dia hilang. Dia cakap dia memang catit duit keluar, duit masuk, so dia memang yakin duit dia hilang. Kitorang semua dah pelik dan risau dah. Sape plak yang mencurik kat bilik nih. Yela, pintu selalu berkunci kot. Nak pergi mana2, mesti kunci pintu. Kadang2 je kalau gi toilet x kunci.
X lama lepas tu duit dia hilang lagi. Kesian giler. Memang sah la ade pencuri.
Pastu 2 orang lagi roomate aku plak.

Dan, benda ni jadik lagi long sem ni. Baru2 ni.
Yang kena, 2 orang lagi roomate aku tu.
Kawan baik aku dah x kena maybe sebab dia pun dah x simpan duit banyak2.

Benda ni misteri jugak tau, sebab,

1. Memang xde jejak apa2 dan xde bunyik ape2 (maksudnya bunyi loker ke)
Kira xde sapa sedar la bila pencuri masuk bilik ke, or bila time sebenar kecurian tu. Tau2 je esok dah hilang. Dahla tu, pencuri tu macam tau je orang tu simpan duit kat mana.
2. Duit yang hilang tu semua note RM50. Paling banyak 350 ringgit. Memang banyak.
3. Sorang lagi roomate aku cakap, duit yang dia simpan dalam laci loker hilang, yang dalam dompet x hilang.
4. Bilik kitorang je yang kena. Bilik2 lain xde plak dengar cerita ade kes curi. Pelik kan?


Kitorang sebenarnya dah penat dah fikir pasal ni. Sebab, fikir macam mana pun, memang x jumpa penyelesaian. Macam2 assumption dah buat.
Mungkin orang yang curik, dan mungkin bukan. (kalau bukan orang yang aku rase scary giler) Nauzubillah.
Mungkin jugak orang sebelum ni buat kunci pendua (tapi macam x kan je..)
Atau mungkin itu dan mungkin ini. Ntahla.

Malam esok insyaAllah kitorang nak buat bacaan yasin 1 bilik. Untuk jadikan pendinding sekali.

Aku berdoa semoga Allah bagi petunjuk siapa pencuri sebenar. Semoga Allah bagi balasan kat dia + semoga dia diberi hidayah untuk berubah. Dan aku nak dia mintak maaf kat roommates aku. Kesian diorang. Pastu mintak maaf kat aku sekali sebab dia dah mencemarkan imej baik aku. Huh, x pasal2 kena syak mencuri. Geram giler!


Lastly, aku nak cakap thanks kat kawan2 baik aku sebab percaya kat aku. Aku xtau berapa % kepercayaan diorang tapi sekurang2nya diorang yakin yang aku x kan buat kerja haram macam tu. Time kasih sangat. Sob2~



Shinichi...help us!..huk2


p/s: susah sebenarnya nak cerita benda ni guna tulisan. Sebab x semua situasi aku dapat cerita kat sini. xpela, apepun, time kasih la sebab baca. Doakan lepas ni xde lagi kes2 curi ni kat bilik kitorang. Benci laaa..! ~.~

Ok, nak komen pape?silakan..








Tuesday, October 11, 2011

Ceritera Lesen Kereta (1)

Salam readers! =)

Sem ni disebabkan subjek yang aku amik sikit, so aku pun plan la nak amik lesen kereta dengan 2 orang lagi kawan aku. Lagipun student price murah. Macam aku yang xde lesen L ni, rm570 je. Tapi belajar ikut jam la, bukan belajar sampai pandai.
Tapi tula, last2 aku x sama pon dengan mereka berdua sebab mereka dah ade lesen motor, so x payah gi dengar ceramah and amik ujian komputer. Last2, aku kena sorang2 la jugak amik lesen..sob2~

Perkara yang paling buat aku tension ialah thumbprint. Macam yang pernah aku tulis kat post dulu2, jari aku memang bermasalah bila nak scan. Dia x dapat nak detect. Lepas dah gosok2 bagi panas sikit, baru dapat detect. Tu pun makan masa. Adoi, benci laaaa http://www.smileycodes.info
Dah la nak wat lesen ni, skit2 kene scan ibu jari. Ish, stress!


Pagi tadi, aku gi test komputer. Xde la ready sangat sebab malam tadi baru aku start try 500 soalan yang dalam buku tu. Memang last minute study. Huhu. Nak wat camne, last week busy la, x dapat nak focus untuk ujian ni.

Kakak yang registerkan aku yang hantar aku kat situ. Tapi masa tunggu giliran tu aku sorang2 la. Pastu ade sorang kakak peramah ni tegur aku. Umur die nak masuk 40-an. Dia nak practise jawab soalan kat komputer yang ade disediakan untuk sape2 yang nak try jawab. Dia ajak aku try jawab sama2. Pastu dia cerita yang dia dah pernah belajar kereta dah before ni tapi berhenti sekerat jalan sebab kena ikut suami kerja kat oversea. Then, 3 tahun kemudian baru balik M'sia. Memang dah tamat tempoh la, so kena la mula dari awal balik. Huhu, sian je. Walaupun sempat kenal beberapa jam je, tapi nice to know her la :)

Tadi, aku dapat score 45/50. Aku target 47, tapi soalan2 dia yang nak last2 tu konfius la. Huhu. Xpela, janji pass! Alhamdulillah.


Sebenarnya kan, tadi aku bengang sikit la dengan kakak cina yang jaga kat kaunter tu. Kerek giler. Muka kerek, nada die cakap pun sama. X reti nak cakap baik2. Kalau x reti nak sabar, xyah kerja kat kaunter la. Grrr. Memang merosakkan mood aku nak amik test computer tu je. Rupanya bukan aku je yang rasa dia camtu, kawan aku yang pernah amik test komputer kat tempat yang sama pun cakap dia memang macam tu. Nasib baik lepas keluar dari bilik ujian tu, kakak cina lain yang jaga kaunter. Ha, dia ni cakap lembut je dan senyum. Kan elok camtu.

Pastu sebelum kita leh print result, kene scan jari lagi kan. Macam yang dijangka, x dapat nak detect. Lepas dah tukar2 jari, baru dapat detect. Fuhh, lega giler. Pastu aku cakap la sory kat kakak cina yang baik tu sebab menyusahkan kerja dia. Hmm.


Ahad ni InsyaAllah aku gi bengkel plak. Lepas dah dapat lesen L, baru leh wat latihan memandu.
Sebenarnya aku risau la dapat cikgu garang. Aku x bleh. Kalau kena marah, samaada aku akan nangis, atau aku balas balik apa dia cakap. X ke haru tu. Hmm, harap2 dapat cikgu penyabar. Yela, kalau x sabar xyah la jadi cikgu. Kan?.


Ok la, tu je nak cerita. Terima kasih la sudi baca.
Ceritera lesen ni hanya akan bersambung kalau aku pass test jpj tu nanti. Hua3.
Doakan eh ;)

K, annyeong.
^__^


p/s: Banyaknye word 'kakak' dalam post ni. Haha! :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.