Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Wednesday, May 30, 2012

Story bulan 5


Assalamualaikum :)

Wah..dashboard dh lain la...agak kekok di situ...huhu.

Ape maknenye tu? maknenye, dah lame dah aku x jenguk blog aku nih...kui3.

 

Sekarang ni aku dalam mood final exam. 

3 paper dah lepas. Alhamdulillah.

Tinggal 3 lagi.

Sambung exam hari ahad ni. Paper audit.

 

Cerita pasal exam, final exam kali ni aku dah buat 2 kesalahan yang aku tak pernah buat sebelum2 ni.

1st paper-Advanced Accounting-

aku tertinggal 1 soalan sebab aku tak perasan langsung yang ade lagi 1 soalan kat page belakang.

lepas dah hantar paper and bercakap2 dengan kawan yang duduk kat belakang sit aku, baru aku tau yang kena jawab 5 soalan, bukannya 4, WALAUPUN kat cover page tulis "this paper consist of 4 questions. Answer ALL". (kira bukan totally salah aku..ade error kat situ). Tak pasal2 hilang 10 markah macam tu je. Nak nangis pun x terkeluar air mata. Nangis dalam hati jela. Aku pasrah.

2nd paper-Decision Making & Control

this paper really makes me nervous sebab carry mark sikit. 

assignment punya la banyak tapi carry mark yang dapat, hmmph! sabar jela~

and i've made another mistake which i don't read the cover page thoroughly and aku tak perasan yang dia suh jawab 3 dari 5 questions. Aku yang "pandai" sangat ni pegi jawab semua. HA.HA. memang x sempat la punnn~ Aku jawab dengan rushing ar. Sedangkan sepatutnya aku boleh guna masa yang aku jawab 2 soalan "extra" tu untuk jawab betul-betul 3 soalan wajib. Haih, shafika..shafika...Aku pasrah lagi. T,T

Dan petang semalam, paper Company Law. Kali ni aku dah belek betol2 kertas soalan. Dan saya dah tak buat silap lagi. Hehe. Belajar dari kesalahan :)

Tapi kan, macam baru masuk U je plak kan buat careless mistake camni. Ish2.

Ok, stop cakap pasal exam. 

Aku nak cakap pasal.....sabar.

Aku kecewa la dengan diri sendiri sebab aku still tak boleh ubah perangai untuk jadi orang yang penyabar.

Aku cepat marah, tapi alhamdulillah cepat la jugak hilang marah tu (depends on the situation)

Benda ni aku sedar lepas kejadian seminggu yang lepas.

Aku pendekkan cerita die la ea.

Aku dengan kawan aku nak hantar esaimen berbentuk CD kat 1 ofice ni. Aku tak pernah masuk office tu b4 ni. Cikgu kitorang cakap dia akan sediakan kotak, letak kat dalam tu. Aku masuk dulu office tu, kawan2 aku kat belakang. Tapi masa aku masuk office tu takde kotak pun. Aku tak perasan ade sorang staff lelaki kat dalam office tu. Die tetiba tanye, "kenapa?". Random, so aku pun tak tau camne nak susun ayat nak cakap, so aku jawab la "nak hantar esaimen-kat kotak". Dia tak paham kot, so die panggil aku gi dekat dia. Pastu dia cakap, (dengan nada suara yang tak sedap didengar) "Student uia ke?" Aku angguk. "Gi klas hari2?" Angguk lagi. "Tak reti nak bagi salam?". Aku terkejut, tapi aku jawab "owh. sory, assalamualaikum". Pasti dia pun continue berleter kat aku. Aku diam jela. Pastu dia tanya, "cuba cakap nak apa sebenarnya". Aku pun explain dengan lebih clear dari tadi. Pastu dia suruh aku letak je cd tu kat meja sorang cikgu ni yang bukan cikgu aku. Aku cam pikir, tapi dia bukan cikgu aku. Pastu yang buat aku jadi bengang, die cakap, "tak pun awak nampak kotak kat luar tu? ha masukkan kat situ" Kotak kat luar is referring to postbox. Aku pun berundur la gi kat kawan aku. Aku dah dapat rasa dah muka aku merah. Dah la time tu tengahari. Pastu aku keluar dari office tu and beberapa minit lepas tu air mata keluar. Huhu. Tak tahan la. Malu,bengang,terkejut,panas,semua bercampur baur. Aku tau, kalau kawan aku yang kena benda ni, die sabar je kot. Tapi malangnya aku yang kena sound, and aku memang sensitip, lagi2 bila mood dan cuaca tak baik camtu. 

Sory la bro, sy belum boleh lupa lagi benda ni. Mood sy jadi x elok 1 hari tu. Sy tau niat bro baik nak suruh orang bagi salam, beradab, tapi bukan saya yang tegur bro dulu. Kalau sy memang ade niat nak tumpang tanya, i'Allah memang sy akan tanya elok2 and bagi salam dulu. And bro, kalau nak tegur kesalahan orang pun, tegur la elok2. Boleh je buat humor, cam cakap, "waalaikummusalam.." and aku mesti tersedar, eh terlupa bagi salam. And the story will not end like this. Time tu dah la exam aku lagi beberapa hari, so tau2 jela mood exam camne kan..

 

Huhu..ok, stop talking about this.

 Now, camna nak jadi penyabar?... T___T

and you know what, this is the reason kenapa aku choose untuk kawan dengan orang2 yang jenis calm. Supaya diorang boleh nasihat aku utk bersabar dan bertenang. Supaya aku boleh terikut cara diorang, walaupun still, perangai aku x brape nak berubah lagi.

Takpela, boleh berubah pelan2..kan? T__T

And this is also the reason, ciri2 pertama future husband yang dicari ialah

----> PENYABAR

allahumma aminn...

Ok la, tu je nak cakap. 

Thanks sudi baca sampai habis. Korang memang penyabar. Hehe.

Salam :)

 


p/s:
 "Jangan jadi orang tidak sabar. Terus bersabar tetapkan bersabar. Sabar itu sebahgian iman. Jadikan ia satu amalan." -Sabar by Alarm Me- 
Suka lagu ni.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.