Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Tuesday, October 11, 2011

Ceritera Lesen Kereta (1)

Salam readers! =)

Sem ni disebabkan subjek yang aku amik sikit, so aku pun plan la nak amik lesen kereta dengan 2 orang lagi kawan aku. Lagipun student price murah. Macam aku yang xde lesen L ni, rm570 je. Tapi belajar ikut jam la, bukan belajar sampai pandai.
Tapi tula, last2 aku x sama pon dengan mereka berdua sebab mereka dah ade lesen motor, so x payah gi dengar ceramah and amik ujian komputer. Last2, aku kena sorang2 la jugak amik lesen..sob2~

Perkara yang paling buat aku tension ialah thumbprint. Macam yang pernah aku tulis kat post dulu2, jari aku memang bermasalah bila nak scan. Dia x dapat nak detect. Lepas dah gosok2 bagi panas sikit, baru dapat detect. Tu pun makan masa. Adoi, benci laaaa http://www.smileycodes.info
Dah la nak wat lesen ni, skit2 kene scan ibu jari. Ish, stress!


Pagi tadi, aku gi test komputer. Xde la ready sangat sebab malam tadi baru aku start try 500 soalan yang dalam buku tu. Memang last minute study. Huhu. Nak wat camne, last week busy la, x dapat nak focus untuk ujian ni.

Kakak yang registerkan aku yang hantar aku kat situ. Tapi masa tunggu giliran tu aku sorang2 la. Pastu ade sorang kakak peramah ni tegur aku. Umur die nak masuk 40-an. Dia nak practise jawab soalan kat komputer yang ade disediakan untuk sape2 yang nak try jawab. Dia ajak aku try jawab sama2. Pastu dia cerita yang dia dah pernah belajar kereta dah before ni tapi berhenti sekerat jalan sebab kena ikut suami kerja kat oversea. Then, 3 tahun kemudian baru balik M'sia. Memang dah tamat tempoh la, so kena la mula dari awal balik. Huhu, sian je. Walaupun sempat kenal beberapa jam je, tapi nice to know her la :)

Tadi, aku dapat score 45/50. Aku target 47, tapi soalan2 dia yang nak last2 tu konfius la. Huhu. Xpela, janji pass! Alhamdulillah.


Sebenarnya kan, tadi aku bengang sikit la dengan kakak cina yang jaga kat kaunter tu. Kerek giler. Muka kerek, nada die cakap pun sama. X reti nak cakap baik2. Kalau x reti nak sabar, xyah kerja kat kaunter la. Grrr. Memang merosakkan mood aku nak amik test computer tu je. Rupanya bukan aku je yang rasa dia camtu, kawan aku yang pernah amik test komputer kat tempat yang sama pun cakap dia memang macam tu. Nasib baik lepas keluar dari bilik ujian tu, kakak cina lain yang jaga kaunter. Ha, dia ni cakap lembut je dan senyum. Kan elok camtu.

Pastu sebelum kita leh print result, kene scan jari lagi kan. Macam yang dijangka, x dapat nak detect. Lepas dah tukar2 jari, baru dapat detect. Fuhh, lega giler. Pastu aku cakap la sory kat kakak cina yang baik tu sebab menyusahkan kerja dia. Hmm.


Ahad ni InsyaAllah aku gi bengkel plak. Lepas dah dapat lesen L, baru leh wat latihan memandu.
Sebenarnya aku risau la dapat cikgu garang. Aku x bleh. Kalau kena marah, samaada aku akan nangis, atau aku balas balik apa dia cakap. X ke haru tu. Hmm, harap2 dapat cikgu penyabar. Yela, kalau x sabar xyah la jadi cikgu. Kan?.


Ok la, tu je nak cerita. Terima kasih la sudi baca.
Ceritera lesen ni hanya akan bersambung kalau aku pass test jpj tu nanti. Hua3.
Doakan eh ;)

K, annyeong.
^__^


p/s: Banyaknye word 'kakak' dalam post ni. Haha! :p

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.