Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Monday, July 9, 2012

Rojak story : Short sem

Assalamualaikum :)


Post kali ni nak citer pasal perkembangan terkini walaupun badan tak kembang pon..heheh.
Sekarang aku tengah amik short semester. Aku dapat 1 subjek je, so kelas aku 2 hari, 2 kali je seminggu which is selasa petang dan khamis petang. Ha, mesti korang nak cakap, "2 hari je klas? boringnye..." Ha, tau xpe! haha. Banyak masa aku habiskan kat depan laptop je korang tau x..aigoo..hard disk yang 500gb ni pon dah penuh sebab aku gi amik sume drama/movie yang kawan2 aku ade..untuk mengisi masa yang memang sentiasa lapang..
Ade jugak niat nak carik keje part time tapi tu la, niat tinggal niat je..haha..xde usaha pon nak cari..kalaulah keje tu datang kat aku sendiri kan bagus =p
Pastu aku nak try wajib habiskan kelas memandu aku short sem ni. Kalau tak, parent aku bising, haha. Yela, aku dah daftar dari bulan 10 tahun lepas, tapi baru gi 1 kelas je. Hahaha..shafika,shafika.. =p
Doakan la aku bleh cepat pick up blaja driving ni dan doakan aku berjaya dapat lesen. Aminn.


Pastu nak citer skit pasal result sem lepas. Bile aku tengok result slip aku kan, perkara yang paling mendukacitakan dan bagai menoreh hati ni (wah,ayat...) is result subject skill aku. Seriously,chicha,sampai sekarang masih terkesan. Mana taknye, result skill aku worst dari subjek2 core aku yang lain, can u imagine that? Memang la x fail, tapi worst tau x,worst. Bagi aku, lecturer tu kejam, huhu. Yela, skill je kan, xyah la nak serius sangat marking. Aku dah la x penah ponteng kelas die sekali pon. Seriously, aku cam ade rase benci sekarang ni kat lecturer aku tu. Aku tau x patot, tapi..ntahla. Long sem bulan 9 ni aku kene sambung amik skill 2 plak. Aku harap time tu, aku dah bleh cool dengan benda ni and aku bleh dapat balik semangat untuk buat yang lebih baik untuk subjek skill ni.  I hope.
Lagi 1 worst thing is aku dapat compound letter untuk kesalahan kat bilik sem lepas which is "hook at locker". Panas la jugak bile dapat compound benda yang kecik macam tu. Tapi aku dah buat appeal, so harap madam principle bleh kurangkan la charge utk compound tu kpd 5 ringgit ke..kalau x buat appeal, free2 je kena compound 50 ringgit.


Pastu nak citer, weekend baru2 ni, aku kene jadi suri rumah sepenuh masa sebab mak aku kena gi kursus ala2 kem bina semangat kat PD. Macam kelakar kan, dah berumur tapi kena gi kem. Tapi mak aku kata, orang tu cakap kalau rasa aktiviti tu tak mampu nak buat, takpe je tak buat. Alhamdulillah mak aku balik dalam keadaan selamat tapi penat sesangat, biasela nama pon kem kan. Citer pasal aku jadi suri rumah ni...erm..boleh la..Kena kemas rumah apa yang patot, basuh baju (ala, washing machine kan ade) dan...masak, huhu. Cakap pasal masak, aku memang tak selalu masak kat rumah, huhu..so kali ni kena masak so aku masak jela apa yang aku tau..selalunya aku akan masak ayam masak lemak cili padi je.. (my dream: future husband yang pandai dan suka masak..somewhat opposite to me..so nanti bleh la die slalu masak, ajar aku masak and masak sama2..heheh)




p/s: menanti video baru matluthfi... *tetiba*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.