Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Sunday, August 19, 2012

Raya yang...

1 Syawal 1433H bersamaan 19/8/2012. 


Siapa sangka dia akan diuji. Ujian Allah tu boleh datang bila2 masa je.
Sama juga dengan aku. 
Aku betol2 tak sangka akan diuji dengan dugaan yang benar2 menguji emosi aku di kala orang2 lain happy nak sambut raya. Tapi aku tau, ujian ni sikit je kalau nak dibandingkan dengan ramaiii lagi orang2 susah kat luar sana.
Dan aku tau segala yang berlaku ni ada hikmahnya. Semoga ujian yang Allah berikan ni membawa kepada kebaikan di masa akan datang. Aminn.
Dan aku bersyukur sangat sebab cuti sem kali ni 3 minggu dan insyaAllah cukup untuk aku menstabilkan emosi before masuk semester baru.

Tapi yang pasti, aku memang xde mood untuk raya kali ni. So aku nak cakap sorry kepada kawan2 aku sebab x wish sms raya langsung.Tapi aku still reply sms kalau ade orang hantar kat aku. Terima kasih sebab ingat kat sy :)

Dan kepada kawan2 yang baca blog ni (kalau ade), aku harap korang tak tanya aku apa2 sebab bagi aku personal problem ni better simpan sendiri. Memang ada kala aku rasa nak bagitauuu sangat tapi, still, Allah is The Best Listener :')

Tapi nak mintak tolong bleh? doakan yang terbaik untuk aku dan juga keluarga aku. Semoga kebaikan yang sama akan kembali kat korang2. Tenkiu :)

Akhir kata, 

Salam Aidilfitri. Taqobbalallahu minna waminkum. Kullu 'am waantum bikhoir. Maaf zahir batin.

Ni aku paste sikit lirik lagu raya,


Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi








p/s: tahun ni, aku tertarik tengok guy yang pakai baju melayu hijau serindit :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.