Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Monday, September 17, 2012

Another best moment with Friends :)

15092012

Seorang lagi kawan aku dah mendirikan masjid. Dia kawan yang aku kenal dan rapat masa kat CFS kat nilai dulu. Bila masuk gombak, sesekali je terserempak sebab duduk lain2 mahallah. Anyway, tahniah Yati!!..semoga perkahwinan ko berkekalan hingga ke syurga..i'm happy for u.. =))))

Aku dengan kawan2 aku berkonvoi nak gi kenduri kawin kawan kami ni kat Sekinchan. Jauh jgk tau sekinchan dari gombak. Kami konvoi 8 orang 1 kereta. Heheh. Mula2 tu ade la masalah sikit tapi akhirnya kami berjaya jugak dapatkan kereta sewa Avanza. Alhamdulillah.

Perjalanan ambik masa dalam 2 jam lebih sikit kalau x silap, ditambah lagi dengan xtau sangat jalan, so sebab tu la lambat sikit. Tapi kami sampai jugak kat sekinchan. Yeay!..haha..nampak je sawah2 kat situ, semua excited, haha..nak buat camne majority dok bandar, mane de sawah2 ni..ngee =D

Dalam perjalanan balik, kitorang singgah kat 1 kedai jual kopok losong. Sedap... =)
Pastu singgah lagi kat kedai cendol bakar plak. Pon sedap... =)
Pastu singgah lagi makan kat rumah salah sorang dari kami..haha..malam baru sampai uia. 

Apa yang aku boleh cakap, ni antara memori yang best yang insyaAllah aku takkan lupakan. Yela, berkonvoi ramai2 gi kenduri kawin kawan sendiri. Rumah kenduri pulak kat sawah padi yang sangattt cantik. Gi jalan2 carik makan kat Kuala Selangor. So memang best la hari tu. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.  















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.