Warning: Entry ini tersangatlahhh panjang. kalau rase tak sanggup baca sila tekan butang pangkah. terima kasih :)
160114 (Ganu Day 1)
Finally..gua jejak tganu beb!hahaha
dulu memang pernah cakap2 dengan kawan aku, Pain, kalau pegi tganu jangan lupe ajak..sebab kitorang tak pernah pegi tganu n macam best je kan nak gi sana..x sangka trip ni btol2 jadi..hehe
Mase bulan 10 hari tu, Sumei cakap AirAsia tengah promotion..so bile tengok tiket ke ganu murah, kitorang book la cepat2..sorang rm56 je pegi-balik Tganu..murah x murah..hehe
Yang pegi trip ni, aku, Sumei, Pain & Laily. Cik Asi tak dapat ikot sebab die kat kedah..kitorang semua ni dr KL..jangan sedih2 cik asi..next time, ko kene ikot ok?
Flight kitorang pukul 7pagi..awal giler kan. tapi nak buat camne dah memang tu je yang available untuk date tu. So malam sebelum tu, aku,sumei n laily plan nak tido kat Lcct. Pain je yang x, die dari rumah.
Gua nak cakap, gua tak bleh tido langsung weh malam tu. Bukan sebab excited ke ape, tapi bising. Seriusly bising giler dok kat surau lcct tu. Dengan bunyik bas2 kat luar surau tu plus bunyik kapal terbang lalu. Dalam surau tu plak ramai giler orang tumpang tido jugak. Lampu pon x tutup. Tandas plak busuk n kotor. Serius tak selesa. Ni surau yang kat luar lcct. Kat dalam lcct tu aku xtau la ade ke x surau lain. Senang cakap, malam tu aku memang x bleh tido..juz lelap2 mata gitu2 jela..
Ok, pagi tu, 6.15am, Pain tak sampai lagi kat lcct. Kitorang dah risau dah. 6.40 boarding gate tutup kottt..
Pukul 6.30 Pain sampai. Kitorang pon berlari la dengan beg segala carik boarding gate kan. Pastu scan beg semua. Pastu dengar announcement panggilan terakhir untuk flight kitorang. Lagi la laju pecut. Gua dah cuak dah, kalau terlepas flight ni mau nangis. Yela dah excited2 bagai ni kan nak naik kapal terbang. Haha. Syukur kitorang sempat masuk gate tu. Semua lega :) Rupenye bukan Pain yang lambat, tapi orang yang nak menghantar dia yang lambat. Tapi xpe, yang penting kite dah dalam kapal terbang..hehe.
Dalam flight, aku dengan 2 orang kawan aku la yang paling excited. Sebab, ni first time kitorang naik flight. Hahaha. Noob je kan..Sumei je yang dah experience naik flight, gi Bandung lagi..huhu. Sejam je kitorang dalam flight tu tapi enjoy la tengok pemandangan berada dalam awan. Pehh best best :D
Sampai Ganu, kitorang mintak tolong kawan uia yang memang orang ganu amik kitorang kat airport. Eh by the way, airport tganu serius lawa..aku suka seni bina diorang..nampak traditional sangat..cantikkk..
Ok, kawan kitorang tu, Nik, bawak kitorang gi rumah die. Besar n lawa rumah nik..selesa je..pastu kitorang breakfast kat rumah die. Bukan breakfast je, lunch pon kat situ..haha..sedap weh makanan kat sana. Kuih sedap. Nasi minyak sedap. Kuah nasi dagang tu pon sedap :) Pastu kitorang sempat jugak la main UNO dengan anak buah Nik..haha..dah macam rumah sendiri dah kitorang buat. Petang tu Nik bawak gi tengok pantai dekat dengan rumah die. Pantai Teluk Ketapang. Cantik..cuma ombak besar giler so macam takot nak cecah kaki kat air die. Lepastu Nik dengan abang die tolong hantar kitorang gi kat hotel yang kitorang dah book. Oh lupe nak cakap, sebelum trip ni, aku dengan sumei memang dah google btol2 dah hotel murah yang selesa and senang untuk kitorang gi tempat2 yang kitorang nak lawat. Hotel yang kitorang book tu betol2 kat tengah bandar K.Tganu tu..rase macam dok kat tengah2 Jalan TAR kat kL tu pon ade..huhu
Sebelum malam menjengah, kitorang sempat la round2 kat bawah hotel tu n beli makanan untuk makan malam. And malam tu just rest je kat hotel..simpan tenaga untuk berjalan keesokan harinya.
|
Time kasih banyak2 Nik sefamily :) |
Ganu Day 2.
Plan kitorang hari tu nak gi Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal & Muzium Negeri Tganu yang memang dekat2 je 3 tempat tu. Kitorang ingat nak naik bas kayu seringgit tu tapi bas yang ke tempat kitorang tu x nampak plak..So tukar plan, naik teksi jela. Fyi, teksi kat tganu ni x pakai meter. So kene pandai2 la agak caj diorang tu ok ke x. Nak dijadikan cerita, kat terminal teksi tu kitorang jumpe sorang pakcik kereta sapu. Lepas tawar2 harga n rase harga die cakap tu mcm ok, kitorang pon naik la kete die. Pakcik ni peramah so die banyak la citer2 tempat kat situ, macam Kg losong. Mase lalu kat Kg Losong tu kan, banyak betol kedai jual kopok lekor kat kiri kanan..tapi pakcik tu ade cakap la kedai mane yang kopok losong die sedap.
Ok sampai kat TTI, ktorang tengok la monumen2 masjid kat situ. Ade 23 monumen kesemuanya. Die ade bagi buku kecik ala2 mcm buku passport untuk jadi rujukan pasal sejarah masjid2 tu..banyak jugak monumen masjid yang cantik2..
Ade 1 monumen ni je yang kita boleh masuk dalam monumen tu..name die Kubbah as-Sakhrah, Palestin..cantik jugak la dalam die..tak lame kitorang kat dalam monumen tu, ade la 2 orang bro ni pon masuk jugak..nak dijadikan cerita, sorang dari diorg dengan sopannye bagi salam sambil senyum n mintak kitorang amikkan gambar diorang..kitorang pon kawtim la, lepas amikkan gambar die, die lak kene tlg amikkan gambar kitorang berempat..heheh. Lepas sesi tolong2 tangkap gambar ni, kitorang asyik terserempak je dengan bro 2 orang tu kat TTI tu. haha.
Petangnye kitorang gi melawat masjid kristal yang memang dekat je dengan TTI ni. Jalan kaki je.
Lepas tu kitorang nak ke muzium plak. The problem is tak ade 1 teksi mahupun bas pon yang lalu kat TTI tu. Kitorang ni dahla takde transport. So nak tak nak kena la jalan kaki. Kat papan tanda tulis 1.2km. Memang aku tak bleh lupa la pengalaman jalan kaki ke muzium. Dahla tengah panas. Nak keluar dari kawasan TTI tu je pon dah makan masa 10 minit. Penat die orang yang dah penah rase je yang tau,huhu.
Setelah kira2 30 minit berjalan, akhirnya kitorang sampai kat muzium tu. Muzium die besar giler. Macam biase, seni bina die sangat menarik hati aku. Nak tau x, mase nak gi beli tiket kat kaunter, kitorang terserempak lagi dengan 2 orang bro tadi..hahaha..diorang baru nak keluar dari muzium..memang takleh tahan nak gelak la mase tu..diorang pon perasan kitorang tapi masing2 buat macam tak nampak jela kan..haha. Ok, sambung pasal muzium, kitorang xtau la plak yang muzium tu tutup pukul 5. Mase kitorang sampai tu dah pukul 4.30. Mungkin sebab akak tu nampak muka kesian kitorang, die bagi diskaun separuh harga sebab kitorang boleh sekejap je kan dok dalam muzium tu. Kat dalam muzium tu x dibenarkan amik gambar, so kitorang juz tengok sekali imbas jela benda2 dalam tu..memang x bleh nak dok lame pon kan. Keluar je muzium, nampak lagi bro tadi..hahaha..diorang still berlegar2 kat luar muzium..huhu.
Nak balik hotel, kitorang call pakcik kereta sapu tadi tu. Sempat jugak suruh pakcik tu singgah kat kedai kat kg losong tu, nak beli kopok2. Malam tu nampak ketara la muka aku burn dek penangan berjalan di tengah panas tu T__T
|
Kudus Minar, Indonesia |
|
ni la monumen masjid yang boleh masuk tu... |
|
and gambar ni la yang bro tu tolong tangkap..heheh |
|
Taj Mahal |
|
Ini bukan monumen, ini betol2..hehe..Masjid Kristal :) |
|
ini dalam masjid kristal..kecik je pon.. |
|
Kompleks Muzium Negeri Tganu
|
Ganu Day 3
Kitorang tukar hotel, ke kawasan yang dekat dengan pantai. Tapi before checkout tu sempat la singgah Pasar Payang..10 minit je jalan kaki dari hotel kitorang. Besar gak pasar tu..tapi sempit la laluan dalam tu. Kiri kanan kedai jual baju kelawar batik, seluar batik, kain batik..same je semua..memang pening nak beli kat kedai mane 1..haha. Pastu kitorang sesat nak keluar kat tempat yang kitorang masuk..haha..so last2 kitorang keluar je kat mane2 pintu keluar..huhu.
Lepas checkout, kitorang amik teksi ke resort yg kitorang dah book tu. Oleh sebab book bilik yang murah, kitorang x dapat la nak merasa duduk kat chalet. Hukhuk. Tapi xpe, yang penting pantai tu. Dekat je dengan resort. Xde orang plak tu. So kitorang pon main kejar2 dengan ombak walaupon ombak mase tu memang besar sebab hari nak hujan..huhu. Nasib baik la xde benda buruk jadi. Malam tu kuar bilik, berjalan dekat dengan pantai. Tengok langit, ade banyak bintang. Only Allah knows how excited i am..haha..aku memang suke giler tengok bintang ^^
|
cun kan resort ni ^__^ |
|
ombak kuat sampai sandal kawan aku tu terputus..huhu |
|
selfie itu mesti =P |
Ganu Day 4 (190114)
Lepas checkout, kitorang xtau nak ke mana, so kitorang suruh je pakcik teksi hantar ke airport. Tapi before tu kitorang sempat singgah kat kedai kopok lekor BTB. Orang sini cakap kopok BTB ni la yang paling sedap sekarang. Sampai airport, kitorang tinggal beg kat situ, then berjalan kaki ke kedai ICT (Ikan celup tepung) Pak Long, kedai yang pemes gak ar kat ganu ni. Kalau ikot google tu cakap dekat je, tapi bile dah berjalan, lenguh gak la kaki kan..dalam 20 minit la dari airport. Kitorang jadi 1st customer diorang sebab memang diorang baru bukak kedai. Nasib baik bukak, kalau tutup?huhu..so dapat la merasa sotong celup tepung..sedap2 :)
Pastu kitorang stay jela kat airport tunggu mase nak terbang balik kL. Surau kat airport die besttt..kalau nak compared dengan surau lcct tadi kan mmg lain la..
Malam tu, ramai giler orang kat airport tu..rupenye nak hantar orang2 gi umrah..bile tengok orang gi umrah, terlintas la kan, 'bile la aku dapat pegi..' huhu
|
Dapur masak kat kedai kopok BTB |
|
ICT Pak Long |
|
senario di airport K.Tganu..huhu |
Orang mesti rase macam lame giler kitorang gi ganu ni..memang lame pon..haha..takde, sebenarnye flight hari sabtu yang murah xde yang available..so nak tak nak kena beli tiket hari ahad..kui3
Overall, its a nice trip..a trip to remember..my first experience holiday dengan kawan2 kat negeri orang..
What i can say about tganu is..a place yang mengekalkan ciri2 traditional especially kat seni bina bangunan die..orang2 die peramah n banyak jugak jumpe peniaga yang jujur..makanan best..cume 1 je, public transport die jela yang kureng sebab sangat susah nak dapatkan teksi kalau x ke terminal teksi tu..bas bandar pon x nampak batang hidung..huhu
Lepas ni insyaAllah nak gi lagi holiday camni..best..fun..tapi kena kumpul duit dulu la kan..no money no holiday meh..
Bye bye Tganu..
thanks for the memory..
akan ku ikat ketat2 dalam ingatan
:)
p/s: cerita bro tadi tu x habis lagi..sebab sorang kawan gua dalam diam2 dah t'sangkut kat bro tu..haha..and one of us berjaya stalk n jumpa insta die (mmg professional stalker btol :P )
n dari insta die memang bleh nampak la bro tu orang baik2..hehe
kepada kawan aku tu, this song is for you..
"Afgan-Jodoh pasti bertemu"
=P