Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Monday, March 28, 2011

Weird feeling =.="

-gambar sekadar hiasan-


Recently, something weird happen to me..to my heart actually..and my mind..huhu..
entah.aku pon tak faham.ape lagi nak explain.
adoi..maybe..sebab dah nak masuk 21 tahun kot.
ade kena mengena ke?..errr~

tapi yang pasti sangat mengganggu aku yang nak study ni la.
final dah la lagi beberapa hari je nih.
argh.
aku harap lepas tido malam nie, feeling ni takkan muncul dah..
esok dan juga hari2 seterusnya.
tolong la.
tak suke.

k.
study.study.
hmm~


Saturday, March 26, 2011

Final Exam datang lagi....

-aminnn-


Ni jadual final exam aku untuk Sem 2,10/11 nie...

2/4 -MARKETING PRINCIPLES
3/4 -UNGS 2050
4/4 -FIQH 2
6/4 -BUSINESS ETHICS
-MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM
10/4-INTERMEDIATE ACCTG
14/4-COST MANAGEMENT [subjek plg scary untuk aku..serius!]
15/4-UBS


as u can see, berderet subjek membace kat awal2 exam week...aduhh~


Anyway,
to all my beloved frenz...

ALL THE BEST k!
HWAITING!!
=D

"Whatever you do,
Do well,
And may success attend your effort"


Bittaufiq wannajah fil imtihan :)


with ♥
sHaFiKa

^_-


Saturday, March 19, 2011

o.p.a.h :'(


How i'm going to start this post ya?
hmm......
kelmarin bersamaan 17/3/2011...
opah aku telah selamat kembali ke rahmatullah..
opah adalah satu2nya opah yang aku ade sebelum ni sebab atuk nenek blah ayah aku memang dah lame me
ninggal..atuk belah mak pon dah lame meninggal..

dan sekarang sy dah t
ak ade opah.... :'(

Malam 16/3, mak aku sms cakap die dengan abah otw gi pahang tengok opah..
mak ngan abah sangat rushing sebab habis keja pon kul 7pm camtu..
sedara mara aku yang len ramai yang dah ade kat sane..
Esoknya aku sms mak aku tanye update pasal keadaan kat sane..
mak aku cakap opah mayb akan kluar hospital pagi tu.

pkul 11.05, mak aku sms lagi,,
'opah dah meninggal
pukul 11'
aku terkejut.sangat terkejut.
air mata pon turun tanpa sedar.
aku telefon mak aku untuk tau cerita lebih lanjut.
lepas letak telefon, aku nangis sendirian kat katil.
nasib baik roomate aku takde dalam bilik mase tu.
terkilan.sebab aku tak dapat nak
ke pahang.
tak dapat nak tengok wajah arwah untuk kali terakhir.
Allah...

petang tu pukul 2 aku ade kelas CM..ade quiz last hari tu..
aku tabahkan hat
i gi ke kelas.
aku cuba sorok perasaan aku dari orang.
mata yang sembab plak dapat disorok dibalik spek.

redha.
aku redha dengan kepergiannya.
bile ajal memanggil, tiada sape dapat menolak.
mungkin itu lebih baik daripada opah aku
terus menderita sakit..

terima kasih kepada sedara maraku dan mereka2 yang menguruskan jenazah opah di pahang.
semoga opah tenang di alam sana.
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 berim
an.
Al-Fatihah untuk Allahyarhamah opahku...Hamsiah binti Syukor.
aku akan merinduimu..opah.




Saturday, March 12, 2011

selepas 5 minggu (=


Yea...dah sampai rumah.............!! =D
alhamdulillah...
heee..
dah 5 minggu tak balik..
asal plan nak balik je, ade jela benda..
walaupon kali ni dapat balik sekejap je..[balik umah sabtu ptg, balik uia isnin pagi]
tapi x kesahla..dah sakitrumah sangat dah nie...huhu

pagi tadi ade explorace under Leadership skill..best2..
grup kitorang dapat no.4...cayala grup 9B! ;)
banyak gak gelak tadi sebab jumpe dengan sorang grup member yang 'unik'..haha xD

anyway, i'm hepy for now...
walaupon keje berlambak kan...tapi buat2 lupe jela keje tu..
balik uia nanti baru bereskan balik.. :P

k, have a nice weekend ye kawan2..
chow cinchow~

Saturday, March 5, 2011

kumbang bukan seekor....bunga hanya sekuntum?

Kumbang bukan seekor, tetapi bunga hanya sekuntum. Maka, memang menjadi rebutanlah sekuntum bunga yang sedang mekar di tengah taman itu. Kumbang-kumbang dewasa yang menetap di sebatang pokok berhampiran taman, masing-masing cuba mempamerkan kebolehan yang ada pada diri agar dapat menambat hati si bunga cantik rupawan.

Seekor kumbang yang merasakan rupa parasnya terlalu kacak, terbang menghampiri bunga itu. Seiring dengan latar belakang muzik yang romantis, dia menari-nari di sekeliling bunga. Si bunga tersenyum manja. Diperhatikan dari bawah hingga ke atas. Benar! Sang kumbang itu tersangatlah tampan. Romantik. Ditambah pula dengan gayanya yang tersendiri, memang ada kelas! Mungkin sesuai untuk dipadankan dengan si bunga yang rupawan. Tapi nanti dulu! Ada soalan cepu emas yang hendak ditanyakan kepada sang kumbang.

“Apakah kebarangkalian mendapat nombor 7 apabila sebiji dadu dilontarkan?” Tanya si bunga.

Sang kumbang menjawab dengan penuh keyakinan, tetapi romantik. “Mestilah tujuh dinda…”

Reject! Si bunga tidak mahu dijodohkan dengan kumbang yang bodoh lagi bebal itu. Maka, terbanglah sang kumbang macho rupawan kembali ke pokok dengan penuh kekecewaan.

Selang satu baris kemudiannya.

Mendengarkan cerita sang kumbang kacak itu tadi, sang kumbang bijak bestari merasakan dia ada kelebihan dan ciri-ciri kumbang idaman si bunga cantik jelitawan. Sebelum terbang bertemu si bunga, dia mengira jumlah kalori yang bakal digunakan untuk terbang nanti. Bukan apa, kalau si bunga tanya nanti, pasti teserlah kebijaksanaannya! Tersenyum kambing sang kumbang bijak bestari itu sendirian.

Tanpa iringan muzik, sang kumbang bijak bestari menyampaikan serangkap pantun yang luar biasa indahnya. Niat di hati mahu mempamerkan kemahirannya dalam bersastera. Si bunga tersenyum mendengar pantun itu. Tanpa disuruh, sang kumbang bijak bestari menulis pula teori-teori fizik seperti teori Bernoulli, konsep pemindahan haba dan tak terkecuali, hukum pembiasan cahaya melalui kanta cembung dan cekung. Sekali lagi si bunga tersenyum. Sang Kumbang apa lagi, bangga tak terkata.

“Kekanda, dinda nak minta tolong sedikit. Boleh tak kekanda alihkan batu-batu di sekeliling dinda ini?” Pinta si bunga sambil menunjuk ke arah beberapa ketul batu yang bertaburan di bawah. “Dinda rasa rimas lah!”

“Tidak ada masalah dinda! Mengikut perkiraan, kanda hanya memerlukan 385.7 joule untuk mengalihkan batu tersebut.” Balas sang kumbang bijak bestari sambil berpeluh sakan. Tak masuk akal langsung! Mana mungkin seekor kumbang mempunyai tenaga sebanyak itu. Tetapi disebabkan rasa cintanya kepada si bunga cantik rupawan, dia tetap mencuba. Akan tetapi, usahanya tak ubah seperti ikan di hulu, tuba di hilir.

Reject! Si bunga bukan setakat mahukan kumbang yang pandai, malah kuat bertenaga. Bagaimana jika ada musuh datang nanti? Siapa yang hendak beri pelindungan? Maka, terbanglah sang kumbag bijak bestari itu dengan keadaan yang pening-pening lalat kerana banyak tenaganya sudah ditumpahkan begitu sahaja.

Selang satu baris sekali lagi.

Datang pula seekor kumbang yang gagah perkasa. Tanduknya hebat, dapat menumpaskan semua musuh dengan mudah. Dalam seminggu, empat ke lima kali dia pergi ke gymnasium untuk memastikan tanduknya kelihatan hebat dan gagah. Mendengarkan kisah sang kumbang bijak bestari itu tadi membuatkan dia berasa bahawa dia lah calon kumbang pilihan si bunga wang-wangian.

Dengan iringan tiupan bayu yang tidak mudah sekali menggoncang, sang kumbang gagah perkasa pula pergi mencuba nasib . Di hadapan si bunga ceria keriangan, sang kumbang gagah perkasa membuat aksi-aksi seekor kumbang gagah. Dengan sekali hayun sahaja, pecah berderailah batu-batu yang yang cuba untuk diangkat sang kumbang bijak bestari itu tadi. Si bunga tersenyum melihat kekuatan sang kumbang gagah perkasa itu. Tetapi si bunga masih belum membuat keputusan. Dia bertanya satu soalan.

“Wahai kanda, rukun Iman ada berapa agaknya ya?”

Si kumbang gagah perkasa tertawa. “Wahai dinda. Dinda ingat kanda ni jahil agama ya? Senang sahaja, jawapannya adalah 5. Yang pertama, kepercayaan kepada Tuhan. Yang kedua, kesetiaan pada raja dan negara. Ketiga…”

Belum pun sempat sang kumbang gagah perkasa menghabiskan jawapannya yang sangat teliti itu, si bunga cantik rupawan mencelah. “Itu rukun negaralah kanda. Boleh tahan juga kejahilan kanda ya..”

Reject! Si bunga bukan sekadar mencari kumbang yang kacak lagi tampan, bijak akademik dan ko-kurikulum juga gagah perkasa, akan tetapi mestilah alim dalam soal agama. Rupa-rupanya si bunga ini cantik lagi demand. Macam-macam syarat yang diletakkan untuk bakal kumbang idaman hati.

Selang satu hari pula…

Seekor kumbang yang alim, tawadu’ serta zuhud, terbang mencuba nasib. Rakan-rakan kumbang yang lain merasakan, inilah kumbang terbaik yang memiliki ciri-ciri yang diidamkan si bunga. Maka, sang kumbang penuh ciri-ciri idaman itu melamar dengan penuh adab sopan.

“Sesungguhnya, aku tidaklah sempurna dalam semua hal. Aku kuat, tetapi tidaklah sehingga boleh memecahkan batu. Aku bijak, tetapi tidaklah sehingga mendapat 4.0 setiap semester. Aku kacak, tetapi tidaklah pernah pula dimuatkan dalam ruangan model mana-mana majalah. Soal agama pula, banyak ilmu yang sudah aku belajar, tetapi tidaklah semua sudah ku miliki kerana ilmu Allah itu terlalu luas. Sekiranya semua pokok menjadi pena, dan seluruh air laut menjadi dakwatnya, maka itu pun tidaklah mencukupi untuk menulis semua ilmu Allah. Maka, apa yang hendak aku khabarkan pada kamu wahai si bunga yang banyak nama, aku ini hanyalah kumbang yang sederhana sahaja. Sudikah kau menerima lamaranku ini?”

Si bunga tersenyum lalu berkata. “Apakah harta benda dan kekayaan mu juga adalah sederhana?”

Sang kumbang tertunduk. “Aku juga adalah kumbang yang memiliki kekurangan. Aku tidaklah mempunyai harta yang banyak. Tetapi aku akan berusaha untuk mencari rezeki buatmu.”

“Jikalau begitu, aku tidak mahu! Tidakkah kau tahu, harta kekayaan itu adalah sangat penting?” Balas si bunga.

Sang kumbang tidak mahu banyak berbicara lagi. Dia pun pulang dengan tangan kosong.
Minit berganti minit. Jam berganti jam. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Pokok di tepi taman itu nampaknya akan ditebang manusia. Semua kumbang yang tinggal di situ terpaksa berpindah. Kini, si bunga cantik rupawan indah jelitawan ceria keriangan itu tinggal KESEORANGAN, menanti status bertukar menjadi LAYU-LAYUAN

---->copied from other blog..


p/s: cerita di atas mungkin untuk girl yang almost perfect..gadis biasa cam sy ni, xde maknenye..huhu..tapi apepon, moral of the story, jangan mencari yang terlalu sempurna..kan2?..kalau agama dah elok, mak ayah pon suke, terima jela...ups, pesanan ditujukan untuk mereka2 yang dah ade niat nak kawin awal ye..not me.. ;)

Thursday, March 3, 2011

Pre Reg oh Pre Reg

HOi! HOi!

pre-reg kembali lagi..
aku baru je lepas berperang dengan kawan2 aku petang tadi, tepat pukul 5pm..
agak malang sebab senjata aku agak tumpul hari ni..

1st login, aku cepat2 add subjek Komunikasi Perniagaan a.k.a satu2nye subjek b.melayu yg aku akan blaja kat uia ni..
at fes, section closed..pastu aku tukar section 1..
alhamdulillah, dapat!
pastu aku try add subjek EAP....seperti dijangka, section closed!
pastu aku terus change sem to long sem punye..
aku add subjek Company Accounting dulu sebab aku nakkk sangat Bro.Sanni tu ajar aku.....dapat! ^^
pastu aku add Commercial Law plak..section 3..dapat!
pastu..tetiba...putus!!
waa...ape lagi..gelabah pon datang ar...
setelah mencuba refresh selama lbh kurang 15 minit..dicampur dengan jampi serapah aku kat broadband nih...dapat la balik sambung add lagi 4 subjek untuk long sem tu..
Decision science, section closed!..argh, agak tension di situ sebab aku nakk sangat Sir Asnyat ajar aku... :(
aku tak buat backup untuk DS, so aku truskan m'add lagi 3 subjek..
Business Finance, Organizational Behaviour & Decision Making n Science..
alhamdulillah yang 3 ni xde masalah..
pastu aku patah balik add DS..dapat section 12..lecturer to be determined..xpela..
ingat nak add Fiqh 3 skali, tapi section closed lorr..suda dikebas senior2..huhu
pastu aku change balik kat short sem punye, nak add subjek Tilawah...dapat Fadzilah Ahmed..ustaz kot?ea?ntah...
then...selepas 15 minit, baru teringat...Parenting tak add lagi!..haha..nasib bek dapat gak same ngan kawan2 yang plan nak same...section 8..huhu

conclusionnye, pre-reg kali ni agak teruk gak ar...internet sangat tak stabil..setiap 5 minit putus..tula, asyik dok download lagu la,apela..mane tak sampai maximum usage..padan muka kat diri sendiri..huhu

sekarang ni, issue hot budak2 uia especially Econs ialah-----> cuti 5 bulan!
lame kott..hmm..aku simpati dengan diorang2 yang tak dapat nak add subjek tuk short sem..aku pon dikira bernasib baik la ni dapat add...
yela, subjek yang ade sikit sangat..section pon sikit jugak..english memang dah konfem2 senior2 kebas habis...sabar jela ye korang..yang mane umah dekat tu, cuba la buat manual ye..
kalau aku la tak dapat short sem nih, mau nangis aku..mane taknye, mau aku kena extend lebih 4 tahun nanti..amik kos akaun ni bukan leh main2 susun jadual..sebab subjek2 die memang untuk 4 tahun ckup2, tau x..

ha!ni aku nak pesan...kepada kawan2 perempuanku yang tak amik short sem tu, kalau ade yang nak bertunang ke dalam mase 5 bulan ni jangan tak inform pulak..cukup tu mase nak carik bakal tunang..hahaha :P

k itu la saje cerita pre-reg ku...
memang ini la tradisi setiap semester..
berperang merebut subjek..
semoga sem akan datang lebih baik dari sem kali ni...
k, annyong! :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.