Di surau bahagian lelaki..
Setelah tarawih 8 rakaat dan selepas mendengar tazkirah, jemaah bersiap sedia untuk solat witir..
Boy 1 : Weh,nak solat witir x?..solat witir dah nak start ni..
Boy 2 : Bukan witir la...moreh.Boy 1 : Moreh amendenye..witir la..moreh tu makan!
Boy 2: Yeah?
*gelak*
Haha..tergelak aku dengar cerita adik aku ni..
perbualan tu antara adik aku dengan kawan dia..
Diorang baru b'umur 12 tahun, so x pelik la bila masih tak dapat faham solat sunat witir itu untuk apa dan moreh itu maksudnya apa..
tapi kalau orang besar? boleh gelak guling2 aku..haha XD
Alhamdulillah, esok masuk hari ke-7 kita berpuasa :)
Semoga ibadah puasa kita dan amalan2 kita diterima Allah..ameenn.
Tapi kan,
saya,
baru nak masuk juzuk 4..wawawa..
sebab..x konsisten baca setiap kali lepas solat..huk2~
nampak macam tak dapat nak khatam dalam bulan ni je..hmm..
xpela kot..
dari terkejar2 nak khatam, baca laju2 dan tak faham apa yang dibaca, buat ape kan?
Memetik sms yang diterima dari sahabat sy...
"Bulan Ramadhan kita digalakkan untuk menjadikannya sebagai bulan al-Quran yang bermakna dalam semua aspek kita digalakkan untuk memperdalami al-Quran, samada dari segi bacaan, pemahaman bahkan penghayatan dan pengamalan isi kandungan al-Quran. Tidak ada perintah dari Rasulullah wajib untuk khatam Quran dalam sebulan Ramadhan, bahkan Allah mengecam mereka orang2 yang hanya pandai membaca al-Quran tetapi tak faham serta tak mengamalkan isinya seumpama "keldai". Dengan itu ambil kesempatan Ramadhan tahun ini untuk sama2 memperdalami al-Quran, bukan hanya berkejar mengkhatam Quran sahaja." #BuatRenunganBersama
p/S: banyak lagi perkara yang perlu dibaiki di bulan penuh rahmat ni..semoga Allah permudahkan..
070811-1 a.m