Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Wednesday, August 24, 2011

Maaf

Bukan senang untuk seseorang meminta maaf.
Setuju?

Kalau minta maaf melalui sms atau chat atau kad atau surat, tu mudah je.
But to face-to-face? susah beb..serius.
Dan kalau minta maaf depan-depan dengan orang yang kita xde problem pun mudah je.
Tapi macam mana jika orang itu sedang ada konflik dengan kita? Macam mana kalau orang yang ada konflik itu juga telah mengecilkan hati kita?

Actually kan, The Only People Who Can Really Hurt You Are The Ones Who Matter's Most...
kan?


Ada orang berpegang pada prinsip, 'Selagi dia tak datang minta maaf dekat aku, jangan harap aku nak maafkan!'
Hoo..keras hati namanya tu.

Aku admit, aku juga ada sekelumit perasaan ego bila soal nak minta maaf secara berdepan. Dan disebabkan itu aku mengambil masa untuk meminta maaf.
Tapi, lastly, perasaan bersalah akan mengatasi perasaan ego.

But! masalah paling besar ialah perasaan malu yang menyelebungi diri.
Macam2 persoalan bermain di fikiran.

'Macam mana nak mintak maaf ni?malu la nak jumpa..'
'Nak ke dia maafkan aku? Pandang muka pun x'
'Camne kalau die x maafkan? takutnye...'

Tapi hati yang tak tertahan menanggung beban perasaan menyebabkan akhirnya seseorang itu akan memberanikan diri juga untuk meminta maaf secara berdepan.
Dan sejurus je kata-kata "sy minta maaf" itu dilafazkan secara ikhlas, hilanglah perasaan bersalah dan sedih yang menghantui fikiran sebelum ni.
Dan kita boleh tersenyum semula :)
Hee..

Ok,
Post ni berdasarkan pengalaman2 sendiri.
Mungkin cara sy berdepan dan handle konflik tak sama dengan kamu.

Apepun, sy nak ucap tahniah andai kamu seorang yang tak pernah menyakiti hati orang dan sangat boleh bersabar apabila disakiti.
Kamu sangat3 beruntung :)


Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kalian tidak ingin bahwa Allah akan mengampuni kalian? Dan sesungguhnya Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang” (Qs. An Nur: 22).

Maha Suci Allah yang Maha Pengampun dan suka memaafkan.



2 comments:

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

maaf zahir batin..selamat hari raya..d=>

♥cik shaf♥ said...

maaf zahir batin jugak fatin..selamat hari raya..semoga amalan2 kita diterima.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.