Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Sunday, September 25, 2011

Ceritera sem baru

Salam 'alaik :)

Hari ni, tepat 2 minggu sejak aku masuk sem baru.
Takde apa cerita yang menarik pun. Semuanya biasa je.
Bila aku call rumah, x sampai berapa minit berbual dah letak phone. Sebab takde cerita. Kiranya call sekadar untuk melepaskan rindu mendengar suara2 mereka. Huhu.
Lagipun, aku dah balik masa 1st week hari tu..hehe..
Sebenarnya tak pernah2 sebelum ni aku balik rumah 1st week masuk sem baru. Tapi syok oo balik rumah hari tu. Gi tengok citer Johnny English dengan family. Best giler kot citer tu. Kelakar habis. Tak rugi tengok. =)

Semalam kan, laptop aku buat hal lagi. Asal aku balik kampus je buat hal. Sabo jela. Skrin laptop boleh plak tetiba blank pastu bertukar2 warna putih,hitam,merah,hijau,biru.
Terkejut aku. http://www.smileycodes.info
Tapi nasib baik hari ni dah ok. Alhamdulillah. Bukan pe, baru je 3 bulan yang lepas aku hantar gi kedai, tukar skrin and chip. Takkan rosak lagi kot. Duit dah banyak keluar kott. Hope dia dah tak buat hal lagi. I need you my lappy. Don't make me worried again, ok dear.

Ha, bercerita pasal sem ni plak. Aku amik 5 subjek je. Ok, memang pelik budak accounting amik 5 subjek je bila supposed kitorang kena amik at least 6 subjek. Dah nak wat camne, i've no choice. Subjek2 lain mostly pre-requisite die Company Accounting. Dan aku baru nak amik subjek tu sem ni. So..pasrah jela. Tapi aku sangat suka semester ni kalau nak dibandingkan long semester yang sebelum ni.
Ada waktu untuk lelap mata time tengah hari. Ada kawan masa pergi dan balik dari kelas. Ada kawan kat dalam kelas. Ohh, sangat bahagia. (cam over je ayat ni..haha).

Pastu ade la 1 hari tu aku terserempak dengan sumber inspirasi aku. 2 kali. Tu yang rasa nak senyumm je tu. http://www.smileycodes.info Haha. =p
Walaupun kuliyah sama, tapi chances untuk terserempak tu sangat sikit. Huhu.
Pada yang xtau mesti tertanya2 siapakah beliau. Haha. Don't worry la. Aku admire beliau dari jauh je. Takde perasaan lebih dari tu pun. Sy tau sy kena jaga hati. Untuk sape? untuk future husband. Sapa future husband tu? I pun xtau maaa. Only Allah knows. Huhu. Cuma berdoa dan berharap dia seorang lelaki yang baik. Ameen2. Sekarang, fokus kat study dulu ye. ;)

Ok. Stop. Dah makin open plak cakap pasal ni kat blog. Bahaya2. Sekarang ramai stalker. Haha. =p
K tu je nak taip.
Terima kasih sudi baca. http://www.smileycodes.info

Kalau anda student, sy nak wish, belajar elok2 ye.
Kalau anda sudah bekerja, kerja elok2 ye.
Salam. Peace.
^__-







Saturday, September 10, 2011

Back to campus


Salam 'alaik :)


Waktu ni kebanyakan status kat FB cakap pasal packing barang...huhu..cuti sudah habis lorr...cepat sungguh kan masa berlalu....
xnak balik u, xnak balik u http://www.smileycodes.info hehe..over! :P

Aku x pack apa2 pon lagi..haha..relax la..lagipun xde la banyak sangat barang yang nak dibawak pon sebab aku kan amik short sem sebelum ni, so barang2 aku banyak aku tinggal kat hostel :)
By the way, I balik petang esok, insyaAllah...u?


Bila dah nak masuk sem baru ni kan, teman rase berdebor le pulak...mana taknye, subjek2 semua dah makin susah..dah makin mendalam..secara otomatiknya, diri pun kena la jadi makin rajin...http://www.smileycodes.info aww, rajin ke?


Apepun, selamat kembali ke kampus buat teman2 yang disayangi..cewah! ;)
Selamat add manual bagi mereka yang tak berjaya reg subjek secara online hari tu---> macam aku ;(
Selamat bercinta dengan subjek2 baru, contohnya commercial law---> macam aku.
Juga selamat mencari "sumber inspirasi" baru...ehh?...hehe =P

Kesimpulannya, semoga urusan kita semua dipermudahkan Allah..ameen ya Rabbal 'alamin.





p/s: aku pernah terjatuh dan aku tak mahu tersungkur untuk kali kedua.

Rabbi yassir wala tu'assir, Rabbi tamim bilkhoir.


Wednesday, September 7, 2011

Kenali Wanita


WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20
Mei),Virgo(24 Ogos-23 September)dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi
dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati
menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam
perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh
air muka semulajadi yng pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan
sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan
sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah
seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API

Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April),Leo(24
Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang
lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan
tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh
mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan
menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang
dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api
harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan
itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun),Libra(24
September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam
setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka
segalanya boleh dicapai.
*Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi
untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai
keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam
dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22
Jun-23 Julai),Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20
Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah
bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang
berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada
disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang
menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.



Pssttt..camne? same tak dengan diri anda? hehe ^_-

Sumber: Jumpa kat laptop..x ingat ambik dari sape..huhu

p/s: sorry for the music background coz xde stop button..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.