Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Sunday, November 18, 2012

Rumahku hampir terbakar :O

Salam readers :)

Nak tau x, terkejut aku tadi mase call mak aku, mak aku cerita yang rumah kitorang hampir nak terbakar jumaat lepas. Ade berlaku litar pintas dan menyebabkan kotak suis yang kat dalam rumah tu terbakar.
Time tu 3 3 adik lelaki aku ade kat rumah. Nasib baik la diorang beranikan diri simbah air untuk padamkan api kat kotak suis tu. Dan nasib baik jugak api tu terpadam. 
Dan nasib baik jugak benda ni berlaku masa cuti sekolah dan adik bawah aku pun tengah cuti sem. Sebab kalau kejadian ni jadi hari biasa, ade sorang je adik aku (yg no.3) yang ade kat rumah waktu2 camtu. Confirm die panik and lari keluar rumah, and rumah kitorang terbakar tak dapat nak diselamatkan. Nauzubillah! 
Mak aku pun tau pasal benda ni lepas balik kerja petang tu sebab adik2 aku semua xde kredit nak call. Telefon rumah ade tapi rosak, ade problem dengan line telefon. 
Ayah aku pun panggil la orang elektrik untuk betolkan, lepas cek2 orang tu cakap, memang teruk ni, sebenarnye rumah kitorang dah bleh terbakar habis dah ni.
Ya Allah...Alhamdulillah, Allah tolong dan semua selamat. Rumah selamat, adik2 aku pun selamat. 
Alhamdulillah......... sob2, terharu :')
Oleh kerana aku tak dapat balik minggu ni, aku just bayangkan jela macam mane keadaan yang berlaku. Tapi mak aku cakap kesan terbakar memang ade la kat dinding.

Hmm, cakap pasal x balik rumah, sedih gak la x dapat balik minggu ni. Yela, cuti dari khamis kan. Untungla sapa yang dapat balik rumah tu.. Aku x dapat balik sebab ade exam pagi semalam. Cerita kat atas tu pun aku tau lepas call mak aku tengahari tadi. Nak call semalam, kredit dah habis. Tadi pun call sebab ingat nak mengadu kat mak la yang aku tengah demam selsema, hehe, last2 dapat tau mak aku ngan adik aku pun demam gak. Huhu. Pastu baru mak cerita pasal rumah nak terbakar ni. 
Btw, mak aku memang jenis tak call. Kadang2 je die sms. Aku je yang  akan call rumah at least 2 kali seminggu. Haha, terbalik sikit dengan orang lain.

Nasib baik hari ni hari ahad kan. Boleh la tido banyak2 sebab kepala aku pun tengah berat sekarang ni.
K, adios~
Allahumma 'afinaa fii badaninaa...




p/s: pray for Gaza..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.