Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Tuesday, May 25, 2010

Izinkan abang kawin seorang lagi....???




"sayang, izinkan abg kawin satu lagi?"

Jannah
yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Soleh Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Nur, Ain, dan Khadrah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Ahmad dan fauzan.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Soleh Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Jannah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

´Kau mampu Soleh, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Jannah.

´Abang Soleh, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

´Abang , Jannah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Jannah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.


Dia tahu, Jannah bukan seorang yang panas baran. Jannah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.


´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Jannah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.


Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.


Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Jannah.


´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
´Kak Jannah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.
´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´
´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Soleh Mukmin.

´Percayalah Qis, Jannah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´


Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.


Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Jannah. Sedangkan dia diminta oleh Jannah bermunajat di Masjid Putra.
Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.


Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Jannah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Soleh Mukmin yang dulu. Soleh Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Soleh Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Jannah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Jannah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Jannah.

bzzz...bzzz sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.


´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Jannah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,´


Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:

Soleh Mukmin,

Suami yang tersayang...


soleh Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

abang yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Jannah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Jannah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Jannah kemukakan penilaian Jannah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Jannah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Jannah sayangkan abang. Jannah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Jannah sayangkan abang...

2. Jannah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Jannah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Jannah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Jannah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Jannah sayangkan abang...


3. Jannah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Jannah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Jannah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Jannah sayangkan abang...


abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Jannah. Kalau diungkap satu persatu, Jannah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Jannah mengenalinya.


abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Jannah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putra
mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Jannah sayangkan abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Jannah... Jannah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Jannah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Jannah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Jannah.

Salam sayang,

Nur Jannah binti Abdullah

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Nur Jannah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Jannah isterinya!!! !!


** Subhanallah..best kan citer nie..smoga menjadi pengajaran utk sume..t'utama kaum adam..
Hargailah isteri anda..yang telah banyak berkorban untuk anda...wahai kaum adam,sedarlah..walaupon isteri kamu mungkin memberi keizinan untuk kamu berkahwin lain,tapi jauh di dalam hatinya pasti ada secebis luka yang hanya dipendam,demi kebahagian seorang suami...jika isteri kamu mampu setia,mengapa tidak kamu?..
[semoga Allah menemukan aku dengan lelaki yang baik dan semoga aku menjadi yang pertama dan terakhir untuknya..aminn!] :))
Btw,cerita ni sy copy dr blog yg sy bace...ni link beliau, http://kfwqud.blogspot.com

2 comments:

LaiLy said...

cik shaf sayang....huhu...pe kata u tuka warna tuk part surat jannah pada suaminye...xdapat bc la mak cikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ;p

♥cik shaf♥ said...

huh?really cik laily dear?
how come it can't b read..
kat laptop kte ok je..terang bederang je kaler biru tu..
laily,r u sure u x rabun wrna?..hik3,gurau je.. =p
ok,i tkr kaler len ye.. :)

em,xnak komen ke prubahan kat blog sy nie...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.