Alhamdulillah..hati sy dah kembali tenang..
banyak hikmah yang sy dapat dari ujian yang Allah bagi ni..
serius, banyak sangat.. :)
ok tukar topik sat,
khamis ni final paper last sy..subjek Cost Management..
for ur information, CM is the scariest subject bg sy untuk sem ni
coz sy x dapat nak memahami subjek ini dengan sefaham-fahamnye..
markah midterm hari tu pon sangat mendukacitakan..sob2.
ape pon, i will try my best for this Thursday..
kepada yg mengenali, doakan sy ye..org tgh risau gler nih..huhu
semalam kan, sy ade la search kat google cara nak control kemarahan dan ke'sensitive'an (hancur bahasa..huhu)
sebab sy antara orang yang cepat marah..(habis la..jatuh la saham..)
tapi selalunye cepat sejuk..insyaAllah..
Moh kite sama2 renungkan tips kat bawah ni.. :)
Ubat Marah
Individu yang normal pasti akan mengalami perasaan marah apabila berhadapan dengan situasi yang memungkin perkara itu berlaku, dan kemarahan itu tidak boleh dielakkan. Perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa marah adalah seperti berikut:
- Sibukkan diri dengan mengingati Allah. Misalnya dengan berzikir dan berselawat. Firman Allah dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai anak-anak Adam, apabila kamu marah, ingatlah kepada-Ku.”
- Meminta nasihat daripada orang berpengalaman. Suatu kisah yang berlaku pada zaman Nabi, sepasang suami isteri yang sering bergaduh bertemu baginda untuk meminta nasihat. Lalu kata Nabi, “Apabila kamu berasa marah, maka hiruplah air dan biarkan air itu di dalam mulutmu sehingga kemarahanmu reda.”
- Marah itu datangnya dari syaitan. Oleh itu, mintalah perlindungan dari Allah seperti membaca kalimah taawuz.
- Jika berasa marah ketika sedang berdiri, maka hendaklah duduk, dan jika sedang duduk, maka hendaklah berbaring.
- Fikirkan tentang kemurkaan Tuhan dan hukuman dari-Nya. Siapakah yang lebih besar kemarahannya, manusia atau Tuhan. Apa akan berlaku sekiranya Tuhan menunjukkan kemurkaan-Nya?
- Maafkan orang yang menyebabkan kemarahan itu. Setiap orang melakukan kesilapan termasuk diri kita. Jika kita mengharapkan keampunan Tuhan, maka wajarlah kita bersedia untuk memaafkan orang lain. Sifat saling maaf-memaafkan akan mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat.
- Berwuduklah. Sebaik-baiknya lakukan solat sunat.
Ingatlah bahawa kehidupan ini hanya sementara saja. Setiap orang akan mati dan akan diadili di padang mahsyar kelak. Oleh yang demikian, perkara terbaik yang wajar dilakukan apabila ada orang yang menyebabkan kemarahan, ialah membalas kemarahan itu dengan kebaikan dan kasih sayang. Apabila perkara ini mampu dilakukan, barulah dunia akan menjadi tempat yang indah untuk didiami, aman dan sentosa.
Marah Cetuskan Konflik Dan Peperangan(Majalah Cahaya Feb 2006),Oleh : Zulina Hassan
No comments:
Post a Comment