Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Thursday, April 7, 2011

Radha lagi...haha :P

Oh my...kenape teringat balik kat novel Radha ni?..aiyoyo..
hehe..
sebab citer tu suweeeettt sangat.. ^^

kat bawah ni ade petikan novel tu..
copied and paste from someone blog
sebab malas nak taip.
haha :P
http://solaceinmyself.blogspot.com/2010/12/oh-carl-duke-adam-yang-baik.html

thanks ya tuan punye blog! ;)

*******

Selalunya aku akan mengulangkaji subjek elektif bersama temanku yang setia, Carl Duke Adam yang lebih dikenali dengan nama Kaduk. Nasib baik bukan kodok!

"Carl Duke Adam? Mesti mix ni," aku meneka bila pertama kali mendengar nama yang meniti bibir pelajar puteri. Satu hari aku memberanikan diri berjumpa dengan tuan empunya diri walaupun aku sudah mendengar dari penglipur lara freelance sekolah.

"Papa orang Belanda. Mama Melayu Banjar," jawabnya ringkas bila ditanya tentang asal-usulnya.
*******

"Hello! Prince Carl Duke Adam, Lord of Buckingham is on the line."


"Tolong ler Kaduk. Kita letak telefon ni karang."

"Aku bergurau saja. Sekolah macam mana?"


"Bosan. Sebab kau tak ada."

*******

"Kaduk.. kenapa kau tak cerita pasal Ain?"

"Mana kau tahu?"


"Auntie... Dia yang beritahu."

"Kau ada dengar... berita tentang dua orang pelajar Malaysia di Michigan yang meninggal dunia kerana dirempuh trak... lepas balik dari berbuka puasa?"


"Kaduk..."


"I miss her so much... I miss her, Syah."

*******

"Kaduk!"


"Assalamualaikum... Boleh saya bercakap dengan Cik Akasyah?"


"Waalaikumussalam. Cik Akasyah di sini. Boleh saya tahu siapakah gerangan di sana tu?"


"Saya Encik Adam. Carl Duke Adam..."


"Ada apa call saya malam-malam ni Encik Adam? Rindu?"


"Haah. Rindu.... sangat! Kenapa tak on handphone malam ni, cik adik? Penat cik abang di sini bagi mesej. Tak berbalas pun. Sedih hati cik abang tau."


"Manalah cik adik tahu cik abang nak mesej cik adik malam ni."


"Hai... kan hari-hari cik abang mesej cik adik. Entah-entah cik adik dah ada cik abang lain kot."

*******

Prangg!!

Kaduk tergamam. Tanpa sengaja balang kaca yang dihadiahkan oleh Akasyah sempena hari lahirnya yang ke-19 tertepis lalu jatuh ke bawah. Serpihan kaca bertaburan di sana-sini.

"Masya-Allah... kalau Syah tahu, teruk aku kena bebel," gumamnya sambil mencapai penyapu di tepi pintu.

Lalu dikemasnya semula lantai yang dipenuhi bintang-bintang comel yang berwarna-warni. Matanya hinggap pada sekeping kertas berwarna ungu yang dilipat elok. Dia teringat kata-kata gadis itu sewaktu menyerahkan hadiah tersebut beberapa bulan yang lepas.

"Dalam ni ada mesej untuk kau. Tapi tak boleh baca sekarang."


"Habis tu?"


"Lima tahun akan datang."


"Amboi! Lamanya kena tunggu..."

Entah mengapa hatinya meronta-ronta supaya isi kertas itu dibaca. Segera dia mencapai kertas biru itu dan dibuka perlahan-lahan.

Maafkan aku kerana mungkir janji, bisiknya.

Dia meneliti setiap baris kata yang dicoretkan oleh temannya itu.

Carl Duke Adam yang baik,

Hadirmu bagai mentari yang membakar semangat diri. Mengenalimu adalah satu anugerah yang tiada tandingan. Berpisah darimu... takkan ada dalam kamus hidupku.

Friendship Forever (^-^)v
Nurul Akasyah yang manis

Dia terkesima. Pandangannya beralih pada gambar dia dan Akasyah di sudut meja. Wajah Akasyah direnungnya dalam-dalam.

"Nurul Akasyah yang manis..." ujarnya sambil mengulumkan senyuman.

Memang manis pun.

*******

"Asyikin, Syah ada?"


"Kaduk ke tu?"


"Haah. Kaduk ni."


"Kaduk... Syah... dia kat ICU sekarang."

*******

"Syah... aku datang ni."


"Kaduk..."


"Kau mesti cepat sembuh. Nanti bila dah sihat, kita sembang panjang. Ada banyak benda aku nak beritahu..."

*******

"Allah sudah janjikan... perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jadi, janganlah kau risau. Kau seorang yang baik. Insya-Allah... akan diketemukan lelaki yang baik juga. Kelemahan yang ada pada diri boleh diperbaiki sedikit demi sedikit. Sedangkan pantai boleh berubah, inikan pula kita manusia yang punya akal fikiran. Cuma perlu ada kemahuan dan disertakan dengan usaha. Jangan sekadar mengeluh nasib diri tanpa berusaha dahulu... Segalanya mungkin. Aku menanti saat itu kunjung tiba."

*******

Dua, tiga boleh kucari,
Manakan sama Encik Adam seorang.

*******

"Mak aku pesan supaya jangan pilih lelaki kacak atau kaya sebagai suami. Kaduk... dia ada kedua-duanya sekali. Lagipun aku rasa orang macam dia akan cari orang macam Ain. Yang perfect."


"Kau takkan dapat cari seorang pun yang sempurna atas muka bumi ni. Tak ada... Setiap orang ada kelemahan masing-masing. Adam contohnya... semua orang nampak dia as a perfect person. Baik dari segi rohani dan jasmani. Tapi sebenarnya dia juga punya kelemahan. Cuma kita tak nampak kelemahan dia. Kita jatuh cinta bukan sebab berjumpa dengan orang yang sempurna tetapi setelah kita belajar menerima segala yang ada pada diri dia. We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly. Dan pada Adam, aku rasa dia nampak kesempurnaan pada diri kau. Paling penting, kau harus yakin dengan diri sendiri. Kualiti yang ada pada diri sendiri. Cari kualiti-kualiti baik yang ada pada diri kau sendiri. Kau tak perlu jadi orang lain. You cannot become what you want by remaining who you are."

*******

"Cik Akasyah! Poskad dari Abang Kaduk!"


"Assalamualaikum warahmatullah,

Salam penuh kerinduan buat Nurul Akasyah yang manis. Mudah-mudahan sentiasa ceria di dalam lindungan Allah swt. Pertama sekali maafkan aku kerana tidak melayangkan poskad bulan lepas. Pastinya kau tertunggu-tunggu. Jangan kau fikir aku sudah melupakan dirimu kerana tidak satu saat pun kau luput dalam fikiranku ini. Kebetulan waktu itu, aku bergelumang dengan peperiksaan akhir, dan selepas itu aku terpaksa terbang ke Netherlands untuk melawat nenek yang tiba-tiba diserang strok. Alhamdulillah dia tak apa-apa. Akhir kalam, selamat memulakan semester baru. Study smart!

Yang merindu, C. D. A."


"Kan aku dah kata, dia tu ada something dengan kau. Masih tak percaya lagi?"


"Pandailah kau bagi aku perasan. Memang dia selalu tulis macam ni pada aku."


"Dah terang lagikan bersuluh, Syah. Cuma kau yang menidakkannya."

*******

"Kaduk?"


"Ermm..."


"Apa yang kau cakap semalam... kau betul-betul serius ke waktu tu?"


"Yang mana satu?"


"Masa kat Tokyo Tower tu."

"Ohh... kau rasa?"

*******

"Duduklah diam-diam. Aku nak lukis pun susah."


"Ermm.."


"Dah siap!"


"Cantik!Aku tak pernah tahu kau boleh melukis sebegini cantik."


"Aku tak ada duit nak beri, Syah."


"Pujian aku ikhlas, Kaduk."


"Pernah aku beritahu yang masa kecil dulu aku pernah bercita-cita nak jadi arkitek?"


"Tapi muka aku ni, kau lukis lebih cantik dari yang sebenar."

"Kau terlalu merendah diri. Tak baik begitu. Apa yang aku lukis tu adalah apa yang aku nampak pada kau selama ni."

*******

"Maaf kalau kata-kata saya ini akan menyinggung perasaan awak. Boleh saya tahu nama awak?"


"Takkan nama kawan sendiri pun tak ingat."


"Boleh saya tahu nama awak?"


"Syah... Nurul Akasyah Othman. Kau betul-betul tak ingat ke ni?"

"Dia hilang ingatan."

*******

"Kaduk... tak apakah kita terus kawan begini? Aku takut ada yang tak suka."


"Kenapa cakap macam tu?"

*******

"Kaduk... aku nak beritahu sesuatu pada kau."


"Apa dia?"


"Guwe sayang banget sama kamu kerna kamu sahabat guwe."


"Apa? Kau cakap bahasa Jepun ke dengan aku ni? Tolong ulang sekali lagi. Dalam bahasa Melayu ya."


"Tiada pengulangan!"


"Say it in Malay and slowly. Please..."


"Aku sayang kau sebagai sahabat! Ngerti?"


"Thanks."

"Thanks? Itu aja? Hanya 'thanks'?"


"Guwe pun sayang banget sama kamu... sebagai teman guwe."

*******

"Bukankah setiap yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. Dengan kata-kata Ammar sebagai cabaran dan pastinya dengan izin Allah, akhirnya kau berubah menjadi seorang bidadari. I feel honored talking to you, Ainul Mardhiah."

*******

"Jadi, siapakah insan istimewa yang bertakhta di hatimu sekarang, Ainul Mardhiahku? Yang kau tunggu untuk menyunting hati bidadari kecil yang satu ini?"


"Jangan panggil aku macam tu, Kaduk. Aku tak layak langsung..."


"Panggilan aku tadi bukan untuk main-main, Nurul Akasyah Othman."

*******

"Kaduk... aku cukup suka kalau kau begini. Macam bercakap dengan seorang ustaz pula."


"Suka? Suka banyak ke suka sikit?"

*******

"Sememangnya aku sudah berhajat untuk ke sana dengan suami aku nanti. Apapun, kena tunggu sahaja masa 'itu' tiba. Doakan aku ya!"


"Ainul Mardhiah, sudikah kau menemaniku mengunjungi Baitul Haram- C. D. A."

*******

Assalamualaikum wbt Adam san, ogenki desuka? Harap semuanya okey. Sekarang ni aku kat bilik Wawa. Datang mengacau dia yang dok sibuk menghafal kanji untuk shiken Isnin minggu depan. Erm... pergi Korea tak beritahu ya. Baru cadang nak pesan kain sutera kalau ada kawan-kawan yang ke sana. Mana tahu nak berbaju sutera korea pula raya tahun ni. Aku bergurau aja. Apapun, shigoto no hou... ganbatte ne! Rasanya lama kita tak sembang. Aku busy, kau pun busy. Tak macam dulu-dulu. Kita selalu ada masa for each other. I missed all those days. Semoga selamat kembali ke Nihon.

Arisa Akasyah.

p/s: tak sabar tunggu kau balik. bila agaknya?


Waalaikumussalam. Miss Arisa Akasyah... sejak bila pula tukar nama dan jadi orang Jepun ni? I'm okey. Kerja pun okey. Baru nak masuk tidur tadi. It has been a busy day for me. Tapi... lepas dapat emel dari kau tadi, I can't stop smiling. Hilang segala penat. Rasa tak sabar pula nak balik semula ke Jepun hari Ahad ni sebab dah tahu ada yang tunggu (senyum lagi). Tentang sutera korea tu, rasanya sempat lagi aku carikan untuk kau (i'm not joking). Anyway, all the best for your kenkyuu. Ganbatte kudasai! Walaupun sibuk, kesihatan kena jaga. Ingat tu. Tak nak dengar lagi ada yang masuk hospital dan sebagainya. Kalau ada apa-apa masalah, beritahu aja pada Wawa atau Ammar. Mereka akan jaga kau sementara aku tak ada. Ma'assalamah.

Your Adam

p/s: sebelum tidur, ambil wuduk, baca surah al-Mulk and... you know the rest.

*******

"Syah."


"Kaduk?"


"Assalamualaikum. Genki kai?(sihat?)"


"Aku ingat kau balik petang ni."


"I canceled that flight. Aku balik malam tadi."


"Kenapa?"


"Aku ada appointment penting pagi ni."


"Oh! Pukul berapa appointmentnya tu?"

"Sekarang."


"Kalau macam tu, tak apalah. Aku tak nak ganggu. Bye!"

"Syah, tunggu! That important appointment is with you, Syah. Right here. Right now. Itupun kalau tak mengganggu..."

*******

"Kenapa dari dulu kita tak begini,Syah? Kenapa baru sekarang?"


"Maksud kau?"


"Aku rasa kau tak pernah beri peluang pada diri kau. Seolah-olah... kau dah tutup pintu hati kau untuk terima seorang lelaki lebih daripada seorang kawan dalam hidup kau. Sebab itu aku rasa kadangkala terlalu sukar nak dekati kau. Sentiasa ada benteng itu antara kita. Hubungan kita tak mampu pergi jauh kalau kau tak beri peluang pada kita."

*******

"Kau akan selalu begini kan, Syah. Pandai mengelak. Sebab tu aku kata tadi... susah betul dekati kau."

"Hantar aja wakil pihak kau ke rumah aku. Nanti baru boleh nak bincang tentang kita."


"Betul ni?"

"Tadi kau minta aku beri peluang untuk kita. Nah! Sekarang aku dah berikan jawapannya. Aku tidaklah semoden yang kau sangkakan, Carl Duke Adam. Soal jodoh ni... aku lebih suka kalau kita ikut cara yang Islam ajar. Jadi, tak perlu kita nak berbual panjang tentang hal ni."


"I know I choose the right girl."

*******

Hakcipta terpelihara Rnysa Anys.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.