The one and only kad raya for this year
i guess..huhu
Thanks to Cik Sumei!
Kebetulan kad raya tu sama warna dengan baju raya aku tahun ni pulak..haha! #hijaumuda
Nak tau x, tahun lepas aku x dapat 1 kad raya pun..sedih kan?..tapi aku pun x bagi sesapa kad raya, so padan la pon..hak2 =p
Tadi tetiba aku bersemangat nak selongkar balik kad-kad raya yang dah berzaman tu..nasib baik tersimpan elok dalam kotak..
Taraaaa....
Ade kad yang dapat by hand and ade yang by post..
Aku lebih tertarik dengan kad raya cartoon..sebab funny..hehe..tapi kad raya yang gambar masjid camtu pun ok je..cantek.. =)
Kad pertama aku terima masa tahun 2002 kalau x silap..time upsr..
Ayat dalam kad sangat kebudak2an.. especially tang tanye,
'Duit raya awak tahun ni berapa? mak ayah kita bagi Rm50'...haha..lawak2..
Kad paling banyak diterima pulak masa tahun 2007..dapat dari sahabat2 jauh, kawan sekelas, kawan sedorm..owh, rindu korang . . . . .
Ade jugak kad dari bukan kenalan..contoh, kedai tempat aku beli spek mata..wah2~
Pantun paling femes dalam kad raya sudah tentulah,
"Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas" =D
Bagi aku, kad raya ni lebih special kalau dapat by suprise.
Tapi sekarang ni, nak suprise apenye, alamat kawan2 pon kita xtau. So, kenela tanye. Bile dah tanye, dah x suprise la jawabnye. Hua3.
Tapi macam korang tau, setem sekarang dah 60sen. Dulu 30 sen je kottt. Makin tipis la harapan nak dapat kad raya. Huhu.
Ok la, kalau korang nak cerita yang korang dapat lebih dari 1 kad raya tahun ni, sila komen kat bawah. Haha.
P/s:
Xnak wish selamat hari raya kat sini lagi. Awal lagi.
Sedih Ramadhan dah nak pergi. Hmm.
2 comments:
kan..tahun ni baru dpt 1 kad akhirnya,hee :D
hee..ok la kan dari x dpt langsung.. *cam sedih je plak bunyiknye..haha =p
Post a Comment