Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Sunday, January 30, 2011

Mencari lagu

Ok.

Aku dah jatuh hati dengan lirik-lirik lagu kumpulan Maidaniy.

Kumpulan ni kumpulan nasyid Indonesia. Aku pun baru tahu kewujudan kumpulan ni bile aku bace satu cerpen yang diberi tajuk 'Menunggu di sayup rindu'. Tajuk cerpen tu adalah tajuk dari salah satu lagu kumpulan nasyid ni. Dalam cerpen tu ade lirik lagu tu. Aku pun google untuk dengar lagu tu. Lagu tu memang sedap. Tenang je dengar.

So sekarang aku nak carik semua lagu2 kumpulan ni. Tapi yang aku jumpa hanyalah lirik2. Takde website yang bagi service download tuk lagu ni. Dah try carik kat 4shared, tapi 'search not found'.

So, ade sesape yang ade lagu2 Maidaniy??..plizzz..send to me..by email pun ok. Pliz3..
=.=

Saturday, January 29, 2011

Kisah dia

Dia turun dari tangga Nusaibah kira-kira pukul 3.25. Hati melonjak-lonjak ingin bertemu keluarga setelah 4 minggu tak bersua. Sekurang-kurangnya apabila bertemu dengan insan-insan tersayang dapat menghilangkan tekanan yang dirasa sepanjang minggu ini.

Minggu ini saja dia sudah menduduki 3 midterm exam. Dan dalam minggu ini juga dia telah ponteng 3 kelas yang tak pernah tak dihadirinya. Ketidaksediaan untuk menghadapi midterm exam yang diadakan pada hari kelas menyebabkan dia membuat keputusan untuk ponteng beberapa kelas lain. Semasa waktu kelas yang dipontengnya, dia berada di library. Mengulangkaji topik-topik yang masih belum dibaca.

Memang, dia rasa bersalah dengan diri sendiri namun hanya itu cara terbaik yang dapat difikirkan. Dia tahu inilah akibatnya orang yang tidak tahu menguruskan masa. Dia tahu dia perlu berubah.

Namun begitu, sepanjang minggu ini, tiada satu pun kertas yang dirasakan dapat dijawabnya dengan benar-benar baik. Hampir kesemua soalan yang diberi adalah diluar dari jangkauannya. Kertas akaun yang dijawab pagi tadi juga tidak imbang. Dia mengeluh. Namun dia tahu yang dia sudah berusaha, dan sekarang tiba masa untuk Allah menghitung usahanya itu. Dia bertawakkal.

Lebih kurang 10 minit menunggu di bus stop mahallah nusaibah, bas Metro 91 pun muncul. Tetapi bas tersebut tidak mahu mengambil penumpang. Maka terpaksalah dia menunggu lagi. Bas kedua muncul dan seperti yang pertama, bas tersebut terus berjalan dan tidak berhenti walaupun pemandunya tahu dia ingin menaiki bas tersebut. Bas ketiga juga begitu. Pelik. Dia melihat tidak ramai pun penumpang di dalam bas itu. Dia cuba mengawal kesabaran. Lagi 5 minit sebelum pukul 4, bas yang keempat lalu dan berhenti. "Akhirnya..", dia berkata di dalam hati.

Di dalam bas, dia mengambil tempat duduk kedua, di sebelah tingkap. Sedang asyik memerhatikan gelagat manusia-manusia di luar tingkap bas, tiba-tiba dia terasa seperti ada air yang menitis di atas beg yang diletakkan di riba. Tap. Tap. Rupa-rupanya, air tersebut datang dari air-cond bas itu. Dia terasa malang kerana salah memilih tempat duduk. Dia ingin menukar tempat tetapi jumlah penumpang bas yang semakin ramai tidak memungkinkan dia untuk berbuat demikian. Maka terpaksalah dia bertahan dengan keadaan yang tidak selesa itu sehingga sampai ke destinasi. Tiba-tiba dia terdengar suara dari makcik yang duduk dibelakangnya berkata, "Bukan kat luar je hujan, dalam bas pun hujan. Hehe".
Dia hanya tersengih sendiri mendengar kata-kata itu. Dia kembali meletakkan pandangannya ke luar, memerhatikan suasana jalanraya di KL yang sentiasa sesak dengan kenderaan.

Dia sebenarnya tidak merasa begitu gembira untuk menikmati cuti midsem selama seminggu ini. Terlalu banyak to-do-list yang perlu dilakukan. Termasuklah 4 lagi exam paper yang menanti selepas cuti. Presentation dan assignment juga perlu disiapkan. Dia berharap dia dapat menggunakan masa cuti ini dengan sehabis baik. Semoga perasaan malas study terutama apabila berada di rumah dapat diusir dengan jayanya. Itu harapannya.




Sekian..huhuhu..ending nye, 'dia' di atas selamat tiba ke destinasi...alhamdulillah.. :)
Saje je wat dalam bentuk cerita..dah lame x buat karangan..ayat pon berterabur..ish3..
xpe2, sem depan insyaAllah nak amik subjek BM..dapat betulkan balik ape2 yang tak betul..hihi..

Anyway, to kawan2ku...Hepy Holiday! Jaga diri baik2...
:)



Monday, January 24, 2011

Presentation postponed?..sabar jela..

Ok fine, presentation BE hari ni di postponed..
sabar jela..
dah hafal2 skrip..dah pakai cantik2..uhuk, maksudnye pakai baju or tudung yang jarang aku pakai...tetiba lecturer cakap presentation postponed..die nak mengajar..wawawa..

ni bukan fes time jadi kat aku..
sem lepas pon same..2 3 kali postpone present..dan kebetulan time nak present tu aku pakai baju yang same..so aku salahkan baju tu la bile aku tak jadi present..hua3 :P

hmm..memang benda yang kita rancang ni, selalu tak menjadi, kan?..

conclusionnye, aku ade 7 presentation after midsem break...
so dah faham kenape aku frust?
hmm~




p/s: apepon..dalam frust2 ni..ade 1 benda buat sy hepy..hee.. *secret*
:)



Sunday, January 23, 2011

Presentation? ah..scary nyer......

Dup dap dup dap...
Maklumla esok aku ade presentation untuk subjek Business Ethics...
kali ni punye presentation lain skit dari sebelom nie..
lecturer sy cuma nak tengok camne kitorang present..
die x amik port pon ape isi yang kitorang cakap...
rase cam masuk kelas presentation skill plak..

sir tu akan evaluate the way we present...
eye contact..voice projection must be clear..do not refer to text..smooth prentation..bla,bla,bla...
ah..scary!

bukan tu je, student2 yang len pulak bukan setakat dengar je, but diorang kene evaluate jugak..lect bagi kertas, then kita tulis kat kertas tu nama each of the presentor and 1 positive and 1 negative about that presentation..pastu bagi gred 'A' or 'A-' or 'B+' etc...
pastu lect akan suruh 1 student bagitau ape die punya evaluation dan gred yang diberi kat presentor tu...
lagi laaaaa aku berdebar...wawawa.. ;(


tarik nafas shafika...tarik nafas...
take it easy..
huhu

hmm..harap2 aku bleh present dengan elok..
bukan pe..aku ni kan pemalu..uhuk3..so bile mereka2 sume pandang muka aku, aku terus jadi blur..seyes!..selalu jadi camtu...so, daripada dah hafal, terus tengok kertas balik sebab dah lost ape yg patot aku cakap..aiyoyo~

aku ade je bace tip2 untuk atasi masalah neves bile kene present depan orang ramai..contohnye anggap yang ade kat depan kita ni budak skola tadika la..anggap diorang batu la..haha..tapi xleh la..aku xleh nak imagine camtu..x tercapai akalku..huk3..

so kesimpulannya aku tawakkal jela ape yang akan jadi esok hari...kene banyak2kan berdoa la kot...semoga diberi ketenangan dan semoga urusanku permudahkan olehNya..

kepada korang yang bace nie..kalau ade nak bagi tips2 yang korang rase berkesan..silakan komen di bawah..tq! :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.