Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Saturday, January 29, 2011

Kisah dia

Dia turun dari tangga Nusaibah kira-kira pukul 3.25. Hati melonjak-lonjak ingin bertemu keluarga setelah 4 minggu tak bersua. Sekurang-kurangnya apabila bertemu dengan insan-insan tersayang dapat menghilangkan tekanan yang dirasa sepanjang minggu ini.

Minggu ini saja dia sudah menduduki 3 midterm exam. Dan dalam minggu ini juga dia telah ponteng 3 kelas yang tak pernah tak dihadirinya. Ketidaksediaan untuk menghadapi midterm exam yang diadakan pada hari kelas menyebabkan dia membuat keputusan untuk ponteng beberapa kelas lain. Semasa waktu kelas yang dipontengnya, dia berada di library. Mengulangkaji topik-topik yang masih belum dibaca.

Memang, dia rasa bersalah dengan diri sendiri namun hanya itu cara terbaik yang dapat difikirkan. Dia tahu inilah akibatnya orang yang tidak tahu menguruskan masa. Dia tahu dia perlu berubah.

Namun begitu, sepanjang minggu ini, tiada satu pun kertas yang dirasakan dapat dijawabnya dengan benar-benar baik. Hampir kesemua soalan yang diberi adalah diluar dari jangkauannya. Kertas akaun yang dijawab pagi tadi juga tidak imbang. Dia mengeluh. Namun dia tahu yang dia sudah berusaha, dan sekarang tiba masa untuk Allah menghitung usahanya itu. Dia bertawakkal.

Lebih kurang 10 minit menunggu di bus stop mahallah nusaibah, bas Metro 91 pun muncul. Tetapi bas tersebut tidak mahu mengambil penumpang. Maka terpaksalah dia menunggu lagi. Bas kedua muncul dan seperti yang pertama, bas tersebut terus berjalan dan tidak berhenti walaupun pemandunya tahu dia ingin menaiki bas tersebut. Bas ketiga juga begitu. Pelik. Dia melihat tidak ramai pun penumpang di dalam bas itu. Dia cuba mengawal kesabaran. Lagi 5 minit sebelum pukul 4, bas yang keempat lalu dan berhenti. "Akhirnya..", dia berkata di dalam hati.

Di dalam bas, dia mengambil tempat duduk kedua, di sebelah tingkap. Sedang asyik memerhatikan gelagat manusia-manusia di luar tingkap bas, tiba-tiba dia terasa seperti ada air yang menitis di atas beg yang diletakkan di riba. Tap. Tap. Rupa-rupanya, air tersebut datang dari air-cond bas itu. Dia terasa malang kerana salah memilih tempat duduk. Dia ingin menukar tempat tetapi jumlah penumpang bas yang semakin ramai tidak memungkinkan dia untuk berbuat demikian. Maka terpaksalah dia bertahan dengan keadaan yang tidak selesa itu sehingga sampai ke destinasi. Tiba-tiba dia terdengar suara dari makcik yang duduk dibelakangnya berkata, "Bukan kat luar je hujan, dalam bas pun hujan. Hehe".
Dia hanya tersengih sendiri mendengar kata-kata itu. Dia kembali meletakkan pandangannya ke luar, memerhatikan suasana jalanraya di KL yang sentiasa sesak dengan kenderaan.

Dia sebenarnya tidak merasa begitu gembira untuk menikmati cuti midsem selama seminggu ini. Terlalu banyak to-do-list yang perlu dilakukan. Termasuklah 4 lagi exam paper yang menanti selepas cuti. Presentation dan assignment juga perlu disiapkan. Dia berharap dia dapat menggunakan masa cuti ini dengan sehabis baik. Semoga perasaan malas study terutama apabila berada di rumah dapat diusir dengan jayanya. Itu harapannya.




Sekian..huhuhu..ending nye, 'dia' di atas selamat tiba ke destinasi...alhamdulillah.. :)
Saje je wat dalam bentuk cerita..dah lame x buat karangan..ayat pon berterabur..ish3..
xpe2, sem depan insyaAllah nak amik subjek BM..dapat betulkan balik ape2 yang tak betul..hihi..

Anyway, to kawan2ku...Hepy Holiday! Jaga diri baik2...
:)



2 comments:

fa-in said...

xpe,chaiyokk2!!
slamat bercuti tp otak x ikut bercuti kan..huu

♥cik shaf♥ said...

@fain-
tq2!!..hehe..ko pon, chaiyok2!
selamat bercuti sambil study..huk3
;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.