Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Friday, January 21, 2011

Simpanlah cinta itu untuk jodohmu

Bukan Diriku

“Awak, saya nak bagitahu awak sesuatu”

“Ya? Apa dia?”

“Saya suka kat awak, sungguh, hati saya meronta untuk mengatakan cintakan awak”

“……….”

“Awak?”

“……….”

“Kenapa awak diam?”

“Maaf”

“Untuk?”

“Saya telah berpunya dan saya cintakannya”

“Hmm.. Siapakah si dia itu?”

“Jodoh saya”

“Jodoh awak? Siapa? Takkan tak bernama?”

“Saya tak kenal dia, tapi saya dah jatuh cinta dengan dia”

“Bagaimana awak jatuh cinta dengan dia sedangkan awak tak kenal dia?”

“Kerana ianya telah tertulis di luh mahfuz, dia jodohku. Jodoh yang tak diketahui”

“Kalau begitu, izinkan saya menjadi jodoh awak”

“Saya tak dapat, maaf”

“Kenapa? Apa yang kurang pada saya?”

“Tiada kurangnya, tiada cacat celanya”

“Jadi, kenapa awak tidak mahu saya menjadi jodoh awak? Saya cintakan awak keranaNya”

“Betulkah? Saya tak percaya”

“Kenapa saya harus tipu dengan wanita yang sentiasa saya rindu?”

“Ayat awak telah menjelaskannya, bahawa awak bukan cintakan saya keranaNya”

“Ayat saya? Yang mana satu?

“Rasulullah telah bersabda : “Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”. (Riwayat Bukhari Muslim)”

“Kalau saya dah cinta awak, takkan saya nak pendam?”

“Itulah sebaiknya, kerana syaitan sentiasa mencari jalan mencemarkannya. Simpanlah cinta itu untuk jodohmu”

Tapi, saya tetap nak menjadi jodoh awak. Bagaimana harus saya menjadi jodohmu? Awak belum lagi memberi izin untuk diri ini menjadi teman hidupmu”

“Maaf, bukan diriku, yang berhak memberi izin adalah waliku, jika benar ingin menjadi jodohku, kepada waliku diri ini berserah”

(Si lelaki memahaminya, lalu berlalu pergi)

---> Totally COPIED from HERE





P/S : Akan ku simpan cinta ini hanya untuk dia, jodohku...wah! :P


btw, nak tanya...kalau kita minat kat seseorang..minat diam2, die xtau pon.. n juz untuk dijadikan inspirasi..meaning, bukan cinta pon...boleh ke x ek?..errrr~

(¬_¬)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.