Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Saturday, May 21, 2011

Anak sulung.

Jadi anak sulung kadang2 memang x best!
Selalu kena mengalah.
Dan selalu kena marah.
Ditambah lagi menjadi anak sulung merangkap anak tunggal perempuan dalam family...

Ingat lagi time kecik2 dulu..memang la best bila dapat adik..tapi..selalu tak dapat nak keluar main dengan kawan2 sebab nak kene jaga adik..kene buai bagi dia tido baru boleh keluar main..
Pastu kalau rumah bersepah ke ape ke..kita jugak yang kena..
Huu..aku tengah emo ni..tengah merajuk dengan adik bongsu sebenarnye..gado dengan die tadi..aku admit, aku memang susah nak mengalah sikit..sikit ke?huk2.

Berbalik kepada anak sulung..aku rasa anak sulung ni sesuainya lelaki. Sebab lelaki kan leader. Dan bila dia tegur adik2 dia, insyaAllah adik2 dia boleh dengar dan ikut. Nak dibanding dengan aku yang ada 3 adik lelaki ni, susah la. Kadang2 kena marah baru la diorang nak dengar cakap. Ingat best ke marah2?.
Kadang2 aku rasa adik2 aku ni (especially adik bawah aku) kena ada abang yang tegas dan boleh nasihat dia untuk berubah. Aku takde la nak cakap adik bawah aku tu teruk sangat. Cuma..dia tu pelik. Kepala degil xyah nak cakap la..
Apepon, bagi aku, lelaki memang sesuai jadi anak sulung. Dengan syarat dia dididik betol2 oleh mak ayah die, then barulah boleh jadi contoh terbaik untuk adik2.

Ok sekarang jom tengok ciri2 anak sulung...

Sumber 1 :

ANAK SULUNG
Sebagai anak sulung, anda lebih matang berbanding usia anda. Anda sering diberi kepercayaan memikul pelbagai tanggungjawab. Sebab itu, anda belajar berterus terang mengenai perasaan. Anda bukan sahaja mahu ketenteraman keluarga tetapi mahu semua perkara berjalan mengikut perancangan anda.

Potensi kawan
Penyokong? Tentulah. Suka membantu? Memang dijanjikan. Kawan-kawan anda tahu mereka boleh menelefon anda pada bila-bila masa. Cuma yang perlu diingatkan, jangan hanya fikirkan kepentingan orang lain sehingga mengabaikan kepentingan anda sendiri. Selalunya anak sulung akan bertindak begini. Sepatutnya anda menjaga kepentingan sendiri juga.

Pasangan sesuai
Anda sudah biasa cuba melakukan semua perkara dengan sempurna dan menjadi contoh baik kepada adik-adik. Ini meningkatkan harapan anda terhadap orang lain yang mungkin agak sukar dikecapi. Anda mahu semua perkara dibuat mengikut cara anda. Perangai anda suka memerintah. Anda hanya boleh memikat lelaki pasif yag tidak kisah mengikut kehendak anda. Pasangan impian anda? Anak tengah sahaja sesuai menepati perangai anda itu.


Sumber 2 :

Anak sulung biasanya penuh dgn sikap bertanggungjawab.seorang pelindung,suka bertolak ansur serta bersifat ego.Anak sulung didapati lebih bijak mengambil hati orang tua dan sering berjaya dalam hidup.


Hoho...tak tau la sama ke tak dengan perangai aku..hanya yang rapat dengan aku je boleh judge.. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.