Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan mubarak :)

Salam Ramadhan readers! :)

Alhamdulillah..akhirnya Ramadhan yang dirindui bakal tiba..
Esok insyaAllah kita semua akan mula berpuasa dan malam ni insyaAllah start tarawikh..
Alhamdulillah kerana diberi peluang olehNya untuk merasai Ramadhan ini sekali lagi..
Alhamdulillah Ya Allah! :)


To-do-list untuk Ramadhan dah dibuat. Harap2 menjadi la. Tak nak Ramadhan kali ni berlalu dengan sia2. Dan berharap Ramadhan kali ni lebih baik dari tahun lalu. Semoga dipermudahkan...

Tapi x dapat dinafikan la, ada beberapa cabaran untuk aku sempena puasa ni.
Contohnya;
# gaduh mulut dengan my adek :P
# buang masa depan laptop
# dengar lagu lagha
# tengok drama lagha
# dan lain-lain . . .

Oh, semoga aku dapat elakkan perkara2 di atas supaya ianya takkan menyebabkan pahala puasa ku nanti berkurangan..x mau, x mau! ;(



Ramadhan kali ni memang berbeza dari tahun2 lalu..
disebabkan jadual kemasukan semester baru yang dah berubah, aku akan berpuasa sepenuhnya di rumah..wah..sangat excited tau.. ^^
Tapi sure rindu nak merasai Ramadhan dengan kawan2ku..
sebab sebelum ni kami sama2 sahur, sama2 pergi bazar Ramadhan, sama2 berbuka puasa..oh i'm sure will miss that moment..


Ok la, di kesempatan ni, sy nak minta maaf la kepada semua readers yang baca blog sy ni , either kamu kenal sy atau x...jika sy ada tersalah kata atau apa2 kesilapan, mohon dimaafkan ye~


Selamat berpuasa k korang! ^^

May you have a bleSsed Ramadhan..
Semoga redha Allah itu mampu kita capai...
Aminn.



Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna....



p/S: ce bukak link ni
Kesilapan Kerap dalam Bulan Ramadhan

Sunday, July 24, 2011

Saya suka hijab :)

Ce clink link ni (rightclick+open link in new tab)
tak bertudung vs bertudung




Dah bace?

Mantap kan perbahasan mereka? :)


Aku ingat lagi dulu.......

Aku start pakai tudung gi sekolah kebangsaan masa darjah 5..
itupun sebab ustaz yang ajar p.islam kat kelas aku tu wajibkan kami pelajar perempuan pakai tudung..time tu, terasa la jugak kan..
Lepas tu masa tingkatan 1 baru aku berjinak2 pakai tudung kalau keluar gi kedai ke apa..tapi stil on off la..
Tingkatan 2 baru pakai tudung full-time..tapi x sempurna..
Tingkatan 4, masuk asrama, kena pakai tudung 3 pin, tutup dada, baru sempurna..
Tingkatan 5, baru ade courage untuk pakai tudung even dengan saudara mara..sebab? sepupu pun boleh dikira bukan mahram, rite?

Sampaila sekarang..
masih dan akan sentiasa memakai tudung kerana Allah..
memang tak dipaksa..
rasa bersalah jika tak menutup aurat tu memang datang sendiri..

but aku tak pernah lagi cuba pakai tudung labuh..

Bagi aku, syarat untuk memakai tudung yang sempurna =

Tutup keseluruhan rambut+tutup dada+tidak jarang+tidak ada bonggol tiruan..huhu


Apa yang aku boleh katakan,


Berubahla perlahan-lahan...tetapi awas, jangan sampai terlambat!
Ikhlas tu akan datang sendiri..
Tak perlu malu untuk berubah ke arah kebaikan..
yang penting, kita dah jalankan tanggungjawab kita sebagai muslim kerana menutup aurat juga adalah perintah Allah..
dan menegur sesama saudara semuslim juga merupakan tanggungjawab..
sebab tu ramai bloggers yang berbicara mengenai isu ini..mereka bukan sengaja nak masuk campur business kamu, tetapi nak menegur apa yang perlu ditegur..sebagai saudara sesama Islam.

Memang bukan semua yang bertudung itu baik..tapi sekurang2nya mereka tidak menambah dosa dengan menunjuk aurat di khalayak ramai..
dan jika awak memang seorang yang baik, malah bertudung pulak tu, sudah tentu awak akan dihormati oleh semua orang..
Sy tau rambut awak memang cantik, tetapi simpanlah ia untuk tatapan orang yang sudah sah menjadi milik awak---> suami awak.


"A rose protects itself by thorns,

and a Muslim Woman protects her beauty by her Hijab."


Buat renungan bersama..

kalau ada apa yang sy tersilap, sila tegur..
Salam 'alaik.









Saturday, July 23, 2011

Thanx adikku :)








Salam 'alaik...

Cantik tak drawing kat atas tu?
Adik sy yang lukis..ngee ^^
guna paint..
[psttt..sy sendiri pon x pernah pass nak lukis orang guna paint..huhu]

Adik sy tu umur 12 tahun..
dari kecik lagi die memang suka melukis..
saje je mintak die lukis balik gambar sy..heheh

kat bawah ni original picture..


same tak?same tak?

dia tak dapat nak copy tang smile tu sebab susah katanya nak lukis mulut..

Anyway,
Terima kasih adikku, Aiman Shaquan..
ni yg sayang lebih nih! heee
=D



p/s: Bersyukur dengan result exam yang keluar semalam..semoga sem-sem mendatang pun diberikan result yang baik..aminn~

Tuesday, July 19, 2011

Twit-twit :)

Salam 'alaik..

Nak cakap,
sy dah rase best dengan twitter :)
hehe..
sebab,
sy dah rase bosan dengan facebook..
tapi tak bolehla nak abandon je FB tu kan sebab kat situ je tempat nak contact dengan kawan2 jauh..

Erm..sekarang sy dah tak privatekan twitter dah..
sebab....rasa tak perlu pun private..
dah takde dah status emo2 kat situ..

So dengan ini sy nak menarik balik kata2 sy before ni iaitu sy tak berminat nak tambah follower kat twitter..
kalo de sape2 nak follow my twitter,silakan :)
tapi tula, bila kita tak privatekan twitter kita, sesapa je boleh follow without approval..
risau gak..tapi takpe kot..bukan ade benda2 penting pon..

Ops, lupa nak bagitau,
my username sama je dengan nama kat facebook..

K..tu je nak inform..
bye2~

Saturday, July 16, 2011

Tentang Jodoh

Salam 'alaik...

Tadi aku tengok rancangan Selami Jiwa by Dato' Dr. Fadzilah Kamsah..
tapi tu rancangan ulangan la..
Tajuk berkenaan dengan jodoh lambat..
Menarik! walau takde kena mengena dengan aku...haha
Hope takkan t'kena mengena dengan aku la di masa hadapan..nauzubillah..huk3

So nak kongsi sikit la tips yang beliau bagi.. ;)

  1. Kalau nak jumpa jodoh yang baik, kena pergi tempat baik2..
  2. Bab jodoh ni, jangan sempitkan doa kita macam 'Ya Allah jodohkan aku dengan si polan...' Sebab ibarat macam kita nak cakap Allah tak tau apa yang kita nak atau yang terbaik untuk kita. So, sebaiknya doa la camni.. ' Ya Allah..jodohkanlah aku dengan lelaki yang baik..yang beriman..bla,bla,bla..' Got it? ;)
  3. Maafkan semua orang..sebab dari pengalaman beliau, ada orang susah nak bertemu jodoh sebab kat hati die masih ade orang yang die benci..dalam istilah beliau, jadilah 'Magnet Cinta'..sebab sayang menarik sayang..benci menarik benci..Jadi marilah kita maaf-memaafkan sesama sendiri ye.. :)
  4. Jodoh ni selalunya orang2 terdekat dengan kita....contohnya, sama U ke..sama tempat kerja ke..
  5. Tunjukkan imej yang positif..ubah penampilan diri..

Amacam? rasa cam banyak yang nak kena ubah dalam diri kan? tau takpe! huhu.

By the way, suka dengan kata-kata kawan aku, sebelum nak kawin tu, tanya diri sendiri dulu, 'Will I marry myself?'. Maksudnya kalau diri sendiri pun tak rasa nak kawin dengan diri sendiri, janganlah harap orang lain nakkan kita..

Sekian, bab kata Jozan,

Selami jiwa, Selami akal, Selami lautan dalam..hihi =p
bye~


p/s: Malam ni malam Nisfu Syaaban :)



Tuesday, July 12, 2011

Ceritera campur2

Salam 'alaik...

Sedap tak lagu kat blog ni? kalau tak sedap, pandai2 la tekan stop button ye.. :p

Aku baru lepas tengok balik Sassy Girl Chun Hyang. One of the best korean drama. Lagu yang korang tengah dengar ni Ost cerita tu la. Sebab aku dah pernah tengok drama ni dulu (2 tahun yang lepas) so air mata aku takde la keluar mencurah2 macam masa fes time tengok. Touching betol drama ni. Huhu.
Suke hati la nak cakap aku emo ke ape..
I am who I am.. :)



Hm, cuti2 ni ramai jugak kawan aku yang nak kahwin atau dah kahwin..
So happy for them :)


Tetiba terfikir, aku camne?

pakwe pon tak pernah ade..haha..
Kesian kat diri sendiri? eh x la..bersyukur..

sebab Allah jaga hati aku..
:)


I'm not ready to have that serius relationship with any guy...

lainla kalau memang ade niat nak kawin awal, logik la jugak ade 'marka'..
kalau takde niat nak kawin awal macam aku ni, baik takyah la nak beboyfriend boyfriend..buat dosa je..dalam Islam kan takde istilah kapel.. ;)

Mak abah aku pun tak pernah tanya,
'ika dah ade boyfriend ke?'..
really grateful for that :)
mungkin sebab aku anak sulung, so family first! :)

Tapi kan,kan...nak cakap sikit..

kepada kawan2 baik aku..


korang,,


korang,,


korang janganlah kawin cepat sangat weh..

nanti aku jelez!
haha XP

kalau bertunang takpe lagi..tapi kawin tu...tunggu la dah final year ke..takde la aku jelez sangat..hehe..

Jahat ke aku? errr~




Sebenarnya kan, aku banyak nak buat post baru kat blog ni tapi tersimpan kat draft je..tak jadi nak post..sebab...segan..huhu..
Sekarang ni kan ramai sangat yang jadi silent reader and stalker (aku pun salah seorangnye)..
Post aku tu plak berbentuk diari..so rase cam takyah la post..segan je bagitau kat orang..

Sekarang ni twitter kot tempat paling selamat nak tulis ape2..tapi aku memang tak berminat nak tambah follower kat twitter, so takyah la follow aku..
Kalau nak follow sangat, tekan butang follow kat blog ni..kat atas sidebar sebelah kanan ni...arasso?hihi..


Ok la, thanx for reading! Annyeong! :)



Friday, July 8, 2011

What Single Muslim Sisters & Brothers Say [iluvislam.com]

Salam 'alaik...
I found the article below from iluvislam.com
the link is here.


SINGLE MUSLIM'S SISTERS:

I am available but not for sale,

Don't you ever expect me in your mail,

There's only one story beneath this veil,

It's modesty, and not an ad to hail,

Woo me not because you will surely fail,

You really really think I am that frail?

You're not a hammer and I'm not a nail,

Don't want a boyfriend, don't want that ale,

I would prefer to be stuck in a jail,

But I'm free of you and your fairytale,

If you want me then be the alpha male,

Don't hide in your shell like a slimy snail,

Be my husband, by Allah we stand still.

**********************************************************

SINGLE MUSLIM'S BROTHERS:


Hey, I am single

Don't wanna mingle

Unless it's legal

Or else it's evil

There's only one girl

My wife, my angel




p/s: nice one rite? ;)
No boyfriend, No problem.
InsyaAllah.

Thursday, July 7, 2011

Hallooooo~ Ape kabar semuaiiii??

Haha..kalo korang tengok Maharaja Lawak, korang mesti tau sape yang cakap dialog di atas..huhu ^_-

Err..takde benda nak citer sebenarnya..
Cuma nak cakap sikit pasal..

Habit.

Menurut encik google, habit bermaksud..

A recurrent, often unconscious pattern of behavior that is acquired through frequent repetition.

Setiap orang mesti ada habit dia tersendiri kan?
Dan habit aku yang aku tak pernah sedar selama ni tapi disedari oleh mak aku dan kemudian adik bongsu aku ialah aku makan nasi tak guna jari telunjuk. Hoho!.
Bila diorang tegur baru aku tersedar. Setiap kali aku nak suap nasi ke mulut je, jari telunjuk ni akan mengasingkan dirinya..haha. Cam lawak gak sebab kalau nak kata ikut sunah nabi makan guna 3 jari pun, nabi guna je jari telunjuk..huhu..entah..
bile aku try guna 5 5 jari, rase kekok plak..

Habit lain macam cara aku duduk bila aku duduk membaca kat atas lantai..hanya yang rapat je yang perasan ape yang lain tu..heee~

Ade lagi rasanya habit aku yang pelik, tapi tak dapat nak diingat buat mase ni..huhu.


Korang, camne plak? ;)







Wednesday, July 6, 2011

Word Wednesday :P












p/s: tak berminat nak ikut wordless,wordless tu...huu :P

Monday, July 4, 2011

Sudah tukar :)


Salam 'alaik.

Blog saya dah berwajah baruuu...ceceh..hihi ^^

Header dah tukar..blog title pon dah tukar..

Ceritera Si Gadis Kaca Mata.

walaupun word 'gadis biasa' dah hilang but i'm stil an ordinary girl...
ordinary specky girl perhaps? huhu.


pink
+brown+green..

perfecto!
for me la..


New Look. New Spirit.
:)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.