Sila tinggalkan jejak kat bawah ni =D

Pages

Tuesday, December 27, 2011

Face the Book





Final Exam Timetable

4/1 - Organizational Behaviour
5/1 - Commercial Law
9/1 - Decision Science & Company Accounting
12/1 - Cost Management
13/1 - Balik rumah, cuti!! hehe


Sem ni, again, ade 2 exam dlm 1 hari. X suke betol. ;(
Subjek yang palingggg aku risau = Company Accounting.
Susah la Ca. Sedih dengan carry marks. Hmm.

Anyway, now its time to be serious. Dah banyak main dah before ni.
Now time to FACE the BOOk and Study.



Bittaufiq wannajah fil imtihan kawan2!





Sunday, December 18, 2011

Ceritera basikal

Salam readers :)

Aku sebenarnya teragak-agak nak cerita ke tak cerita aku ni.
Tapi..xpela, citer jela.
Lepas dah baca ni, korang jangan gelak plak eh! ~.^


Petang kelmarin (jumaat) aku join kawan2 aku gi main basikal dekat dengan female sports complex. Basikal sewa, seringgit sejam.
Aku dah lameeeee sangat x pegang basikal. Aku rase kali terakhir darjah 6 kot.
So aku excited la tapi takut gak kalau dah x reti main.
And the result is memang dah x reti main! Haha.

Giler x balance aku bawak basikal tu. Aku rase bukan aku yang control basikal tu tapi basikal tu yang control aku. Hahaha. Xde la sampai jatuh2 kan tapi aku memang x balance la. Jap ok,lurus je..tapi jap ke kanan, jap ke kiri. Dapat lak basikal tinggi yang ade control2 gear. Aku x penah reti main basikal yang ade gear nih.

X sempat aku nak ngamkan diri dengan basikal, kawan2 aku dah start jalan gi pusing tasik. Aku pun ikut jela. Tapi serius aku takut giler. Mane x nye, dah la bawak x balance, kalau jatuh kat dalam tasik tu, sape nak selamatkan aku? Hukhuk. Nasib baik la kawan aku, Cik Asi, tolong guide aku dari belakang. Bile aku bawak senget nak terjatuh je, die la yang tolong menjerit "cik shaf!!" Haha. Serius kalau xde die, nangis aku kat situ. Haha. Thanks ckin! Sumei ngan Pa-in pon. Hehe.

Pastu sepanjang aku bawak basikal lalu tepi tasik tu, memang aku x relax langsung. Especially bile ade basikal dari arah depan yang nak lalu sebelah. Aku jadi menggelabah. Sampai ade sekali tu ade brothers naik basikal nak lalu dari arah depan. Aku dah la x balance sangat, hampir2 nak langgar die. Dah la 2 kali plak tu terserempak. Mesti dalam hati die, "memang x reti bawak basikal budak ni"..waa...haha..pastu kawan aku cakap, die nampak ade lagi brothers yang tersengih bile lalu sebelah kitorang. Waaa..xtau nak letak muka kat mane. Mase aku bawak basikal tu memang aku x pikir malu dah. Aku bukan jerit(xde la jerit kuat sangat) sebab saje nak m'gedik ke ape, tapi memang aku takut jatuh. Serius. Tapi bile kawan2 aku cerita reaksi brothers tu, serius aku x tau nak letak muka kat mane. Malunye laa...Ni last aku bawak basikal kat sni. Xnak dah! Haha.

Macam mane ni...bawak basikal pun tak betul, camne nak bawak kereta ni. Hua3. Aku baru gi 1 klas driving. Ade lagi 3 klas. Sambung belajar sem depan. Huhu.

K tu je nak citer. Babai.



p/s: sampai hari ni aku still rase sengal2 badan. ni la jadinye bile dah lame x berbasikal. aigoo~


Saturday, December 10, 2011

Parenting class

Salam 'alaik :)

Kali ni nak cerita pasal kelas parenting a.k.a subjek co-cu aku untuk sem ni.

Hari ni last klas parenting untuk section kitorang.
Good thing is..no more saturday class. Yeay! hehe =D

And another happy news,
group aku dan kawan2 aku dapat no.1 untuk presentation untuk klas parenting ni.



At first, I was like, hah? :O
but then, alhamdulillah..usaha berbaloi..hehe ^__^
Tapi presentation group2 lain pon best jugak. Most of us choose untuk buat video and then present.


Seriously kitorang x expect dak2 klas tu nak vote group kitorang.
Sebabnya, video short film yang kitorang siapkan ade masalah teknikal and 70% of the video je yang kitorang boleh tunjuk kat depan klas tadi.
Frust jugak la sebab kitorang amik masa seminggu ni untuk berlakon and edit video tu, tapi x dapat tunjuk sepenuhnya masa present kan..
Tapi still bersyukur, nasib baik part ending je yang x dapat keluar kat video. Kira ok la. Hee. Ni first
time sebenarnya kami2 buat short movie. First time jugak berlakon untuk short movie. Haha. Time first scene tu dah berapa kali "take" xtau la..haha..



Ni mase nak berlakon scene konon2 x masuk kelas, lepak kat belakang sekolah. Baju sekolah xde, so alternative lain, pakai baju taaruf. Hehe.
(Sorang xde dlm gmbr ni, Pa-in, sebab die yg jd camerawoman. Huhu)


Ni pulak gambar budak kelas aku. Tapi ramai jugak yang x datang tadi, so gambar diorang xde la ye.





Aku nak wish big thanks dekat group members aku:
Nori, Pa-in, Radhiah and Sarah.
Diorang memang best. Sporting je berlakon.
Aku watak sampingan je. Haha. [sy kan pemalu, watak sampingan je cukuplah..]
=p

K, tu je nak cerita. Bye.




p/s: Home sweet Home :) Dah sebulan lebih kott x balik. huhu.








Sunday, December 4, 2011

Konfius

Dear readers,

Alhamdulillah. Minggu yang paling menyesakkan nafas dan menyerabutkan otak dah berakhir. Just imagine, having 3 quiz for a day, another quiz for the next day, and 2 midterm hari keesokannya lagi. I's sooooo exhausted!
"Sape suruh x ready awal2?" Haah, yela, kalau memory aku ni boleh simpan lama chapter2 yang masuk untuk keempat-empat subjek yang masuk quiz and exam tu xpe jugak.
Penat giler. Otak, badan semua penat.
Tapi alhamdulillah, dah lepas. Bismillahi tawakkaltu 'alallah.

Cerita pasal prereg subjek plak. Level aku prereg hari khamis petang.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar ikut plan A. Semua subjek dan section yang aku plan nak amik aku dapat register walaupon mula2 tu asyik kena refresh je page tu. *happy*

Tapi ade 1 je masalah aku.
Aku rasa aku sorang je kot yang x habis2 pikir pasal benda ni.
Apa dia? Skill. Hua3.

Aku confius la nak amik skill apa.
Mula2 aku nak cooking skill sebab aku bukan reti masak sangat pon(ok pengakuan).
Tapi kebanyakan orang cakap, baik amik skill yang kita baru nak belajar. Memasak belajar kat rumah pun xpe. So aku pikir, betol jugak.
Pastu aku teringin jugak nak amik sewing skill. Tapi aku teringat zaman sekolah dulu, masa belajar menjahit, sebab dia ade dalam silibus KH. Kitorang kena jahit blouse. Mula2 aku bersemangat sangat nak belajar jahit tu tapi last2 aku give up. Aku mintak mak aku tolong siapkan jahit. Haha. So x jadi amik sewing skill. Lagipun skill ni hot, ramai amik, konfem x dapat add coz full, sama la dengan cooking skill tu.

Skill yang aku add hari prereg tu entrepreneur skill. Sebab? aku rasa skill tu bermanfaat untuk masa depan. Kelas dia plak baik punya. Hari rabu malam. So aku dah aim, boleh la balik rumah selalu sem depan coz x kacau hujung minggu aku. Hehe. Plus ada kawan yang amik sama.

Tapi semalam aku dah drop entrepreneur tu and add photography skill. Photography memang masuk dalam list skill yang aku plan nak amik. Hari tu tak dapat add sebab aku lama sangat pikir nak add ke x, nak add ke x, last2 full. Tapi semalam, aku saje2 la nak tengok ade ke vacancy. Tiba2 ade 1 lagi vacancy. So aku pun add la.

So sekarang aku masih dalam proses fikir nak yang mana 1, entrepreneur or photography.
Aku x jadi amik entrepreneur sebab takut banyak keje. Sem depan subjek aku dah la susah2. Kalau photoghraphy, xde la beban sangat. Kot? Sebab cam menarik kan belajar tangkap gambar. Fun. Tapi tula, aku mana ada kamera mahal tu. Ni yang buat aku fikir ni. Nanti mesti kena beli. Hmm. Tapi kalau berbaloi, xpe je. Kan?

Any comment?





Tuesday, November 22, 2011

Tak perlu tajuk


1. Nak cakap yang aku happy sangat2 tengok Malaysia menang semalam. Hehe. Aku ngan 2 orang kawan aku tengok dekat bilik tv blok E mahallah kitorang. Sebab tau kafe and bilik tv mahallah mesti penuh punyela. Kalau tanye sape pemain yang aku paling minat, i will say Baddrol, the coolest captain. Hehe. Tahniah Harimau Muda! X sia2 aku duk depan tv 3 jam, x study. Huhu.
*big smile*


2. Minggu ni aku sangat free. Meaning, xde quiz, midterm, or due date assignment. But, next week, aku boleh gila sebab ada quiz and group exercise Cm, quiz Ca, quiz Ob (ketiga-tiga subjek dalam 1 hari). Then, Test 2 Ca dan Midterm Commercial law hari jumaat. Sabtu pulak kena submit assignment parenting, aku buat tajuk "Konflik dalam perkahwinan". Tapi aku x start apa2 pun lagi. Hadoi.



3. Schedule untuk pre-reg subjek dah keluar. Maka, bermulalah kepeningan untuk menyusun jadual untuk sem depan. Dan yang paling pening, nak memikirkan skill apa yang aku nak amik untuk next sem. Cooking?or sewing?or maybe gamelan?..err..entah! dah la section dia bukak sikit je, persaingan sengit kot nak dapat skill hot tu. Hadoi lagi.


4. Baru start baca Contengan Jalanan by Hlovate. Dari awal sem lagi kawan aku dah bagi pinjam. Dan dari awal sem lagi jugak la aku biar je buku tu atas rak. Hahaha, teruk kan? Aku memang camni, mood nak baca novel selalu datang time time akhir sem. Masa mula2 baca, aku tersilap gi baca yang K2 punye story dulu. Haha. Nasib bek baru baca sikit je. Bile dah tersedar tersilap baru aku baca cerita Fend. As usual, citer2 by Hlovate mmg best sentiasa. Membuat kita berfikir. Dan memberi kita inspirasi. Cuma kadang2 pening la baca word berkaitan muzik yang x dapat difahami dalam novel ni. Huhu.


5. Nak rehatkan mata kejap. Jap lagi ada kelas.


Thanks for reading. Tata.


=)

Friday, November 11, 2011

ISPF Personality

Salam 'alaik :)
11.11.11
Cantik la tarikh hari ni..kan,kan?


Sekarang pukul 12.35 am,
dan aku baru je habis try jawab personality quiz..haha..
tetiba rasa nak try..dulu2 ade jugak buat..


And the result was this,

You Are an ISFP (Introvert, Sensor, Feeler, Perceiver)

ISFPs represent between 5-9% of the U.S. population

Gentle, sensitive, easy going, calm and soft-spoken, ISFPs are typically people of few words. Private people who can take a long time to get to know, ISFPs may appear cool and detached at first, however, they are actually very sensitive and nurturing people who are run by their own set of personal values. Observant and curious, ISFPs see the best in people and have a strong desire to avoid unnecessary conflict.

ISFPs are patient, flexible, and easy to get along with and have little need to dominate or control others. They are nonjudgmental and accepting of others' behavior in a rather matter-of-fact way. Because ISFPs live completely in the present moment, they do not prepare or plan more than is necessary.



P/s: Aku jawab dengan jujur tau soalan2 dia..huhu..tapi tu la, yang x bestnye dia xde bagitau career apa yang sesuai untuk personality macam aku...hukhuk.


Tuesday, November 1, 2011

1.11.11



1.11.11
Happy birthday to me ^^
Hehe..

Ye, hari ni ulangtahun hari kelahiran saya..
Alhamdulillah...masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah..
Dah 21 tahun dah..cepatnya masa berlalu...huk2
Terima kasih mak and abah for everything...
*rindu*


Hari ni, subuh2 lagi dah dapat suprise..
siapa lagi kalau bukan dari kawan2 paling rapat dengan aku kat uia,
Sumaidah, Asyikin and Farahin.

Masa aku bangun tido and pergi bilik air nak amik wudhuk, diorang senyap2 masuk bilik aku letak hadiah..
Masa aku bukak lampu nak solat, ternampak hadiah atas katil. Dah la aku stil macam mamai2 lagi, so aku cam pikir "mimpi kot..xpe, sembahyang dulu"..
Haha.. =p

Nak tau hadiah pe?




Taraaaaaaa~~~





Comel giler kan teddy bear ni... =D
Dah la besar, lembut pulak tu..best giler kot peluk..
(saje ayat nak bagi korang jelez) =p

Pandai diorang pilih..
sangat sangat sangat suka....heee ^__^


Dah lama sebenarnya aku xde bear2 ni..
last time mak aku yang hadiahkan masa sekolah rendah..
sebab aku bukan la peminat tegar teddy bear..
(owh, aku xde la girlish sangat kan walaupon suka kaler pink..heh)

Tapi bear yang diorang bagi ni serius comel..suka,suka ^^



Ok la,
kat sini nak cakap,
thanx a lot kepada semua yang wish kat message, kat facebook or wish direct..
=)

Kepada sahabat aku yang 3 orang tu,
terima kasih sebab sanggup bersusah payah pergi OTK beli bear comel ni..
serius aku x expect pape pon dari korang..bagi aku wish pon dah cukup..
yela, sekarang kan minggu orang busy dengan midterm..
ohh, sangat terharu.. :')
(tapi realiti xde la sampai kuar2 air mata)
:P

Bak kata diorang,
"tahun ni xde drama sebab kitorang dah jadi detektif..letih nak tukar profession.."
Haha, xpaham xpe.. :P


Kamsahamnida everyone...
annyeong! =)



p/s: kalaulah umur aku sekarang adalah 24/25 tahun, dah lama aku jadikan tarikh hari ni special skit...err..hehe ;p


Sunday, October 30, 2011

Salam 'alaik :)

Alhamdulillah...aku bersyukur sangat hari ni..

Segala persoalan dah terjawab..
Segala kekusutan yang dah beberapa bulan berada di kepala aku, juga kawan2ku dah terlerai..

Terima kasih ya Allah kerana memperkenankan doa kami..
Terima kasih ya Allah kerana memberi kami petunjuk..
Terima kasih ya Allah kerana menjelaskan kebenaran itu..
Terima kasih ya Allah kerana melembutkan hatinya..
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui..


Pengajaran yang aku dapat:

#Don't judge a book by its cover..seriously.
#Allah allows everything to happen for reason. Circumstances will either direct you, correct you or perfect you.
#There's a story behind every person. There's a reason why they are the way they are. Think about that before you judge someone.


Maaf sebab entry ni x straight to the point. Kerana cerita disebaliknya adalah rahsia yang perlu disimpan.

May Allah bless U, Me and Us.
=')









Saturday, October 29, 2011

Parenting class

Assalamualaikum reader! :)
(if any) huhu~

Post kali ni aku nak citer pasal parenting class..name penuh die, Parenting & Family Management...subjek co-cu yang kitorang wajib amik..hoho!

Mula2, perception aku kat subjek ni.."mesti boring!"
But now, i found it quite interesting sebab madam yg ajar section kitorang bukan juz bagi lecture je, but ade class participation.

Time first meeting, setiap dari kitorang kena jawab kat kertas kosong, 3 soalan.
1.What is the meaning of marriage?
2.When do you plan to get married? why?
3.How many children do you want? why?

Huhu..mula2, cam lawak je rase nak jawab soalan2 tu..
Lepas submit, ade la beberapa student yang dipanggil gi depan and kena pick mane2 kertas and bacakan jawapan orang tersebut.

Yang tang maksud perkahwinan tu, kita boleh differentiate la sama ada jawapan tu ditulis oleh lelaki or perempuan.
Yang soklan kedua pulak, majoriti plan nak kahwin lepas habis degree or lepas dah dapat kerja. Same goes to me, huhu.
Untuk soklan ke-3, majoriti cakap nak anak 4 orang. Reason: easy to manage and berasal dari 4 beradik. Hee.


Second meeting, topic die, "Is it true we cannot trust our husband or wife 100%?"
Hoho..topic ni memang bikin kelas kitorang panas hari tu. Sebab t'masuk isu poligami dalam hujah masing2. Kelas kitorang pulak ramai jugak brothers. So memang berdebat la. Tapi aku suka dengan hujah kawan aku yang cakap, perasaan syak dan cemburu tu memang ade kat dalam diri setiap perempuan. Jadi x bleh nak elak. Cuma perempuan kena pandai control dan siasat dulu kebenaran kalau dapat tau laki dia ade perempuan lain. Dan hujah kawan aku ni sangat disokong oleh brother2 tu. Haha.


Ok, pagi tadi, 3rd meeting, kitorang kena list out pulak criteria2 future husband/wife. Majoriti letak 'religious/pious' dalam criteria. Criteria paling best yang group brother cakap, 'Malaysian'. Haha. Madam tanya, xnak ke orang Bosnia ke, diorang cakap nak orang m'sia sebab senang balik kampung. Hadoyai, lawak betol.
By the way, group sisters paling banyak letak criteria berbanding brothers. Caring, romantic, not fussy, sume masuk. Haha. Kenapa? Sebab perempuan mencari seseorang yang ingin dijadikan teman seumur hidup. That's why la kena carik yang betul2 ade kualiti. Kalau lelaki lain la, ada pilihan nak kahwin lebih dari 1. Kan?

Tapi tula, bak kata ustazah a.k.a madam aku tu, ikut hadis, kita pilih pasangan kita berdasarkan 4 criteria: harta, keturunan, kecantikan dan agama. Tapi bukan senang nak jumpa orang yang ade ke-4 4 criteria ni. So, pilihlah yang beragama, senang hidup dunia akhirat, insyaAllah. Ameen.


Pastu ustazah selalu pesan,
'Remember, you are future husband and wife. You must start from now the preparation to be good parent. But before you can prepare to be good father/mother, you must be good children to your parent first, as well as be good students."

Ha, lebih kurang camtu la ayat die.
Same2 la kite reflect kat diri kita ye.


Ok la, tu je nak citer. Terima kasih sudi baca.
Salam 'alaik.
:)





Wednesday, October 26, 2011

Kerana Dia lebih Mengetahui





Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dia dikerjakannya dan dia mendapat (seksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Y Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."

al-Baqarah : 286




Kadang-kadang
Ada perkara yang perlu kita simpan.
Kerana kita tahu
Hanya Dia sahaja yang boleh membantu.

Terus berdoa dan berdoa.



Hasbunallahu wa ni'mal wakil,ni'mal maula wa ni'man nasir.

"Cukuplah Allah sebagai penolong kami,sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu.."







p/s:
entry ni xde kena mengena langsung dengan entry sebelum ni..btw, kami masih x dapat kesan siapa pencuri itu..masih mengharap petunjuk dari Allah..





Saturday, October 22, 2011

Note 50 ku.....

Dear reader,

Aku tengah sedih ni sebab duit rm50 aku hilang =((
50 ringgit mungkin sikit bagi sesetengah orang, tapi bagi aku bleh buat duit makan 4 hari. Hmm.

Sebenarnye aku baru je keluarkan duit rm80 dari atm pagi tadi..
lepas tu aku beli selendang+scarf=rm15
pastu aku beli makanan=rm2.50
pastu aku dah x keluarkan duit dah..
masa aku beli tu, aku x guna pun duit rm50 yang aku baru keluarkan..sebab dalam purse aku stil ade duit berapa ringgit entah sebelum aku gi cucuk duit tu.

Pastu lepas maghrib tadi, masa nak gi kafe beli makanan, betul2 sebelum aku keluar bilik, aku check la purse aku. And aku sangat terkejut sebab tinggal note RM10 and Rm1 je.
Aku terkejut la, mane duit rm50 aku???

The problem is aku x bleh nak ingat sama ada duit tu tercicir ke x.
Aku x ingat masa aku keluarkan duit nak beli makanan tengah hari tadi, duit rm50 stil ade ke x kat purse aku. Kalau xde, maksudnye tercicir masa beli selendang la kan.

Pastu lepas balik bilik masa tengahari tadi, aku banyak kali keluar bilik. Gi bilik kawan aku kat sebelah. And aku biarkan je purse aku kat atas meja. Yela, aku x expect la orang akan amik duit yang x sampai pon seratus ringgit tu kan. Tup2, tinggal sebelas ringgit je. Waaaa. Tu pon nasib baik la ade lagi duit dalam purse tu. Kalau x, kena la pinjam duit kawan nak beli dinner. Sob2.

Before ni, entry sebelom ni, kan aku ade cerita pasal banyak kes hilang duit kat bilik aku and aku sorang je yang x pernah kena lagi. So kalau memang betul duit aku tu dicurik, so aku pon dah jadi mangsa la gamaknye. Memang kurang ajar la sape yang panjang tangan tu! grrr~
Tapi tula, sebab duit kat purse aku tu stil ade sebelas ringgit, so aku x dapat nak konfem yang ni kes curik atau tercicir. Lain la kalau memang duit xde langsung kat dalam purse, memang konfem sangat la orang ambik kan.

Hm, wallahualam. Xpela, bukan rezeki kan, nak wat camne.


p/s: Lepas ni, kene sentiasa check purse la nampaknye. And x leh letak atas meja camtu je. X kesah la duit banyak ke duit sikit dalam purse tu. Haih...
Semoga kebenaran akan terbongkar. Ameen.

Saturday, October 15, 2011

Bukan saya.... T__T

Salam 'alaik....

Aku ade soalan,
kalau ada 4 orang dalam 1 bilik. 3 orang pernah hilang duit sampai 2 kali. Seorang lagi x pernah walau sekali. Siapa korang rasa yang mencuri? Mesti korang syak sorang lagi tu yang curi kan?
Hmm, dan dalam kes ni, aku la sorang lagi yang x pernah hilang duit tu.

Apa korang rasa kalau korang kat tempat aku?

Aku sedih tau x..
aku rasa macam jadi mangsa keadaan je.
Salah seorang roomate aku ade la syak sikit kat aku. Tapi dia x cakap depan2 la yang dia syak aku. Aku sedih tapi aku faham. Yela, siapa lagi orang yang boleh disyaki kan. Kalau cerita kat orang lain pun, mesti diorang pun pelik kenapa dalam 1 bilik tu semua orang hilang duit, sorang je yang tak.
Tapi, aku pun mana la tau kenapa duit aku tak hilang. Lagipun kalau aku la yang mencuri, tak ke perangkap diri sendiri namanye kalau buat macam tu. Macam bodoh je. Baik die berlakon duit hilang jugak, xde la orang syak. Kan?

Hm, antara reason yang aku dapat fikir kenapa duit aku tak hilang,
1. Aku memang x simpan duit kat loker dan duit dekat purse pun cukup2 makan je. Aku jarang keluar duit dari bank lebih dari seratus.
2. Mungkin betul la benda ni perangkap. Mungkin dia saje je tak curi duit salah seorang dari kami berempat. Dan yang jadi mangsa keadaan tersebut ialah aku. Sedih kan? Rasa macam dianiaya.

Seumur hidup aku, memang x pernah la aku mencuri duit/barang/hak orang lain. Niat pun xpernah. Buat ape nak curi duit orang. Dah la duit x halal. Pastu guna untuk makan minum, dah jadi darah daging. Pastu kalau guna beli buku, dah ilmu x berkat. Astaghfirullah. Nauzubillah.

Sebenarnya benda ni dah berlaku dari short semester yang lepas. Maksudnya sejak kitorang pindah bilik dekat blok ni (xperlu la kot bagitau blok mane) Yela, kan setiap setahun kena pindah bilik. Dan ni fes time aku berpisah dengan roomates aku yang before ni. Tapi diorang duduk bilik sebelah je.

Mula2 ok je..xde masalah pun. Roomates aku pun baik2 je semua. Sorang tu kawan baik aku. 2 orang lagi aku baru kenal lepas pindah kat bilik ni.

1 hari tu, kawan baik aku bagitau duit dia hilang. Dia cakap dia memang catit duit keluar, duit masuk, so dia memang yakin duit dia hilang. Kitorang semua dah pelik dan risau dah. Sape plak yang mencurik kat bilik nih. Yela, pintu selalu berkunci kot. Nak pergi mana2, mesti kunci pintu. Kadang2 je kalau gi toilet x kunci.
X lama lepas tu duit dia hilang lagi. Kesian giler. Memang sah la ade pencuri.
Pastu 2 orang lagi roomate aku plak.

Dan, benda ni jadik lagi long sem ni. Baru2 ni.
Yang kena, 2 orang lagi roomate aku tu.
Kawan baik aku dah x kena maybe sebab dia pun dah x simpan duit banyak2.

Benda ni misteri jugak tau, sebab,

1. Memang xde jejak apa2 dan xde bunyik ape2 (maksudnya bunyi loker ke)
Kira xde sapa sedar la bila pencuri masuk bilik ke, or bila time sebenar kecurian tu. Tau2 je esok dah hilang. Dahla tu, pencuri tu macam tau je orang tu simpan duit kat mana.
2. Duit yang hilang tu semua note RM50. Paling banyak 350 ringgit. Memang banyak.
3. Sorang lagi roomate aku cakap, duit yang dia simpan dalam laci loker hilang, yang dalam dompet x hilang.
4. Bilik kitorang je yang kena. Bilik2 lain xde plak dengar cerita ade kes curi. Pelik kan?


Kitorang sebenarnya dah penat dah fikir pasal ni. Sebab, fikir macam mana pun, memang x jumpa penyelesaian. Macam2 assumption dah buat.
Mungkin orang yang curik, dan mungkin bukan. (kalau bukan orang yang aku rase scary giler) Nauzubillah.
Mungkin jugak orang sebelum ni buat kunci pendua (tapi macam x kan je..)
Atau mungkin itu dan mungkin ini. Ntahla.

Malam esok insyaAllah kitorang nak buat bacaan yasin 1 bilik. Untuk jadikan pendinding sekali.

Aku berdoa semoga Allah bagi petunjuk siapa pencuri sebenar. Semoga Allah bagi balasan kat dia + semoga dia diberi hidayah untuk berubah. Dan aku nak dia mintak maaf kat roommates aku. Kesian diorang. Pastu mintak maaf kat aku sekali sebab dia dah mencemarkan imej baik aku. Huh, x pasal2 kena syak mencuri. Geram giler!


Lastly, aku nak cakap thanks kat kawan2 baik aku sebab percaya kat aku. Aku xtau berapa % kepercayaan diorang tapi sekurang2nya diorang yakin yang aku x kan buat kerja haram macam tu. Time kasih sangat. Sob2~



Shinichi...help us!..huk2


p/s: susah sebenarnya nak cerita benda ni guna tulisan. Sebab x semua situasi aku dapat cerita kat sini. xpela, apepun, time kasih la sebab baca. Doakan lepas ni xde lagi kes2 curi ni kat bilik kitorang. Benci laaa..! ~.~

Ok, nak komen pape?silakan..








Tuesday, October 11, 2011

Ceritera Lesen Kereta (1)

Salam readers! =)

Sem ni disebabkan subjek yang aku amik sikit, so aku pun plan la nak amik lesen kereta dengan 2 orang lagi kawan aku. Lagipun student price murah. Macam aku yang xde lesen L ni, rm570 je. Tapi belajar ikut jam la, bukan belajar sampai pandai.
Tapi tula, last2 aku x sama pon dengan mereka berdua sebab mereka dah ade lesen motor, so x payah gi dengar ceramah and amik ujian komputer. Last2, aku kena sorang2 la jugak amik lesen..sob2~

Perkara yang paling buat aku tension ialah thumbprint. Macam yang pernah aku tulis kat post dulu2, jari aku memang bermasalah bila nak scan. Dia x dapat nak detect. Lepas dah gosok2 bagi panas sikit, baru dapat detect. Tu pun makan masa. Adoi, benci laaaa http://www.smileycodes.info
Dah la nak wat lesen ni, skit2 kene scan ibu jari. Ish, stress!


Pagi tadi, aku gi test komputer. Xde la ready sangat sebab malam tadi baru aku start try 500 soalan yang dalam buku tu. Memang last minute study. Huhu. Nak wat camne, last week busy la, x dapat nak focus untuk ujian ni.

Kakak yang registerkan aku yang hantar aku kat situ. Tapi masa tunggu giliran tu aku sorang2 la. Pastu ade sorang kakak peramah ni tegur aku. Umur die nak masuk 40-an. Dia nak practise jawab soalan kat komputer yang ade disediakan untuk sape2 yang nak try jawab. Dia ajak aku try jawab sama2. Pastu dia cerita yang dia dah pernah belajar kereta dah before ni tapi berhenti sekerat jalan sebab kena ikut suami kerja kat oversea. Then, 3 tahun kemudian baru balik M'sia. Memang dah tamat tempoh la, so kena la mula dari awal balik. Huhu, sian je. Walaupun sempat kenal beberapa jam je, tapi nice to know her la :)

Tadi, aku dapat score 45/50. Aku target 47, tapi soalan2 dia yang nak last2 tu konfius la. Huhu. Xpela, janji pass! Alhamdulillah.


Sebenarnya kan, tadi aku bengang sikit la dengan kakak cina yang jaga kat kaunter tu. Kerek giler. Muka kerek, nada die cakap pun sama. X reti nak cakap baik2. Kalau x reti nak sabar, xyah kerja kat kaunter la. Grrr. Memang merosakkan mood aku nak amik test computer tu je. Rupanya bukan aku je yang rasa dia camtu, kawan aku yang pernah amik test komputer kat tempat yang sama pun cakap dia memang macam tu. Nasib baik lepas keluar dari bilik ujian tu, kakak cina lain yang jaga kaunter. Ha, dia ni cakap lembut je dan senyum. Kan elok camtu.

Pastu sebelum kita leh print result, kene scan jari lagi kan. Macam yang dijangka, x dapat nak detect. Lepas dah tukar2 jari, baru dapat detect. Fuhh, lega giler. Pastu aku cakap la sory kat kakak cina yang baik tu sebab menyusahkan kerja dia. Hmm.


Ahad ni InsyaAllah aku gi bengkel plak. Lepas dah dapat lesen L, baru leh wat latihan memandu.
Sebenarnya aku risau la dapat cikgu garang. Aku x bleh. Kalau kena marah, samaada aku akan nangis, atau aku balas balik apa dia cakap. X ke haru tu. Hmm, harap2 dapat cikgu penyabar. Yela, kalau x sabar xyah la jadi cikgu. Kan?.


Ok la, tu je nak cerita. Terima kasih la sudi baca.
Ceritera lesen ni hanya akan bersambung kalau aku pass test jpj tu nanti. Hua3.
Doakan eh ;)

K, annyeong.
^__^


p/s: Banyaknye word 'kakak' dalam post ni. Haha! :p

Sunday, September 25, 2011

Ceritera sem baru

Salam 'alaik :)

Hari ni, tepat 2 minggu sejak aku masuk sem baru.
Takde apa cerita yang menarik pun. Semuanya biasa je.
Bila aku call rumah, x sampai berapa minit berbual dah letak phone. Sebab takde cerita. Kiranya call sekadar untuk melepaskan rindu mendengar suara2 mereka. Huhu.
Lagipun, aku dah balik masa 1st week hari tu..hehe..
Sebenarnya tak pernah2 sebelum ni aku balik rumah 1st week masuk sem baru. Tapi syok oo balik rumah hari tu. Gi tengok citer Johnny English dengan family. Best giler kot citer tu. Kelakar habis. Tak rugi tengok. =)

Semalam kan, laptop aku buat hal lagi. Asal aku balik kampus je buat hal. Sabo jela. Skrin laptop boleh plak tetiba blank pastu bertukar2 warna putih,hitam,merah,hijau,biru.
Terkejut aku. http://www.smileycodes.info
Tapi nasib baik hari ni dah ok. Alhamdulillah. Bukan pe, baru je 3 bulan yang lepas aku hantar gi kedai, tukar skrin and chip. Takkan rosak lagi kot. Duit dah banyak keluar kott. Hope dia dah tak buat hal lagi. I need you my lappy. Don't make me worried again, ok dear.

Ha, bercerita pasal sem ni plak. Aku amik 5 subjek je. Ok, memang pelik budak accounting amik 5 subjek je bila supposed kitorang kena amik at least 6 subjek. Dah nak wat camne, i've no choice. Subjek2 lain mostly pre-requisite die Company Accounting. Dan aku baru nak amik subjek tu sem ni. So..pasrah jela. Tapi aku sangat suka semester ni kalau nak dibandingkan long semester yang sebelum ni.
Ada waktu untuk lelap mata time tengah hari. Ada kawan masa pergi dan balik dari kelas. Ada kawan kat dalam kelas. Ohh, sangat bahagia. (cam over je ayat ni..haha).

Pastu ade la 1 hari tu aku terserempak dengan sumber inspirasi aku. 2 kali. Tu yang rasa nak senyumm je tu. http://www.smileycodes.info Haha. =p
Walaupun kuliyah sama, tapi chances untuk terserempak tu sangat sikit. Huhu.
Pada yang xtau mesti tertanya2 siapakah beliau. Haha. Don't worry la. Aku admire beliau dari jauh je. Takde perasaan lebih dari tu pun. Sy tau sy kena jaga hati. Untuk sape? untuk future husband. Sapa future husband tu? I pun xtau maaa. Only Allah knows. Huhu. Cuma berdoa dan berharap dia seorang lelaki yang baik. Ameen2. Sekarang, fokus kat study dulu ye. ;)

Ok. Stop. Dah makin open plak cakap pasal ni kat blog. Bahaya2. Sekarang ramai stalker. Haha. =p
K tu je nak taip.
Terima kasih sudi baca. http://www.smileycodes.info

Kalau anda student, sy nak wish, belajar elok2 ye.
Kalau anda sudah bekerja, kerja elok2 ye.
Salam. Peace.
^__-







Saturday, September 10, 2011

Back to campus


Salam 'alaik :)


Waktu ni kebanyakan status kat FB cakap pasal packing barang...huhu..cuti sudah habis lorr...cepat sungguh kan masa berlalu....
xnak balik u, xnak balik u http://www.smileycodes.info hehe..over! :P

Aku x pack apa2 pon lagi..haha..relax la..lagipun xde la banyak sangat barang yang nak dibawak pon sebab aku kan amik short sem sebelum ni, so barang2 aku banyak aku tinggal kat hostel :)
By the way, I balik petang esok, insyaAllah...u?


Bila dah nak masuk sem baru ni kan, teman rase berdebor le pulak...mana taknye, subjek2 semua dah makin susah..dah makin mendalam..secara otomatiknya, diri pun kena la jadi makin rajin...http://www.smileycodes.info aww, rajin ke?


Apepun, selamat kembali ke kampus buat teman2 yang disayangi..cewah! ;)
Selamat add manual bagi mereka yang tak berjaya reg subjek secara online hari tu---> macam aku ;(
Selamat bercinta dengan subjek2 baru, contohnya commercial law---> macam aku.
Juga selamat mencari "sumber inspirasi" baru...ehh?...hehe =P

Kesimpulannya, semoga urusan kita semua dipermudahkan Allah..ameen ya Rabbal 'alamin.





p/s: aku pernah terjatuh dan aku tak mahu tersungkur untuk kali kedua.

Rabbi yassir wala tu'assir, Rabbi tamim bilkhoir.


Wednesday, September 7, 2011

Kenali Wanita


WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20
Mei),Virgo(24 Ogos-23 September)dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi
dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati
menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam
perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh
air muka semulajadi yng pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan
sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan
sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah
seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API

Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April),Leo(24
Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang
lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan
tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh
mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan
menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang
dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api
harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan
itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun),Libra(24
September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam
setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka
segalanya boleh dicapai.
*Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi
untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai
keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam
dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22
Jun-23 Julai),Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20
Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah
bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang
berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada
disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang
menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.



Pssttt..camne? same tak dengan diri anda? hehe ^_-

Sumber: Jumpa kat laptop..x ingat ambik dari sape..huhu

p/s: sorry for the music background coz xde stop button..

Wednesday, August 31, 2011

Salam Lebaran



Juga selamat menyambut kemerdekaan negara yang ke-54.


Ceritera raya tahun ni:

#Beraya tanpa opah. Al fatihah untuk allahyarhamah.
Btw, sy dah takde opah/nenek/atuk.
Hmm.

#Beraya di rumah, kemudian ziarah rumah sedara mara terdekat. Macam tahun2 lalu. Dah takde kampung nak balik.

#Tema baju raya kali ni Hijau :)

#Jerawat telah mencacatkan gambar raya.

#Soalan tak dapat dielak, "Bile habis belajar?".
*tension bila pikir lama lagi nak habis degree


#Dapat jugak duit raya. Ingatkan dah besar dah tak dapat dah. Hehe.

#Kad raya 1 je. Bagi kat orang pun 1 je jugak. Kiki.

#Sms raya masih diterima dari kawan2.
Thanx korang!

Selamat beraya!!!

Wednesday, August 24, 2011

Kad Raya kuuu

Yea! kad raya dah sampai . . . . . http://www.smileycodes.info
The one and only kad raya for this year
i guess..huhu

Thanks to Cik Sumei!
http://www.smileycodes.info


Kebetulan kad raya tu sama warna dengan baju raya aku tahun ni pulak..haha! #hijaumuda


Nak tau x, tahun lepas aku x dapat 1 kad raya pun..sedih kan?..tapi aku pun x bagi sesapa kad raya, so padan la pon..hak2 =p


Tadi tetiba aku bersemangat nak selongkar balik kad-kad raya yang dah berzaman tu..nasib baik tersimpan elok dalam kotak..



Taraaaa....




Ade kad yang dapat by hand and ade yang by post..
Aku lebih tertarik dengan kad raya cartoon..sebab funny..hehe..tapi kad raya yang gambar masjid camtu pun ok je..cantek.. =)


Kad pertama aku terima masa tahun 2002 kalau x silap..time upsr..
Ayat dalam kad sangat kebudak2an.. especially tang tanye,
'Duit raya awak tahun ni berapa? mak ayah kita bagi Rm50'...haha..lawak2.. http://www.smileycodes.info


Kad paling banyak diterima pulak masa tahun 2007..dapat dari sahabat2 jauh, kawan sekelas, kawan sedorm..owh, rindu korang . . . . .

Ade jugak kad dari bukan kenalan..contoh, kedai tempat aku beli spek mata..wah2~


Pantun paling femes dalam kad raya sudah tentulah,

"Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"
=D

Bagi aku, kad raya ni lebih special kalau dapat by suprise.
Tapi sekarang ni, nak suprise apenye, alamat kawan2 pon kita xtau. So, kenela tanye. Bile dah tanye, dah x suprise la jawabnye. Hua3.

Tapi macam korang tau, setem sekarang dah 60sen. Dulu 30 sen je kottt. Makin tipis la harapan nak dapat kad raya. Huhu.


Ok la, kalau korang nak cerita yang korang dapat lebih dari 1 kad raya tahun ni, sila komen kat bawah. Haha.


P/s:

Xnak wish selamat hari raya kat sini lagi. Awal lagi.
Sedih Ramadhan dah nak pergi. Hmm.


Maaf

Bukan senang untuk seseorang meminta maaf.
Setuju?

Kalau minta maaf melalui sms atau chat atau kad atau surat, tu mudah je.
But to face-to-face? susah beb..serius.
Dan kalau minta maaf depan-depan dengan orang yang kita xde problem pun mudah je.
Tapi macam mana jika orang itu sedang ada konflik dengan kita? Macam mana kalau orang yang ada konflik itu juga telah mengecilkan hati kita?

Actually kan, The Only People Who Can Really Hurt You Are The Ones Who Matter's Most...
kan?


Ada orang berpegang pada prinsip, 'Selagi dia tak datang minta maaf dekat aku, jangan harap aku nak maafkan!'
Hoo..keras hati namanya tu.

Aku admit, aku juga ada sekelumit perasaan ego bila soal nak minta maaf secara berdepan. Dan disebabkan itu aku mengambil masa untuk meminta maaf.
Tapi, lastly, perasaan bersalah akan mengatasi perasaan ego.

But! masalah paling besar ialah perasaan malu yang menyelebungi diri.
Macam2 persoalan bermain di fikiran.

'Macam mana nak mintak maaf ni?malu la nak jumpa..'
'Nak ke dia maafkan aku? Pandang muka pun x'
'Camne kalau die x maafkan? takutnye...'

Tapi hati yang tak tertahan menanggung beban perasaan menyebabkan akhirnya seseorang itu akan memberanikan diri juga untuk meminta maaf secara berdepan.
Dan sejurus je kata-kata "sy minta maaf" itu dilafazkan secara ikhlas, hilanglah perasaan bersalah dan sedih yang menghantui fikiran sebelum ni.
Dan kita boleh tersenyum semula :)
Hee..

Ok,
Post ni berdasarkan pengalaman2 sendiri.
Mungkin cara sy berdepan dan handle konflik tak sama dengan kamu.

Apepun, sy nak ucap tahniah andai kamu seorang yang tak pernah menyakiti hati orang dan sangat boleh bersabar apabila disakiti.
Kamu sangat3 beruntung :)


Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kalian tidak ingin bahwa Allah akan mengampuni kalian? Dan sesungguhnya Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang” (Qs. An Nur: 22).

Maha Suci Allah yang Maha Pengampun dan suka memaafkan.



Saturday, August 20, 2011

Layar keinsafan


Salam 'alaik . . .


Maaf sebab privatekan blog beberapa hari ni..
Reason, sebab sy xde apa yang nak ditulis and i'm not in the mood untuk b'blogging or even blogwalking..so banyak post kawan2 blogger yg sy x baca lagi..hmm..kene qodho' nih..huhu.


Anyway, sy nak share lirik lagu kumpulan Mestica..one of my favourite song..lagi2 bila rasa insaf..bila rasa diri ni berdosa sangat2 :'(
Hakikatnya iman manusia dijadikan ada naik dan turunnya..
”Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban)

Jadi, sempena Ramadhan yang dah pun masuk 10 hari terakhir ni, mari la kite sama2 memperbanyakkan doa, mohon keampunan dan keredhaaan dari Allah..dan mohon semoga dipertemukan dengan Lailatul Qadar..malam yang lebih baik dari 1000 bulan (=83 tahun).




"ALLAAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN KARIM, TUHIBBUL ‘AFWA FA’ FUANNI. "
Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia,
Engkau suka mengampuni, maka ampunilah aku.
Ameen.


Layar Keinsafan-Mestica

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja

Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu

Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan

Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu

Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan

Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::My Birthday::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BACALAH. KENALILAH. DENGAN BIJAKSANA. SIAPA AKU YANG SEBENAR.

Powered by Blogger.